Terimalah kebenaran apabila kebenaran itu memang benar disisi  Allah.
Terimalah kebenaran walaupun ia pahit seperti hempedu.
Terimalah  kebenaran walaupun ia masam seperti cuka.
Terimalah kebenaran walaupun ia  pedih seperti luka dititis limau.
Terimalah kebenaran walaupun ia membuatkan  kamu kecewa.
Terimalah kebenaran walaupun ia membuat anda terluka. 
Terimalah kebenaran walaupun ia perkara yg paling anda tidak suka. 
Terimalah kebenaran walaupun ia berbisa.
Terimalah kebenaran walaupun ia  bertentang dengan pendapat anda.
Terimalah kebenaran walaupun ia bersalahan  dengan faham kamu.
Terimalah kebenaran walaupun ia perkara yang anda tidak  mahu mendengarnya.
Terimalah kebenaran walaupun ia memanaskan telinga. 
Terimalah kebenaran walaupun ia menggusarkan jiwa.
Terimalah kebenaran  walaupun datangnya daripada pekerja bawahan yg paling bawah dalam jabatanmu. 
Terimalah kebenaran walaupun datangnya daripada ketua kamu yg paling kamu  tidak suka.
Terimalah kebenaran walaupun datangnya daripada mereka yg kamu  anggap sebagai musuh kamu.
Terimalah kebenaran walaupun datangnya tidak  diundang.
Terimalah kebenaran walaupun datangnya daripada mereka yg kamu  anggap hina.
Terimalah kebenaran kerana kita ini dihidupkan untuk mencari  kebenaran.
No comments:
Post a Comment