dipetik dari http://almukminun.blogspot.com/
Mengisbatkan keagungan akan Lafzul Jalalah
Mengisbatkan keagungan akan Lafzul Jalalah itu, tidak sekadar membincangkannya secara akademik semata-mata, bahkan amat perlu diperindahkan dengan ilmu Ihsan, supaya akhirnya.... walau bagaimanapun polemik ini bakal berakhir, namun Lafzul Jalalah itu tetap terpahat indah dalam hati dan sanubari kita semua.
Ya Allah, pasakkanlah di dada-dada kami akan keagungan Lafzul Jalalah itu....supaya bertambah pengabdian kami kepada-Mu zahir dan batin...amin. Bi Barakatil fatihah!
Assalamualaikum,
Dengan nama Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah.
Izinkan saya memberikan sedikit ulasan dan pendapat.
1- Pada hemat saya, pendapat yang tepat yang wajib kita ikuti ialah pendapat ahli majlis Fatwa Kebangsaan mengenai permasalahan ini. Atas dasar berpegang dan menyerahkan urusan kepada ahlinya.
2- Adapun pendapat-pendapat tokoh politik tanahair baik dari parti kerajaan mahupun, tidak menunjukkan satu pendapat yang tegas dan tegak atas kebenaran yang hakiki.
3- Mana mungkin tokoh-tokoh politik dapat memberi pendapat yang sewajarnya dalam keadaan pelbagai misi dan visi politik terselit dalam pemikiran mereka. Yang memperjuangkan konsep 1 Malaysia pastilah mahukan rakyat Malaysia bersatu padu, bersatu dalam satu tarian, satu pakaian bercorak melambangkan pelbagai kaum. Ketegasan dalam permasalahan ini juga tidak menguntungkan nasib politik mereka kerana PRU-12 menunjukkan mereka kehilangan sokongan pengundi bukan melayu.
4- Maka yang terungkap di lidah mereka ialah "bersabar".. "Bawak bertenang".. "serahkan kepada mahkamah" ..."bertindaklah dengan bijak".
5- Manakala para pembangkang pula seboleh-bolehnya memberikan fatwa yang tegas tetapi lunak bagi mengambil hati rakan-rakan pakatan rakyat agar undi terus diberikan kepada mereka pada PR-13 nanti.
6- Demikianlah nasib yang melanda apabila pendapat-pendapat mengenai agama didominasi oleh ahli politik seperti yang telah dinyatakan oleh para guru kami. Agama akan hancur binasa, maruah agama dan keagungan Allah akan dirobek dalam masa yang sama mulut lantang melaungkan kalimah takbir.
7- Pada hemat saya yang dho'if, Allah adalah nama bagi suatu zat yang Maha Agung, Maha Esa, Pencipta dan Pentadbir Alam. Apabila membenarkan dan redha nama Allah digunapakai bagi zat yang selainNya, maka kita telah mensyirikkan Allah pada nama-Nya yang Agung kerana mengakui bahawa adanya tuhan lain yang bukannya Allah dinamakan dengan nama Allah.
8- Kita kadangkala begitu bersemangat memperjuangkan nasib 'ketuanan melayu' dan begitu marah jika ia dperkotak-katikkan. Akan tetapi apabila nama Allah cuba diperkotak-katikkan , jiwa kita begitu lembut, lunak dan seboleh-bolehnya berfatwa bagi meraikan kemaslahatan semua agama demi PR-13.
9- Andaikata pada hari ini ada yang menyalahgunakan nama Yang Dipertuan Agung atau Sultan2 Melayu sebagai nama pena di siaran akhbar, risalah dan blog, sudah tentulah dia terus sahaja di masukkan ke ISA dan sebagainya. Akan tetapi apabila ada manusia yang mahu mempergunakan nama 'Allah' kepada yang selain zatNya, kita hanya berkata: "serahkan pada undang2", bertindak bijak, kita negara majmuk berbilang kaum, hormati mahkamah dan sebagainya.
10- Rata-ratanya pendapat tokoh politik sedikit condong untuk meraih sokongan masyarakat Malaysia berbilang kaum dan tak keterlaluan jika dikatakan demi membantu kemenangan mereka dalam PR-13. Sehingga kadangkala mereka terlupa kepada satu firman Allah SWT yang berbunyi:
إِنْ تَنْصُروا اللهَ يَنْصُرُْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
"Sekiranya kalian membantu Allah (agama atau mempertahankan kesucian namaNya) nescaya Allah akan membantu kalian dan menetapkan kedudukan kalian."
11- Kami memohon pertolongan dariMu ya Allah. Jadikanlah ulama-ulama dan sultan-sultan kami sebagai pembantu dan pendokong agamaMu.
Mana mungkin sorang muslim yang waras BENARKAN kerana membenarkan bererti mengizinkan serta meredhai salah guna Nama Allah. Ertinya orang yang membenarkan termasuk orang yang meredhai sebutan dan penulisan yang salah. Redha kepada kekafiran membawa kepada kekafiran. Ini intipati mesej saya seperti penjelasan Syaikhuna Dr Haron Din.
Paling menjelekkan ialah apabila golongan yang membenarkan bermati-matian menjaja kepada semua manusia dengan mengambil dalil al-Quran ayat 25 Surah Luqman sebagi contoh. Ayat-ayat yang hampir sama adalah ayat al-'Ankabut: 61 dan al-Zumar:38.
Bagi saya, secara bahasa mudah, ayat-ayat tersebut adalah statement of facts oleh Allah SWT, bukan keizinanNya kerana di dalam banyak ayat-ayat lain, Allah menekankan supaya para hambaNya mengenali driNya secara sebenar, bukan secara serkap jarang atau sangka-sangka!
Di dalam persekitaran bangsa Arab, penggunaan kalimah Allah telah wujud sebelum lahir Nabi Muhammad SAW. Tugas paling utama Nabi SAW ketika diutuskan adalah untuk membetulkan kefahaman Arab jahiliah mengenai Allah yang sebenar yang disalahfahami. Begitu juga kepada Ahlul Kitab yang mensyirikkan Allah dengan mengatakan Uzair anak Allah atau Isa anak Allah.
Maka untuk kes bangsa Arab yang gunakan kalimah Allah, umat Islam biarkan kerana ia berlaku berzaman-zaman dan ini maksud saya bahawa tidak ada urgency ulama bincang bab ini pada kurun ke sembilan Hijrah contohnya. Penggunaan kalimah Allah di kalangan Kristian Arab dibiarkan kerana realiti zhuruf(persekitaran) dan 'uruf (adat) tidak mengizinkan sesiapun pun menghalang.
Membiarkan tanpa kerelaan hati bukan bererti membenarkan secara mutlak kerana membiarkan tanpa kerelaan hati seperti yang berlaku di dalam persekitaran bangsa Arab termasuk perilaku Muslim yang melihat kemungkaran tetapi dengan hati tidak redha dan membenci kerana tidak berupaya mengubah kemungkaran itu dan ini merupakan manifestasi selemah-lemah iman.
Perlu diingat bahawa tidak mungkin boleh bagi umat Islam meredhai salah guna kalimah Allah orang Kristian di dalam apa jua keadaan. Sesiapa yang MEMBENARKAN seseorang Kristian menggunakan ungkapan Anak Allah, secara sebutan, bertulis atau dicetak, ertinya dia bersekutu untuk membenarkan Allah dicaci dan dimaki.
Ustaz Mujahid
Yayasan Sofa, Negeri Sembilan
http://almukminun.blogspot.com/
Monday, 25 January 2010
Friday, 22 January 2010
dipetik dari
http://blogtraditionalislam.wordpress.com/2010/01/15/ulasan-jawapan-institut-al-qayyim-terhadap-tulisan-tauhid-3-serangkai-yayasan-sofa/
**************************
Saya mendapat kiriman jawapan Institut Al Qayyim terhadap artikel Yayasan Sofa. Saya siarkan di sini untuk penelitian pembaca. Saya masukkan komen saya pada artikel tersebut (berwarna) dalam keadaan saya belum membaca kesahan teks rujukan asalnya berbahasa Arab. Saya memberi komen bukan mewakili Yayasan Sofa, sebaliknya dari pengamatan saya semata-mata. Selamat membaca dengan hati yang terbuka.
Jawapan Institut Al Qayyim Terhadap Artikel Yayasan Sofa
Tulisan ini merupakan jawapan kepada artikel yang disiarkan di dalam akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 29/11/09 [sebenarnya 30 Nov 2009 Utusan Malaysia hari Isnin, bukan 29 Nov - AKO] oleh Panel Penyelidik Yayasan Sofa, Negeri Sembilan bertajuk: Tauhid tiga serangkai disyariatkan di dalam Islam?. Setelah membaca dan memahami artikel tersebut, disimpulkan ia berlegar kepada satu persoalan utama iaitulah dakwaan kononnya pembahagian tauhid kepada tiga bahagian: Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid al-Asma’ wa al-Sifat dimulakan oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah R.H. dan pembahagian ini tidak dikenali di zaman awal Islam. Benarkan dakwaan ini?
Bagi sesiapa yang mempelajari akidah yang bersumberkan al-Quran, al-Sunnah dan pemahaman generasi al-Salaf al-Soleh, pasti akan memperakui sesungguhnya dakwaan ini amat jauh untuk dinilai sebagai suatu hasil penyelidikan ilmiah. Sebaliknya ia lebih kepada bukti kedangkalan dan kecetekan ilmu yang berpunca dari amalan taklid membuta tuli. Lebih malang kedangkalan ini disertai keegoan yang parah sehingga berani mencabar sesiapa yang dapat membuktikan pembahagian tauhid kepada tiga bahagian telah ada sebelum kurun ke tujuh hijrah lagi.
(Komen Dr Asmadi: Datangkan hujah dulu sebelum membuat tuduhan orang lain dangkal, cetek dan taklid membabi buta. Ini merupakan metode ‘memaki’ yang tidak baik bagi suatu bicara ilmu)
Alangkah baik jika sebelum mencabar sesiapa, Panel Penyelidik Yayasan Sofa bertindak rajin sedikit, dengan membelek kitab-kitab tafsir yang mu’tabar di sisi Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah yang ditulis sebelum kelahiran Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah. Cukup sekadar dengan Tafsir al-Imam al-Tobari (meninggal 310H). Pasti dengan merujuk kepada kitab tafsir ini sahaja akan terjawab segala kekaburan dan tidak tahu. Tetapi sayang Panel Penyelidik Yayasan Sofa tidak melakukan perkara ini melainkan bertaklid kepada beberapa penulis sahaja. Untuk itu tulisan ini ditulis, supaya ia dapat mengambil tempat seperti seorang yang celik membimbing seorang buta menyeberangi jalan, agar selamat sampai ke seberang sana.
Maka tulisan ini memberi tumpuan dalam membuktikan pembahagian tauhid kepada tiga bahagian telah ada di zaman awal umat Islam sebelum Ibn Taimiyyah R.H. Bahkan telah dinukilkan di dalam kitab-kitab tafsir beberapa riwayat daripada para sahabat Nabi S.A.W., para Tabi’ien dan para Atba’ al-Tabi’ien umat Islam.
Tujuan Pembahagian Ilmu Islam
Pembahagian mana-mana bidang ilmu Islam adalah suatu yang diterima di sisi para ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, bahkan diterima oleh orang-orang yang berakal sejak zaman berzaman. Ia bertujuan memudahkan proses pembelajaran dan kefahaman terhadap nas-nas (teks) syarak, demikian juga agar gambaran umum terhasil sebelum sesuatu bidang dipelajari. Contoh mudah dalam hal ini, al-Imam al-Syafie telah menyusun ilmu Usul di dalam ilmu Fiqh Islami. Hasilnya pembahagian ini diterima oleh para ulama selepas beliau.
(Komen Dr Asmadi: Alhamdulillah Usul Fiqh diiktiraf semula sebagai satu cara pentafsiran teks al-Quran dan sunnah. Justeru, pentafsiran al-Quran dan sunnah tanpa ilmu Usul Fiqh adalah pentafsiran mengikut akal masing-masing. Seseorang itu bukan mujtahid sekiranya tidak belajar dan menguasai Usul Fiqh).
Kaedah pembelajaran yang tersusun dengan pembahagiannya tidak pernah terdapat di zaman Nabi S.A.W., bahkan pembahagian ilmu kepada ilmu aqidah, fiqh dan akhlak juga tidak terdapat di zaman Nabi S.A.W., sama halnya dengan penyusunan ilmu Mustalah al-Hadith, Ulum al-Tafsir, Usul al-Fiqh dan semua bidang ilmu syariah tidak pernah disusun, dibahagi dan diasingkan mengikut pembahagian-pembahagian seperti yang ada pada hari ini. Tidak pula bermakna ilmu-ilmu ini merupakan rekaan, bid’ah dan tokok-tambah dalam agama. Sebaliknya ia hanyalah kaedah untuk memudahkan proses pembelajaran dan pemahaman. Lalu tidak berlebihan jika dikatakan teramat jahil orang yang mendakwa pembahagian-pembahagian ilmu ini sebagai bid’ah. Kerana itu masyhur satu kaedah di sisi ulama usul yang disebut sebagai la masyahah fi al-Istilah yang bermaksud tiada pertikaian terhadap pengistilahan jika kandungan atau maksudnya benar.
(Komen Dr Asmadi: Pembahagian ilmu-ilmu ini adalah bidaah sebab ia adalah sesuatu yang baru. Setiap yang baru itu bidaah (Kull muhdasatin bid’ah). Satu perkara bidaah dalam mempelajari ilmu Islam. Walaupun begitu ia adalah bidaah yang mahmudah (terpuji), yang sepakat ulama membenarkan untuk memudahkan pengajian Syariah. Saya agak hairan kenapa dinafikan ianya bidaah (sesuatu yang baru)dengan mengklasifikasikannya bukan bidaah? Kenapa pula dikatakan seorang itu amat jahil apabila dikatakan penyusunan ilmu-ilmu ini bidaah? Atas dasar itulah ulama membahagikan bidaah kepada bidaah yang keji dan bidaah yang terpuji. Jahilkah Imam al-Izz bila beliau memasukkan penyusunan ilmu tersebut kepada ilmu fiqh, tauhid, ilmu hadis sebagai bidaah hasanah (bidaah terpuji).
Bahkan pembahagian Imam al-Izz bin Abdul Salam amat sesuai dengan pemahaman bidaah. Penyusunan ilmu sedemikian beliau kelaskan dalam bidaah yang wajib. Pembinaan binaan atas kubur, beliau katakan sebagai bidaah yang haram (tetapi tidak menyesatkan). Senang untuk masyarakat faham. Manakala, bidaah dalam aqidah, baru beliau sesatkan.
Lihat kitab ulama Imam al-Izz bin Abd al-Salam iaitu Qawaid al-Ahkam).
Pembahagian tauhid di kalangan generasi awal umat islam
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah R.H. bukanlah individu pertama yang bertanggungjawab mereka-reka pembahagian tauhid kepada tiga bahagian. Sebaliknya pembahagian ini telah wujud lebih awal lagi. Perkara ini dapat ditelaah dari kitab-kitab karangan ulama yang awal. Ibn Taimiyyah yang hidup pada kurun ke tujuh hanya berperanan menghidupkan semula penekanan kepada tiga usur penting di dalam tauhid. Di bawah ini disenaraikan beberapa bukti yang menunjukkan pembahagian tauhid telah ada sebelum kelahiran Ibn Taimiyyah R.H. lagi:
Pertama: Al-Imam Abu Abdillah, Ubaidullah ibn Muhammad ibn Battah al-‘Ukbariy (meninggal tahun 387H) berkata: “…dan demikian itu, bahawa asas keimanan kepada Allah yang wajib ke atas makhluk beriktikad dengannya dalam menetapkan keimanan terhadapNya adalah tiga perkara (bahagian). Pertama: Keyakinan seorang hamba terhadap rabbaniyyah (Rububiyyah) Allah, agar keyakinan ini membezakan dia dengan mazhab golongan al-Ta’til yang tidak menetapkan adanya (tuhan) yang maha pencipta. Kedua: keyakinan seorang hamba terhadap wahdaniyyah (keesaan) Allah, agar keyakinan ini membezakan dia dengan mazhab golongan musyrik, yang mengakui adanya pencipta (Allah), tetapi mereka mensyirikanNya dengan yang lain di dalam ibadah. Ketiga: Keyakinan seorang hamba terhadap Allah yang bersifat dengan sifat-sifat yang layak bagiNya seperti al-‘Ilmu (maha mengetahui), al-Qudrah (Maha berkuasa), al-Hikmah (maha bijaksana) dan semua sifat yang Dia (Allah) telah sifatkan diriNya di dalam kitabNya … (oleh itu) kita akan dapati Allah ta’ala telah mengarahkan hamba-hambanya dengan menyeru mereka untuk beri’tiqad kepada setiap dari tiga pembahagian ini dan beriman dengannya.” (al-Ibanah ‘an Syariah al-Firqah al-Najiah wa Mujabanah al-Firaq al-Mazmumah, Oleh Ibn Battah, hal. 693-694).
(Komen Dr Asmadi: Jawapan ini nampak canggih tetapi tidak jujur. Terpaksa memasukkan perkataan ‘rububiah’ dalam kurungan untuk buktikan Ibn Battah sokong Ibn Taimiyyah. Cuba pembaca buang perkataan dalam kurungan tersebut dan baca: Pertama: Rabbaniah, kedua: Wahdaniyyah, ketiga: Sifat-sifat Allah SWT.
Pertama Rabaniyyah Allah. Saya kena periksa teks bahasa Arab kitab ini, sebab terjemahan mengelirukan iaitu “agar keyakinan ini membezakan dia dengan mazhab golongan al-Ta’til yang tidak menetapkan adanya (tuhan) yang maha pencipta”. Golongan Ta’til sebenarnya mengatakan adanya tuhan tetapi menafikan Sifat-sifat Allah SWT! Ini membuktikan mempelajari Rabbaniyah yang dimaksudkan ialah meyakini Allah SWT mempunyai segala sifat-sifat ketuhanan (rangkuman rububiah dan uluhiah sekaligus).
Pada pandangan Ahlussunnah, rububuyah dan uluhiyah adalah tidak terpisah (saling melazimi) dan ia termasuk pandangan Ibn Battah, bahkan perkataan ‘ilah’ merangkumi rububiyah dan uluhiyyah. Sebagai contoh, ayat 24, Surah al-Nazi’at, bermaksud: “(Firaun berkata) Aku tuhanmu (Rabb) yang maha tinggi”. Istilah Rabb yang didakwa oleh firaun meliputi pengakuannya ketuhanannya (rububiah) dan juga uluhiah (layak disembah). Demikian juga perjanjian ruh dengan Allah SWT dalam Surah al-A’raf, ayat 172 bermaksud: “Bukankan aku Rabbmu (tuhanmu), Ruh berkata: Benar, kami bersaksi”. Ruh bersaksi Allah tuhannya dalam bentuk rububiah dan uluhiyahnya secara serentak. Ruh bukan hanya bersaksi atau bertauhid rububiyyah sahaja!
Kedua Wahdaniyyah Allah SWT (Ke-Esaan Allah). Setelah meyakini Allah SWT mempunyai sifat-sifat kesempurnaan kekuasaan dalam ‘rabbaniyah’ tadi (rububiyyah dan uluhiyyah), maka tidak boleh pula mensyirikkan Allah.
dan Ketiga: Keyakinan pada sifat-sifat yang layak untuk Allah SWT. Jadi, mempelajari sifat-sifat Allah SWT (inilah hujah sifat 20!) termasuk dalam akidah Ahlusunnah Wal jamaah. Masalahnya, bila kami gunakan kata-kata Ibn Battah ini untuk menunjukkan golongan Salaf juga bersetuju mengkaji sifat-sifat Allah SWT, golongan ini menolak pula hujah ini!
Jadi, kata-kata Ibn Battah ini bukannya menyokong pembahagian tauhid Ibn Taimiyyah).
Perkataan Ibn Battah ini amat jelas menunjukkan pembahagian tauhid kepada tiga telah wujud dan diketahui oleh para ulama yang hidup sekitar dua ratus tahun sebelum kelahiran Ibn Taimiyyah. Bahkan perkara yang lebih penting untuk diberi tumpuan di sini bahawa perbezaan di antara tauhid rububiyyah dan uluhiyyah telah disebut juga oleh para sahabat Nabi S.A.W. antara mereka:
(Komen Dr. Asmadi: Penjelasan Ibn Battah berbeza dengan Ibn Taymiyyah. Saya belum sempat periksa pandangannya mengenai pengesaan Allah SWT dari tempat dan masa. Bila saya dapat buku tu nanti, saya akan perkemaskan komen saya. Nanti saya buktikan pandangannya tentang Tauhid Sifat bila saya mendapat buku ini).
Kedua: Firman Allah yang bermaksud: “Dan kebanyakan mereka tidaklah beriman kepada Allah, melainkan dalam keadaan mensyirikkanNya.” (Yusuf: 106).
Kata ‘Ikrimah R.A. (sahabat Nabi S.A.W.): “Kamu bertanya kepada mereka (orang-orang musyrik): Siapa yang menciptakan mereka? siapa yang menciptakan langit dan bumi? Pasti mereka akan menjawab: Allah. Demikian itulah iman mereka kepada Allah (iman kepada rububiyyah Allah), sedangkan mereka menyembah selain daripada Allah (syirik dalam uluhiyyah Allah).”
(Komen Dr Asmadi: Sekali lagi, penjawab terpaksa memasukkan dalam kurungan perkataan ‘rububiah’ dan ‘uluhiah’ bagi membawa kefahaman pembaca kepada kefahamannya. Saya syorkan pembaca membaca terjemahan ini sekali lagi tanpa perkataan dalam kurungan.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan kebanyakan mereka tidaklah beriman kepada Allah, melainkan dalam keadaan mensyirikkanNya.” (Yusuf: 106).
Kata ‘Ikrimah R.A. (sahabat Nabi S.A.W.): “Kamu bertanya kepada mereka (orang-orang musyrik): Siapa yang menciptakan mereka? siapa yang menciptakan langit dan bumi? Pasti mereka akan menjawab: Allah. Demikian itulah iman mereka kepada Allah, sedangkan mereka menyembah selain daripada Allah.”
Nilai sendiri, adakah ada tauhid rububiah dan tauhid uluhiah? Sedangkan ayat Surah Yusof itu jelas mengatakan mereka sebenarnya tidak beriman. Adakah Ikrimah RA kemudian mengatakan: ‘Orang-orang Musyrik hanya beriman dengan tauhid rububiah?
Ketiga: Ibn ‘Abbas R.A. berkata: “diantara keimanan mereka (orang-orang musyrik), apabila ditanya kepada mereka: siapa yang menciptakan langit, bumi dan gunung-ganang? Mereka akan menjawab: Allah. Sedangkan mereka mensyirikkan Allah (dalam uluhiyyahNya).”
(Komen Dr Asmadi: Baca terjemahan ayat ini tanpa perkataan dalam kurungan:
Ibn ‘Abbas R.A. berkata: “di antara keimanan mereka (orang-orang musyrik), apabila ditanya kepada mereka: siapa yang menciptakan langit, bumi dan gunung-ganang? Mereka akan menjawab: Allah. Sedangkan mereka mensyirikkan Allah.”
Buat penilaian sendiri. Ada ke Ibn Abbas sebut tauhid uluhiyyah?.
Keempat: Qatadah R.H. berkata: “Iman mereka ini, sesungguhnya kamu tidak berjumpa dengan salah seorang daripada mereka, melainkan dia memberitahu kepada kamu bahawa Allah adalah tuhannya (rabb), Dialah yang mencipta dan memberi rezeki kepadanya (rububiyyah), sedangkan dia melakukan syirik di dalam ibadah (uluhiyyah).”
(Komen Dr Asmadi: Baca sekali lagi tanpa ada tambahan dalam kurungan:
Qatadah R.H. berkata: “Iman mereka ini, sesungguhnya kamu tidak berjumpa dengan salah seorang daripada mereka, melainkan dia memberitahu kepada kamu bahawa Allah adalah tuhannya (rabb), Dialah yang mencipta dan memberi rezeki kepadanya, sedangkan dia melakukan syirik di dalam ibadah.”
Buat penilaian sendiri. Ada ke Qatadah sebut tauhid uluhiyyah?.
Kelima: Mujahid R.H. (meninggal tahun 103 H) seorang Tabi’ie yang masyhur berkata: “Keimanan mereka dengan perkataan mereka: “Allah yang menciptakan kami, memberi rezeki dan mematikan kami.” Ini adalah keimanan (rububiyyah) mereka yang beserta kesyirikan di dalam ibadah (uluhiyyah) kepada selain Allah.” (Lihat tafsir al-Imam Ibn Jarir al-Tobari (meninggal 310H), surah Yusuf ayat 106)

Mujahid R.H. (meninggal tahun 103 H) seorang Tabi’ie yang masyhur berkata: “Keimanan mereka dengan perkataan mereka: “Allah yang menciptakan kami, memberi rezeki dan mematikan kami.” Ini adalah keimanan mereka yang beserta kesyirikan di dalam ibadah kepada selain Allah.”
Buat penilaian sendiri. Ada ke Mujahid sebut tauhid uluhiyyah? Jadi bukanlah Imam Ibn Jarir al-Tobari mengatakan demikian, cuma beliau menukilkan pandangan sahabat yang bukan juga mengatakan secara jelas ‘orang-orang musyrik adalah ahli tauhid rububiah, sebaliknya musyrik dalam golongan orang-orang yang tak beriman).
Dirasakan bukti-bukti ini sahaja sudah cukup menunjukkan pembahagian tauhid kepada Rububiyyah, Uluhiyyah dan asma’ wa sifat bukan dimulakan oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah R.H. Sebaliknya ia telah diketahui di kalangan umat Islam yang awal bahkan di sisi para sahabat Nabi S.A.W.. Sebagai tambahan di bawah ini disebut beberapa rujukan lain dari para ulama secara ringkas:
1. Kitab al-Tauhid wa Ma’rifah Asma’ Allah azza wa jall wa sifatih ‘ala Ittifaq wa al-Tafarrud oleh al-Imam al-Hafidz Abi ‘Abdillah, Muhammad ibn Ishak ibn Yahya ibn Mundih yang meninggal pada tahun 395 Hijrah. (Jilid 1: halaman 61-116, jilid 2: halaman 14-208, jilid 3: halaman 7 hingga penghujung kitab )
2. Lihat juga perkataan al-Imam al-Qadhi Abi Yusuf Ya’qub ibn Ibrahim ibn Habib al-Kufi, murid dan sahabat kepada al-Imam Abu Hanifah (pemuka Mazhab Hanafi). Beliau meninggal pada tahun 182 Hijrah. Perkataannya telah dinukilkan oleh al-Imam al-Hafidz Abi ‘Abdillah, Muhammad ibn Ishak ibn Yahya ibn Mundih (meninggal tahun 395H) di dalam kitabnya al-Tauhid wa Ma’rifah Asma’ Allah azza wa jall wa sifatih ‘ala Ittifaq wa al-Tafarrud, jilid 3: halaman 304-306.
3. Kitab al-Fiqh al-Absat, oleh al-Imam Abu Hanifah, al-Nu’man ibn Thabith yang meninggal pada tahun 150 Hijrah, halaman 51. Ketika beliau menyebut: “Dan Allah itu diseru dari atas bukan dari bawah (isyarat kepada tauhid al-Asma’ wa al-Sifat), kerana bawah bukan daripada al-Rububiyyah dan al-Uluhiyyah sesuatupun.”
(Komen Dr Asmadi: Kena semak keseluruhan kitab-kitab ini adakah mentafsirkan sebagaimana Tauhid 3 serangkai ibn Taimiyyah. Mengikut maklumat sahabat saya yang biasa membelek kitab Imam Abu Hanifah: Fiqh al-Absat (sahabat ini sedang menyelia tesis PhD pelajarnya yg menggunakan kitab ini), kitab ini menjadi asas kepada aliran Maturidi oleh Imam Abu Mansur al-Maturidi kerana beliau seorang yang bermazhab Hanafi. Kalau betul maklumat ini nanti (saya minta beliau menyemak), sekali lagi pembaca tertipu dengan nama-nama kitab ulama Salaf yang dikatakan seolah-olah menyokong Ibn Taimiyyah).
Agama melarang taklid buta
Al-Quran dan al-Sunnah melarang kita tertaklid membuta tuli kepada sesiapapun melainkan kepada Nabi S.A.W., samada Ibn Taimiyyah atau sesiapa sahaja, pandangan mereka perlu dirujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah, diambil apa yang bertepatan dengan dua rujukan ini dan ditinggalkan yang lainnya. Untuk mengenal pasti pendapat yang lebih bertepatan dengan al-Quran dan al-Sunnah, pemahaman para sahabat dan para ulama generasi awal islam perlu dirujuk. Maka individu-individu yang memakai gelaran agama seperti ustaz, panel penyelidik dan seumpamanya perlulah merajinkan diri mengkaji dan memahami setiap persoalan yang hendak dibicarakan, sebelum berani membuat sesuatu kesimpulan. Sikap malas dan ‘taklid buta’ perlu dijauhi, jika tidak, ada baiknya kita mendiamkan diri sahaja, agar kebodohan dan malas diri sendiri tidak diketahui ramai dan menyusahkan orang lain.
(Komen Dr Asmadi: Betul, tidak boleh taklid buta pada persoalan akidah. Sebab itu saya mengharap, ada hadis-hadis yang jelas berkaitan dengan pembahagian ini dan keyakinan-keyakinan di dalamnya. Contohnya ada dalil jelas yang mengatakan orang-orang musyrik beriman dengan ‘iman rububiah’ tetapi tidak beriman dengan iman ‘uluhiah’. Malangnya, tidak ada pun dalil yang benar-benar menyebut perkara itu secara jelas. Orang-orang awam yang tidak mampu membaca kitab-kitab Arab tersebut akan mudah tertipu dengan hujah-hujah tersebut.
Kalau mengikut metode pandangan ini, persoalan berzikir, berdoa berkumpulan adalah bidaah yang sesat sebab tiada dalil ’sahih’ dan qat’ie mengenainya walaupun al-Quran dan sunnah sarat dengan saranan suruh berdoa dan berzikir. Bagaimana pula boleh diterima penghuraian akidah 3 serangkai itu, tanpa dalil-dalil sahih dari al-sunnah sendiri? Celarukan dan tidak adil cara berfikir sedemikian? Hujah- hujah yang digunakan di atas pun, bukannya menyokong pandangan Ibn Taimiyyah!
Saya semakin yakin yang orang-orang yang bertaklid dengan Sheikh Ibn Taimiyyah tidak mempunyai dalil-dalil dari al-Quran dan hadis. Mereka terpaksa mengulang-ulang hujah Ibn Taimiyyah dan memasukkan perkataan ‘rububiah’ dan ‘uluhiah’ dalam kata-kata ulama silam!
Wallahu a’lam. Semoga kita baca ulasan ini dengan fikiran yang terbuka. Saya tidak mahu menuduh dangkal, cetek dan seumpamanya. Cuma saya masih tertunggu-tunggu hujah ’sahih’ dan nyata dari al-Quran dan al-Sunnah.
http://blogtraditionalislam.wordpress.com/2010/01/15/ulasan-jawapan-institut-al-qayyim-terhadap-tulisan-tauhid-3-serangkai-yayasan-sofa/
Ulasan Jawapan Institut Al-Qayyim Terhadap Tulisan Tauhid 3 Serangkai Yayasan Sofa
leave a comment »
Artikel ini adalah ulasan Dr Asmadi Mohamed Naim kepada jawapan Institut Al-Qayyim terhadap tulisan Tauhid Tiga Serangkai oleh Yayasan Sofa yang disiarkan dalam Utusan Malaysia**************************

Thursday, 21 January 2010
Isu Kalimah Allah-AlFaqir 101
dipetik dari http://www.bicarasufi.com/bsc/viewtopic.php?t=19759
Ada beberapa fokus yang perlu kita faham secara asas bila melibatkan isu ini.
Pertama: Mereka yang menolak penggunaan kalimah "Allah" bagi orang-orang Kristian di Malaysia dan mereka yang menerimanya berdasarkan hujah-hujah yang zhonni (tidak muktamad).
Mereka yg menolak penggunaan kalimah "Allah" bagi orang-orang Kristian lebih melihat konteks penggunaannya di Malaysia. Sedangkan, mereka yang menerima atau membenarkan penggunaan tersebut bagi orang2 Kristian melihat dari sudut "sejarah" dan konteksnya di dunia Arab. Jadi, mereka yg membenarkan penggunaan kalimah "Allah" bagi orang2 Kristian di Malaysia sebenarnya merujuk kepada faktor-faktor yang jauh dari hakikat penggunaannya di Malaysia.
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dan sebagainya menerima penggunaan kalimah ini kerana melihat konteks penggunaannya dalam lingkungan masyarakat Arab. Adapun ketika berinteraksi dengan isu ini di Malaysia, lingkungan masyarakat dan konteks bahasanya sudah tidak sama seperti masyarakat dan bahasa Arab. Itu yang kita perlu fahami. Majlis Fatwa Kebangsaan sudah menetapkan suatu ijtihad yang tepat dan bernas dalam melihat isu ini khusus dalam masyarakat Malaysia. Kita perlu ingat, ijtihad dan fatwa itu perlu melihat kepada tempat masing-masing juga. Ini dipelajari dalam Usul Fiqh.
Kedua: Kita perlu fahami isu bahasa sebelum salah dalam membuat perbandingan. Bahasa Arab mempunyai uslub yang sangat luas dan konteks yang terbuka. Sesuatu kalimah dalam bahasa Arab boleh berkembang kepada maksud yang berbeza, boleh mempunyai banyak maksud berdasarkan penggunaan sesuatu konteks dan sebagainya.
Contoh di mana sesuatu kalimah itu berkembang dari satu makna ke satu makna yang jauh berbeza. Suatu ketika dahulu, kalimah "Dirasah" dalam kalimah Arab bererti kawasan perkuburan. Setelah itu, kalimah "Dirasah" berkembang kepada maksud: pembelajaran. Inilah salah satu contoh suasana perkembangan makna dalam kalimah Arab.
Contoh pula di mana sesuatu kalimah itu mempunyai beberapa maksud berdasrkan penggunaan sesuatu konteks:- "Kalimah: Solat"
Solat dari sudut bahasa Arab secara asasnya bermaksud: "doa". Ia suatu lafaz umum dari sudut bahasa.
Namun, ketika Allah s.w.t. menurunkan syariat Islam, lalu menggunakan kalimah "solat" dengan maksud yang lebih khusus berbanding makna bahasanya iaitu "doa". Maka, ketika itu, para ulama' Islam mentakrifkan "solat" dari sudut istilah syariat bererti: "Perkataan dan perbuatan yang khusus yang dimulakan dengan takbir dan disudahi dengan salam..."
Jadi, masyarakat Arab yang memahami uslub bahasa Arab ini tidak akan keliru dengan penggunaan kalimah-kalimah Arab kerana keluasannya. Mereka dapat membezakan "kalimah" ketika digunakan dari sudut bahasa dengan "kalimah" ketika digunakan dari sudut istilah syariat Islam.
Bagaimana dengan kalimah "Allah"?
Sebahagian daripada ahli ilmu bahasa Arab mengatakan bahawasanya kalimah "Allah" adalah kata nama khas daripada Illah yang bermaksud tuhan yang disembah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Munziri daripada Ibi Al-Haitham yang disebut dalam Lisan Al-Arab. Jadi, penggunaan kalimah “Allah” dalam bahasa Arab boleh merujuk kepada maksud "tuhan" yang disembah menurut sebahagian ahli bahasa.
Jadi, kalimah "Allah" berdasarkan sesetengah ahli bahasa bermaksud lebih umum iaitu Al-Ilah atau "tuhan yang disembah" atau the god. Sedangkan, kalimah "Allah" dari sudut syariat bermaksud Tuhan yang Maha Esa. Maksudnya. Kalimah "Allah" dari sudut bahasa (menurut sesetengah ahli bahasa Arab): hanya membawa maksud ketuhanan semata-mata sedangkan kalimah "Allah" dari sudut syariat membawa maksud "ketuhanan" dan "keesaan" sekaligus.
Jadi, ketika orang-orang musyrikin dicemari penyembahan berhala, maka mereka merujuk "Allah" sebagai tuhan, maka mereka hanya bermaksud "ketuhanan" semata-mata, bukan dengan unsur "keesaan" kerana mereka menyembah tuhan-tuhan selain Allah untuk mendekatkan diri kepada Allah berdasarkan prasangka mereka. Jadi, mereka menggunakan kalimah "Allah" tidak lebih dari sudut bahasa sahaja.
Akhirnya, ahlul-kitab yang hidup dalam lingkungan masyarakat Arab Jahiliyyah yang bertutur dengan bahasa Arab juga terpengaruh dengan istilah "Allah" bagi merujuk kepada tuhan mereka yang bersifat trinity dan sebagainya. Sedangkan, ahlul-kitab yang tidak hidup dalam lingkungan masyarakat Arab tidak pernah memanggil tuhan mereka sebagai Allah, tetapi memanggilnya samada dengan bahasa Ibrahin iaitu Yahweh atau dalam bahasa Yunani iaitu Ho Thios.
Jadi, dari sudut sejarah sendiri, kalimah Allah tidak menjadi tradisi asal orang2 Kristian dan Yahudi. Cuma ahlul-kitab (Yahudi atau Kristian) yg hidup dalam lingkungan masyarakat Arab sahaja yang terkesan dengan penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat Arab yang mana masyarakat Arab mewarisinya daripada syariat Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s.. Tetapi, setelah mereka dipengaruhi pegangan syirik, maka kalimah "Allah" tidak lagi merujuk kepada maksudnya dari sudut syariat tetapi sekadar dari sudut bahasa.
Jadi, ketika Al-Qur'an membicarakan kesesatan musyrikin dan ahlul-kitab dalam penggunaan bahasa Arab, maka Allah s.w.t. tetap menggunakan "kalimah Allah" bagi merujuk kepada konsep ketuhanan mereka, bukan kerana mengakuinya, tetapi sekadar merujuk kepada penggunaan mereka terlebih dahulu sebelum Al-Qur'an diturunkan.
Namun, banyak ayat yang menyeru agar mrk berhenti daripada menisbahkan Allah kepada konsep ketuhanan syirik mereka.
Allah s.w.t. berfirman:
"Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang mengatakan: "Bahwasanya Allah salah satu (oknum) daripada yang tiga (oknum triniti)", padahal sekali-kali tidak ada tuhan selain dari Tuhan yang Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir di antara mereka akan ditimpa siksaan yang pedih. (Surah Al-Ma’idah: 73)
Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud:
Wahai ahli kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al Masih, Isa putera Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga (trinity)", berhentilah (dari ucapan itu). (itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah adalah Tuhan yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. cukuplah Allah menjadi Pemelihara. (Surah An-Nisa’: 171)
Jadi, larangan penggunaan kalimah "Allah" sememangnya berasas berdasarkan dua dalil ini dan banyak dalil-dalil yang lain termasuklah surah Al-Ikhlas.
Ketiga: Para ulama' Islam Arab sendiri menegaskan kalimah "Allah" secara istilahnya hanya merujuk kepada konsep ketuhanan Islam dan tidak boleh digunakan oleh konsep ketuhanan yang lain kerana hanya konsep ketuhanan Islam sahaja yang mengandungi konsep keesaan.
Oleh sebab itulah, para ulama' Islam menjelaskan maksud kalimah "Allah" dari sudut istilah syariat Islam bukan sekadar berdasarkan konsep ketuhanan semata-mata, tetapi merangkumi konsep ketuhanan dan keesaan sekaligus.
Imam As-Syirbini dalam Tafsir As-Siraj Al-Munir menafsirkan kalimah Allah dalam surah Al-Ikhlas tersebut dengan berkata:
الذي ثبتت إلهيته وأحديته
Maksudnya: “Allah ialah Tuhan yang bersifat dengan ketuhanan dan keesaanNya.”.
Maka, kalimah Allah dengan maksud "ketuhanan dan keesaan" ini tidak boleh digunakan melainkan merujuk kepada Allah s.w.t. yang disembah oleh orang-orang Islam sahaja. Hal ini dijelaskan sendiri oleh ulama' lain.
Sheikh Muhammad Ali As-Shobuni ketika menjelaskan tentang kalimah Allah dalam Shofwah At-Tafasir pada surah Al-Fatihah berkata:
“((Allah)) Suatu nama khusus bagi Zat Maha Agung yang mana tidak ada yang berkongsi nama tersebut denganNya…” [1/18]
Jadi, para ulama' sendiri tidak bersetuju kalimah "Allah" dengan maksud sebenar digunakan oleh selain orang-orang Islam.
Toleransi mereka kepada ahlul-kitab Arab hanya kerana mereka sudah terbiasa menggunakan kalimah "Allah" merujuk kepada maksud dari sudut bahasa Arab, bukan dari sudut istilah syariat Islam yang hanya bermaksud ketuhanan dan tidak merangkumi konsep keesaan.
Jadi, Allah di sisi ahlul-kitab Arab hanya bermaksud tuhan, bukan Tuhan yang Maha Esa (Al-Ilah Al-Ahad) kerana kebanyakan mereka mensyirikkan Allah s.w.t. dengan konsep trinity.
Maka, para ulama' secara sepakat menolak jika orang-orang Kristian cuba merujuk kalimah Allah dalam penggunaan mereka sebagai "Tuhan yang Maha Esa" kerana kita (umat Islam) tidak mengiktiraf konsep ketuhanan trinity mereka sebagai konsep ketuhanan tauhid (keesaan). Oleh sebab itulah Dr Harun Din membuat kenyataan, jika sesiapa bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah bagi orang2 Kristian, bererti bersetuju dengan kekufuran mereka. Maksudnya, jika seseorang bersetuju orang-orang Kristian pun beraqidah dengan tauhid, maka itu bererti bersetuju dgn orang2 kristian yg mendakwa trinity sebagai tauhid. Itu adalah kufur.
Namun, toleransi kepada ahlul-kitab (Kristian Arab terutamanya) dalam menggunakan kalimah Arab kerana mereka sekadar merujuk kepada maksud tuhan, bukan maksud tauhid. Jika merujuk kepada tauhid, maka mereka pendusta dan ulama' Islam tidak mengiktiraf sama sekali aqidah trinity mereka sebagai tauhid.
Jadi, masyarakat Islam di tanah Arab juga tidak keliru dengan kalimah "Allah" di sisi orang2 kristian Arab kerana mereka memahami dalam bahasa arab, ada kalimah yang sekadar bermaksud dengan maksud dari sudut bahasa semata-mata dan ada yang bermaksud dengan maksud dari sudut syariat. Namun, konsep ini tidak ada dalam penggunaan bahasa Melayu. Oleh sebab itulah, isu ini perlu dinilai dari sudut bahasa Melayu dan amalan di Malaysia.
Keempat: Perkataan "Allah" dalam bahasa Melayu tidak mempunyai dua maksud seperti bahasa Arab iaitu, maksud dari sudut bahasa dengan maksud dari sudut istilah syariat. Maka, dalam bahasa Melayu, perkataan "Allah" hanya bermaksud:
Tuhan Yang Maha Esa, Yang bersifat dgn sifat-sifat Yang Maha Sempurna dan Yang mencipta alam ini.
[rujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua. Boleh didapati secara online di http://prpm.dbp.gov.my/carian.aspx?cari=Allah&domain=PRPM no: 5]
Jadi, kalimah Allah dalam bahasa Melayu bukan sekadar bermaksud "Tuhan" tetapi juga bermaksud: Tuhan yang Maha Esa. Maka, kalimah Allah dalam bahasa Melayu merujuk kepada maksud Allah dari sudut syariat yang tidak boleh digunakan melainkan bagi merujuk kepada konsep ketuhanan tauhid orang-orang Islam sahaja.
Kalau pihak Kristian mahu menterjemahkan God ke dalam bahasa Melayu, maka perkataan yang tepat adalah tuhan kerana Allah bukan sekadar bermaksud Tuhan tetapi merangkumi maksud keesaaan (wahdaniyyah) sedangkan orang2 Kristian bertuhankan tuhan trinity. Sudah pasti, pihak Kristian di Malaysia tidak bermaksud menterjemahkan kalimah God ke dalam bahasa Arab yang lebih luas dari bahasa Melayu, lalu boleh menggunakan kalimah Allah dengan maksud dari sudut bahasa Arab, kerana mereka bermaksud untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu.
Jadi, mereka yang bersetuju dengan penggunaan kalimah "Allah" bagi orang2 Kristian tidak melihat dari sudut perbezaan antara "kalimah Allah" dalam penggunaan bahasa Arab yang lebih luas dengan penggunaan bahasa Melayu yang terbatas. Maka, dari keterbatasan inilah boleh membawa kepada kekeliruan dalam masyarakat Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu.
Kelima: Para ulama' dan mufti boleh menentukan ijtihad berdasarkan konsep sad zara'ie iaitu kaedah mencegah kemudaratan dan fitnah yang lebih besar dalam masyarakat Islam. Berdasarkan konsep inilah, maka mereka berijtihad bahawa orang2 bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah kerana ianya khusus untuk orang Islam sahaja. Ini berdasarkan konteks di Malaysia.
Adapun dari sudut Usul Fiqh, orang awam perlu mengikut fatwa para mufti mereka dalam isu yang berkaitan dengan maslahat umum masyarakat Islam. Ini kerana, pilihan dan keputusan mufti itu mengangkat perselisihan dalam masyarakat untuk menjamin maslahat umum.
Adapun ianya sudah lama digunakan di Sabah dan Sarawak, maka itu merupakan suatu kesilapan brdasarkan banyak faktor antaranya, negeri2 berikut tidak mempunyai Sultan yang menjaga urusan agama negeri2 tersebut. Jadi, isu2 keagamaan di sana selalunya tidak dilihat secara meluas walaupun ramai pihak sudah mengemukakan aduan termasuklah ancaman Kristianiti yang kuat di sana. Mudah2n isu ini menjadi pengajaran kepada pihak yang bertanggungjawab.
Wallahu a'lam...

Sunday, 17 January 2010
MENCARI ULAMAK SEBENAR
Assalamu'alaikum,
Hendak mengaji agama, mengajilah dengan ulamak, tetapi ulamak yg macam mana? Ulamak yg menjadi pewaris Nabi. Ulamak pewaris Nabi adalah ulamak yg sebenar yg juga merupakan ulamak yg benar sisi Allah. Ulamak sebenar tidak takut dengan manusia dan makhluk tapi hanya takut kepada Allah. Maknanya berserah diri dan taqwa mereka itu hanya kepada Allah. Mereka tidak takutkan manusia walaupun menerima pelbagai ugutan, cacian, kutukan, hinaan dan lain2. Mereka tidak takut dipenjara kerana Nabi Yusuf AS juga dipenjara dan kekadang berada dalam penjara itu peluang untuk mereka mendekatkan diri lagi dengan Allah. Mereka tidak takut kepada makhluk kerana usaha ikhtiar makhluk adalah dengan izin Allah jua.
Mereka tidak cinta dengan dunia dan isinya tetapi hanya mencintai Allah dan Rasul. Dunia itu tidak ditinggalkan langsung, tetapi mengambilnya barang mana yg patut. Dunia itu bukan di dalam hati mereka, tetapi hanya di genggaman tangan mereka. Bila perlu pakai, pakai, bila perlu guna, guna, bila perlu buang, buang. Dalam hati mereka hanya Allah dan Rasul. Mereka mencintai Allah, sentiasa ingatkan Allah, tatkala duduk, berdiri, berjalan, makan, mereka ingatkan Allah, dalam nafas keluar masuk mereka ingatkan Allah, hatta walau ketika tidur mereka mengingati Allah. Melihat pemandangan yg cantik, mereka ingatkan Allah Taala maha cantik, melihat keteraturan sistem alam, mereka tahu Allah Taala maha hebat pengaturannya. Mereka melihat 'nama-nama Alah' dan 'perbuatan Allah dalam kehidupan mereka. Akan ketelitian dan renungan mereka akan alam dan kehidupan menjadikan mereka semakin tawaduk, maha hebat Allah, Tuhan sekalian alam. Mereka tidak takutkan kematian kerana kematian itu adalah jalan kembali kepada Tuhan, suatu yg amat mereka rindui dan tunggu2.
Mereka mencintai Rasulullah SAW. Kecintaan mereka kepada Rasulullah melebihi kecintaan mereka pada isteri dan anak2. Membaca sejarah dan kisah Rasululullah dan para Rasul menginsafkan mereka, kesedihan Rasulullah menjadi kesedihan mereka, kegembiraan Rasulullah adalah kegembiraan mereka. Mereka sedih dan menangis atas kisah2 duka RSAW dan gembira dan suka dalam kisah ceria baginda. Percakapan, pemikiran, kelakuan dan perbuatan Rasululullah adalah ikutan mereka. Mereka banyak berselawat ke atas Rasulullah hatta Allah juga berselawat ke atas Rasul-Nya. Kasih-sayang mereka ke atas Rasulullah adalah sebagaimana kasih-sayang Saidina Abu Bakar RA ke atas RSAW. Dari itulah, mereka akan bangkit jika ada golongan yg mempersendakan perbuatan, tindakan, perkataan RSAW. Mereka tahu RSAW bukan Tuhan , tetapi bagindalah sebaik2 makhluk, sebaik2 teladan, semulia2 insan.
Ulamak sebenar hanya menginginkan keredhaan Allah Taala, itu sahaja matlamat mereka dalam hidup yg fana ini, tidak lebih dari itu. Kerana mereka tahu keredhaan Allah Taala itu tak dapat nak dinilai dengan segala isi kandungan alam ini, terlalu besar nilainya sehingga tidak dapat dikatakan, dikiaskan nilainya. Mencari keredhaan Allah Taala itu dalam semua aspek kehidupan, bukan dalam aspek ibadah khusus sahaja. Mereke mengingkan keredhaan Allah taala dalam bersolat, dalam berumahtangga, dalam mencari sesuap rezeki, dalam bermuamalat, dalam menjatuhkan hukuman dan mereka melihat kesesuaian segala perbuatan dan kelakuan mereka itu dalam mendapatkan redha-NYA.
Dalam dunia penuh fitnah ini, sukar membezakan antara ulamak dunia dengan ulamak sebenar. Apa yg boleh kita lakukan? Pasti garis panduannya adalah Al-Quran, yakni Kalam Allah dan Sunnah Rasul. Namun ulamak dunia juga menguasai Kitabullah dan Al-Hadis, bahkan sarjana Barat, ilmuan Kristian, cendekiawan Yahudi juga 'memahami dan menguasai' ilmu2 ini. Ulamak dunia juga petah berkata2 dan berkata2, berpidato dan menulis bicara bersandarkan Al-Quran dan al-Hadis. Lihatlah dan perhatilah peribadinya. Bagaimana dengan kepatuhannya kepada hukum syarak, serius, sambil lewa, suka2, ikut suka? Bagaimana dengan akhlaknya? Bila dikatakan akhlak, kaitkan dengan kelakuannya, percakapannya, tutur-katanya, budi-bahasanya. Adakah ia mempamerkan contoh2 dan teladan dari akhlak RSAW? Adakah ia menzahirkan sifat2 org fasik, munafik dan lain2 sifat terkeji. Manusia mungkin boleh 'berlakon', menghilangkan sementara sifat2 munafik dan terkeji yg berakar umbi di dalam hati dan zahir keluar dari dalam diri, tapi ia tidak akan selama2nya berupaya berlakon di atas pentas dunia ini.
Dal hal inilah, Islam mempunyai adab2nya. Berbeza dan berlainan pendapat ada adabnya, menghukum ada kaedahnya, menegur ada caranya, mengkritik dalam penulisan ada adab dan tatasusilanya, tidak bersetuju dengan sesuatu lihat konteksnya dan cara menyelesaikannya. Disitulah adab, tatasusila dan 'akhlak' dalam berbicara, berkata2, menulis dan membuahkan isi di minda dalam tamadun Islam memungkinkan Islam menjadi cemerlang, gemilang dan bergemerlapan suatu ketika dahulu. Tidak sama kaedah kita/Islam dengan kaedah, cara mereka di Barat dan mereka yg bukan Islam. Apatah lagi jauh berbeza kita dengan meeka kerana 'niat apabila hendak berbuat sesuatu' itu juga diambilkira dan dinilai oleh-NYA, bukan yg terzahir sahaja. Ulamak sebenar tidak mencari kemenangan dunia, tidak mencari sokongan para pengikut, tidak mengumpulkan ramai peminat tetapi mereka mencari kebenaran di sisi Allah Taala, mencari keredhaan Allah dalam apa sahaja isi dan perkara bicara.
Akhir kata, ku seru mereka yg mencari guru dan ulamak untuk berguru, kosongkan minda, buangkan segala prasangka, bersihkan diri, sucikan hati, betulkan niat iaitu untuk mencari dan belajar dengan guru/ulamak yg sebenar, guru/ulamak yg diredhai Allah, banyakkanlah munajat kepada Tuhan Yang Esa, acap dan kerap kalilah bersolat hajat kepada Raja Segala Raja, Sang Pencipta Rasa, mohon diketemukan, mohon dapat belajar dan berguru dengan ulamak yg sebenar, ulamak yg diredhai Allah yg dapat mengajarkan ilmu, membuka jalan hidup kita, kehidupan kita, keluarga kita, menunjuki dan berjalan di atas jalan yg lurus, iaitu jalan yg diredhai Allah, bukan jalan yg dimurkai dan bukan jalan org2 yg sesat.
wassalam.

MELAYU - USMAN AWANG
MELAYU
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
(Usman Awang)

PENYAIR DARI GUNUNG
Akulah penyair yang turun dari gunung
Beratus tahun telah kududuk di situ
Beratus-ratus tahun
Kiniku turun ke lembah
Melihat manusia
Kecil, miskin lagi hina
Hidup mereka melata-lata
Kecil, miskin lagi hina
Hidup mereka melata-lata
Tanganmu Kugenggam Kujulang ke udara
Akanku jeritkan bagaikan halilintar
Kebebasan abadi
Akan kita susun perbarisan
Menjulang keadilan
Milik kita, milik semua
Kita hidup bahagia
Milik kita, milik semua
Kita hidup bahagia
Beratus tahun telah kududuk di situ
Beratus-ratus tahun
Kiniku turun ke lembah
Melihat manusia
Kecil, miskin lagi hina
Hidup mereka melata-lata
Kecil, miskin lagi hina
Hidup mereka melata-lata
Tanganmu Kugenggam Kujulang ke udara
Akanku jeritkan bagaikan halilintar
Kebebasan abadi
Akan kita susun perbarisan
Menjulang keadilan
Milik kita, milik semua
Kita hidup bahagia
Milik kita, milik semua
Kita hidup bahagia
PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH siri II :
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
SEMINGGU dua ini, negara amnya dan masyarakat Islam khasnya hangat membicarakan tentang penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama selain Islam. Ruangan ini turut terpanggil untuk cuba menjernihkan fahaman dalam isu ini. Terutama apabila ada juga tokoh dan individu Islam yang mengeluarkan pandangan mempertahankan keputusan mahkamah tinggi baru-baru ini yang membenarkan satu penerbitan Kristian Katholik untuk menggunakan kalimah Allah.
Apabila menimbangkan boleh atau tidak sesuatu itu dilakukan di sisi Islam, kaedah syarak menuntut kita mengenal-pasti hukum asal perkara tersebut serta turut memahami realiti sebenar atau situasi yang melatari sesuatu perbuatan atau isu. Dalam ruang yang terbatas ini, kami akan membentangkan beberapa hujah di sebalik pandangan yang mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh agama-agama selain Islam.
Di dalam al-Quran sendiri terdapat beberapa ayat yang membawa larangan dan peringatan tentang menyalah-gunakan nama Allah. Allah SWT berfirman yang maksud-Nya: Tuhan yang mencipta dan mentadbir langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepadanya. Adakah engkau mengetahui sesiapa pun yang senama dan sebanding dengan-Nya? (Maryam: 65)
Ayat ini ditafsirkan oleh para ulama dengan beberapa tafsiran:
Di dalam kitab Tafsir Hadaiq al Rauh wa al Raihan H: 187 ayat ini ditafsirkan dengan maksud: Adakah kamu mengetahui, wahai Muhammad! Bagi Tuhan Yang Maha Suci ada perkongsian pada namaNya (pada menamakan-Nya dengan lafaz al Jalalah atau dengan Tuhan tujuh petala langit dan bumi. Ayat istifham (soalan) ini didatangkan dengan tujuan ingkar, iaitu maknanya: Sesungguhnya Allah itu tidak ada baginya misal atau bandingan sehingga Dia boleh disekutukan dalam ibadah dan dari sini akan melazimkan nama ini tidak khusus bagi Allah. Apabila ternafinya sekutu bagi Allah, maka layaklah Allah itu di-Esakan dalam ibadah dan dikhususkan baginya.
Pendapat kedua mengatakan maknanya: Adakah kamu mengetahui seseorang yang dinamakan dengan Allah selain Allah. Atau, nama yang lain dari nama yang Allah sendiri namakan bagi diri-Nya.
Pendapat ketiga mengatakan maknanya: Adakah kamu mengetahui seseorang yang layak dengan kesempurnaan nama-nama dan sifat-sifat yang layak bagi Allah.
Pendapat keempat mengatakan maknanya: Adakah kamu mengetahui nama yang lebih agung daripada nama yang unggul ini. Atau, nama-Nya diterbitkan dari sesuatu seperti nama-nama makhluk-Nya.
Sesungguhnya Allah itu tiada satu pun yang menyerupai-Nya. Ia adalah nama yang hanya menunjukkan kepada Zat Tuhan yang tertegak pada-Nya sifat-sifat. Sama seperti isim alam yang lain yang menunjukkan kepada apa yang dinamakan tanpa diambil daripada mana-mana nama. Ia adalah nama yang diungguli oleh Allah, yang dikhususkan bagi diri-Nya dan disifatkan bagi Zat-Nya. Ia didahulukan dari nama-nama-Nya yang lain dan nama-nama-Nya yang lain bersandar kepada nama ini dan semua nama yang datang selepasnya adalah sifat bagi-Nya dan bersangkutan dengannya.
Nama-nama Allah
Nama-nama Allah SWT yang lain disifatkan sebagai nama-nama Allah SWT yang lain dan kebiasaannya hanya dikenali dengan disandarkan kepadanya (Allah). Oleh itu disebut, ia adalah nama-nama Allah dan tidak disebut ia adalah nama-nama al Sabur, al Ghafur, al Jabbar dan sebagainya. Demikian juga keIslaman seseorang itu tidak akan sempurna melainkan dengan menyebut nama yang satu ini. Ia tidak menerima sebarang gantian dan tidak disebut nama gantiannya yang lain.
Misalnya dengan mengucapkan dalam syahadah dengan kalimah, "Tiada Tuhan melainkan al Ghaffar, atau al Rahim atau al Jabbar dan sebagainya. Hanya yang digunakan dan disebut adalah, "Tiada Tuhan melainkan Allah". Inilah juga yang disebut oleh al-Quran dan hadis kerana ia adalah nama yang paling menunjukkan kepada hakikat makna Ilahiyyah dan dikhususkan baginya. Ia juga adalah nama yang tidak memerlukan kepada nama-nama yang lain untuk diperkenalkan tetapi nama-nama yang lain itu dikenali dengan disandarkan kepadanya.
Perkataan Allah itu sudah mencukupi bagi pertuturan dan zikir (sebutan) tanpa perlu disifatkan dan di takhalluq (disifatkan manusia dengan sifat-Nya).
Allah telah menegaskan di dalam Kitabnya yang mulia: Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-nama-Nya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan. (al-A’raaf: 180)
Berdasarkan ayat di atas, terdapat beberapa pendapat ulama tentang maksud mulhid:
Berkata Mujahid: Mulhid ialah orang yang menamakan Allah sebagai bapa dan berhala-berhala mereka sebagai tuhan-tuhan dan seumpamanya.
Berkata Ibnu Abbas makna (Yulhidun) ialah mendustai.
Berkata Qatadah: Maknanya mensyirikkan Allah.
Berkata al Khattabi: Salah dalam menamakan Allah dan menyimpang dari nama-Nya yang sebenar adalah Mulhid. (Al Bahr al Muhit fi al Tafsir jld 5 H: 232)
Maksud ayat ini, Allah Yang Maha Suci, bukan yang lain-Nya, mempunyai nama-nama yang sebaik-baiknya dan seagung-agungnya bagi menunjukkan kepada sebaik-baik dan semulia-mulia nama-Nya. Merujuk kepada ayat-ayat di atas, kita boleh menyimpulkan bahawa nama-nama Allah, apatah lagi kalimah Allah itu sendiri sebagai nama yang khusus bagi Allah SWT bukanlah boleh digunakan sewenang-wenangnya dan tanpa batasan.
Pelbagai hujah lain yang mendokong larangan penggunaan kalimah Allah ini datangnya dari pelbagai sudut termasuk bahasa, falsafah dan seumpamanya. Oleh kerana kesuntukan ruang, kami mengesyorkan dua tulisan yang memuatkan hujah-hujah ini secara lebih panjang. Ia boleh didapati dengan mudah di Internet iaitu makalah bertajuk ‘Antara Nama dan Hakikat’ oleh Md. Asham Ahmad serta makalah ‘Hujah Menolak Penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian’ oleh Mohd. Aizam Mas’od.
‘Bermain’
‘Bermain’ hujah dan dalil berkaitan isu ini sebenarnya bukanlah urusan orang awam dan mereka yang bukan berkeahlian. Oleh itu kita harus bersyukur kerana sebenarnya sudah ada suatu keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam isu ini yang bertarikh 7 Mei 2008.
Keputusan fatwa ini jelas mengkhususkan penggunaan kalimah Allah bagi orang Islam. Kami dimaklumkan bahawa hanya empat negeri sahaja yang belum mewartakan keputusan fatwa ini sebagai fatwa rasmi negeri.
Perlu juga diingat bahawa terdapat beberapa keputusan Kabinet mengenai larangan yang sama.
Dari segi undang-undang perlembagaan dan sivil pula, Perkara 11(4) telah membolehkan negeri-negeri di Malaysia meluluskan Enakmen Kawalan Pengembangan Agama di kalangan orang Islam. Undang-undang yang telah diluluskan di 10 negeri ini jelas melarang penggunaan kalimah Allah dan beberapa kalimah lain oleh agama selain Islam.
Kita tidak menafikan bahawa mungkin masih ada perbezaan pandangan di kalangan segelintir para ulama dan ilmuwan Islam tentang hal ini. Namun bukankah hujah-hujah yang melarangnya seperti yang sebahagiannya kami nukilkan di sini menuntut kita lebih berhati-hati dan berwaspada dalam isu ini?
Apatah lagi jika diinsafi bahawa kita sekarang bukannya membicarakan isu-isu cabangan dalam agama yang lebih rendah kedudukannya. Isu yang kita bahaskan ini melibatkan adab kita dengan Allah Rabbul Jalil.
Jika kita tidak berhati-hati kita boleh tergelincir hingga berlaku kurang beradab dan hormat kepada Allah, Tuhan sekelian alam.
Rasulullah SAW ada berpesan dalam suatu hadis yang dianggap antara hadis-hadis induk dalam Islam bahawa, Perkara yang Halal itu jelas dan perkara yang haram itu jelas. Dan di antara kedua-duanya ada perkara-perkara yang Syubhah yang tidak diketahui hakikatnya oleh kebanyakan manusia. Dan sesiapa yang menjauhi perkara Syubhah maka dia telah benar-benar menjaga kesucian agamanya dan maruahnya. Seumpama pengembala yang membawa ternaknya ke sempadan kawasan larangan. Sangat dibimbangi akan termasuk ke dalamnya. (riwayat Imam Bukhari dan selainnya serta termasuk dalam himpunan Hadis 40 oleh Imam al-Nawawi)
Lalu kita ingin tanyakan, bukankah dalam isu ini yang melibatkan hak dan adab dengan Allah SWT kita lebih-lebih wajar menjauhi batas-batas syubhat kalaupun ada di kalangan kita tidak meyakini pengharamannya secara pasti?
Berasaskan semangat ini dan berbekalkan fatwa, undang-undang dan keputusan yang sedia ada marilah kita sekalian umat Islam di Malaysia mempersatukan saf dalam mengambil pendirian dalam hal ini. Maslahah ummah amat jelas memerlukan sikap ini sedangkan maslahah untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi agama yang lain dalam konteks Malaysia sangatlah kabur dan rapuh.
Umat Islam yang cintakan kesepaduan dan kekuatan ummah seharusnya mengenepikan perbezaan pandangan yang terlalu akademik dalam isu ini dan mengutamakan perkiraan maslahah ini. Semoga Allah SWT membuka jalan penyelesaian dan keselamatan bagi kita semua dalam menghadapi persoalan ini.
Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
Subscribe to:
Posts (Atom)