http://bahrusshofa.blogspot.com/search/label/Nur Muhammad
Lailatur Raghaib
"Lailatur Raghaib" adalah nama yang diberikan oleh sesetengah umat, terutama sekali para pengamal thoriqat sufiyyah, bagi malam Jumaat pertama bulan Rajab. Menurut mereka, pada malam inilah bonda Junjungan Nabi s.a.w. mula mengandungkan baginda. Maka malam di mana Junjungan Nabi s.a.w. berpindah daripada sulbi ayahanda baginda yang mulia ke rahim bondanya mereka namakan "Lailatur Raghaib" yang, antaranya, membawa pengertian "malam yang amat menggembirakan atau malam kegembiraan atau malam pengharapan dan anugerah yang banyak." Inilah antara peristiwa besar yang berlaku dalam bulan Rajab.
Imam al-Qasthalani dalam "al-Mawaahibul Laduniyyah bi Minahil Muhammadiyyah", juzuk 1, halaman 60-61 menulis:-
Telah berkata Sahl bin 'Abdullah at-Tustari [yakni Abu Muhammad Sahl bin 'Abdullah bin Yunus at-Tustari (200H - 283H) seorang 'alim lagi sufi yang wafat di Bashrah] sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Hafiz al-Khathib al-Baghdadi [ yakni Abu Bakar Ahmad bin 'Ali bin Tsabit al-Baghdadi (392h - 463H) seorang ahli tarikh dan ahli hadits bertaraf al-hafiz yang wafat di Baghdad] : "Tatkala Allah ta'ala berkehendak untuk menjadikan Junjungan Nabi s.a.w. di dalam perut bonda baginda, Siti Aminah, pada malam Jumaat di bulan Rajab, Allah pun memerintahkan malaikat Ridhwan penjaga syurga untuk membuka syurga Firdaus pada malam tersebut. Dan menyerulah penyeru di segala langit dan bumi: "Ketahuilah bahawasanya Nur yang tersimpan lagi terpelihara yang merupakan kejadian nabi yang membawa petunjuk, pada malam ini akan mengambil tempat dalam perut bondanya untuk menyempurnakan kejadian ciptaannya (yakni kejadian ciptaan jasad baginda yang mulia) dan keluar kepada manusia untuk membawa berita gembira dan memberi peringatan."
Mari kita perbanyakkan ucapan sholawat dan salam ke atas Junjungan Nabi s.a.w. sempena bulan Rajab yang mulia, bulan di mana proses kejadian jasad baginda s.a.w. bermula dan akhirnya lahirlah baginda ke alam dunia setelah sempurna 9 bulan dalam kandungan bondanya iaitu pada fajar Isnin 12 Rabi'ul Awwal tahun Gajah.
*************************
اهلا و سهلا بالنبي
Dicatat oleh Abu Muhammad di 11:00 AM 4 ulasan
Selasa, Jun 16
Nur Muhammad 20 - Syaikh Wan `Ali Kutan
Syaikh Wan 'Ali bin Wan `Abdul Rahman bin Wan `Abdul Ghafur al-Kelantani atau lebih dikenali dengan gelaran Syaikh Wan `Ali Kutan, adalah ulama terkenal kelahiran Kelantan dan mengajar di Masjidil Haram Makkah. Beliau adalah gurunya para ulama kita terdahulu seperti Syaikh Muhammad Yusuf bin Ahmad (Tok Kenali), Syaikh Ahmad bin Muhammad Said al-Linggi ( mufti pertama Negeri Sembilan, Syaikh `Abdullah Fahim (mufti pertama Pulau Pinang), Syaikh Ismail bin Haji Senik (Tok Kemuning), Syaikh `Uthman bin Haji Muhammad (Tok Bachok), Dato` Laksamana Haji Muhammad bin Haji Muhammad Said Khatib, Dato` Perdana Menteri Paduka Raja Haji Nik Mahmud bin Ismail. Tuan Guru Haji Wan Muhammad Shoghir telah menulis biografi beliau dan ikhwah bolehlah mencari tulisan beliau tersebut atau baca di laman saudara MuhibMahbub.
Antara karya Syaikh Wan `Ali Kutan yang masyhur dan tersebar luas adalah kitab "al-Jawharul Mawhub wa Munabbihaatul Quluub". Pada mukaddimah kitab tersebut beliau memuji-muji Allah antara lain kerana Dia telah mencipta daripada nurNya (yakni nur yang menjadi miliknya) akan nur kekasihNya Junjungan Nabi Muhammad SAW 2,000 tahun sebelum diciptakanNya Nabi Adam AS, lalu diciptakan daripada nur kekasihNya tersebut segala sesuatu daripada arsy sehinggalah ke bumi. Penciptaan segala sesuatu daripada Nur Muhammad itu boleh difahami dengan erti bahawa penciptaan segala yang ada ini adalah dikeranakan oleh penciptaan nur Junjungan SAW yang merupakan seawal-awal makhluk yang dijadikan Allah. Silalah ikhwah semak segala entri yang sudah-sudah berhubung nur Muhammad SAW, antaranya kepada pernyataan Tok Syaikh Isma`il bin 'Abdul Qadir al-Fathani (Pak Da `Eil al-Fathani) yang menyebut dalam nota no.4 di tepi kitab karangannya yang berjodol "Tabshiratul Adaani bi alhaan Bakurah al-Aamaani" mukasurat 9, antara lain:-
* .... Adapun barang yang termasyhur bahawasanya dijadikan beberapa banyak alam ini daripada Nur Nabi kita s.a.w., maka yang zahir bagi hamba bahawasanya bukanlah dijadikan suku-suku nur itu akan alam, hanya dimulakan dia daripadanya dan dijadikan dia dengan sebabnya.
Oleh itu sebelum memberikan tafsiran-tafsiran yang entah apa-apa atau menolak mentah-mentah segala yang berkaitan dengan Nur Muhammad, eloklah lihat dan kaji tafsiran dan pandangan para ulama kita yang terdahulu. Dan jika pun tidak bersetuju, maka janganlah bersikap fanatik yang hanya mau benar sendiri dalam isu yang boleh dianggap sebagai khilaf yang diiktibar pada kalangan ulama, kerana di samping terdapat ulama yang menolaknya, wujud ramai lagi ulama yang menerimanya. Jadi bertasamuhlah, jangan bermudah-mudah menuduh syirik, karut dan khurafat.
Dicatat oleh Abu Muhammad di 2:24 PM 0 ulasan
Rabu, Mei 20
Nabi Lawlaak
Sewaktu dok mengemas rumah dan membongkar khazanah lama kawey, terjumpolah kawey ngan satu kaset yang kawe beli sewaktu kawe muda belia lagi (lani pun masih mudo lagi tapi dah tak berapa belia). Kaset ceramah Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang kawey rasa nak kongsi sedikit kandungannya berhubung kemuliaan dan kebesaran Junjungan Nabi s.a.w. Sesiapa yang bernanah dengan TG Nik Abdul Aziz, itu ese tak dapek nak nolongnya, silalah melompat ke entri lain atau blog lain. Tok sah gaduh - gaduh, nanti hati ese sakit, hati kome pun sakit. Dalam ceramah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz yang disampaikan beliau pada Disember 1984 yang mana ianya telah dirakam dan disebar dalam bentuk kaset dengan jodol "Maulid Nabi & Serangan Pemikiran" TG dengan lenggok dialek Kelatenya berkecek dan ambo buak transkripnye sikik, nok banyok kena dengo sendiri kaset ni:-
...Sepertimana yang kita semua tau, di antara gelaran yang diberikan kepada Nabi kita Muhammad s.a.w. ialah gelaran "Nabi Lawlaak", "Nabi Lawlaaka", iaitu putusan atau singkatan daripada perkataan "lawlaka maa khalaqtul aflaka" - Kalau tidaklah keranamu wahai Muhammad, maka langit, bumi, seluruh itu tidak wujud di muka dunia. Langit dan bumi yang kita anggap besar dan berharga ini wujud, kerana Allah ada cadangan lahirkan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai nabi akhir zaman. Dengan arti kalau tidak adalah cadangan untuk melahirkan Nabi Muhammad, maka kita pun tak ada, langit-bumi sebagai tempat tinggal kita ni pun tidak wujud. Jadi oleh yang demikian, apa sahaja cakapan, apa saja perbahasan, apa saja kajian yang kita orang Islam buat, patutnya mesti berkisar dan berkerumun di keliling wujudnya Nabi Muhammad s.a.w. di muka dunia. Kepada yang tidak sedar benda inilah, selalunya timbul dan menimbulkan masalah-masalah, yang satunya bercakap, berkira, bertindak, beralasan kepada wujudnya Nabi Muhammad, manakala yang satu puak lagi bercakap, berkira, bertindak, berdasar kepada wujudnya mereka masing-masing, wujudnya langit dan bumi dan mereka, tanpa mengira dan tanpa mengingati paksi sebenar langit dan bumi iaitu Nabi Muhammad s.a.w. .....
Berhubung kalam "لولاك لولاك ما خلقت الأفلاك ", segelintir ulama kita menganggapnya sebagai hadits, manakala ramai yang lain menolak pensabitannya sebagai hadits dengan ingatan bahawa penolakan mereka bukan bermakna mereka turut menolak mafhumnya. Yang ditolak adalah lafaz atau manthuq kalam tersebut tetapi bukan mafhumnya. Samalah jugak seperti hadits Jabir, tidak bererti ulama kita yang menolak hadits tersebut turut menolak konsep awwaliyyah Nur Muhammad. Untuk bacaan lanjut mengenai kalam ini, ikhwah bolehlah rujuk akan penjelasan Mufti Mesir dalam "al-Bayan" halaman 147 - 148 dan juga yang berkaitan hadits Jabir pada halaman 151-152 dan boleh juga baca artikel di bawah yang ese kutip dari sini.
***********************************************************
Hadith of Law laak - الحديث: لولاك
"If not for you (O Muhammad!) I would not have created creation"
Question: What do the respected ‘Ulama of the religion and Shari’ah say about the hadith: لولاك لولاك ما خلقت الأفلاك - “Law laaka law laaka maa khalaqtal aflaak”. Which book is this hadith in? Is the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam) the reason for creation or not? Are there other ahadith that support this narration?
Answer: Indeed the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam) is the reason for the creation of Adam ‘alaihis salam and the universe. If the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam) was not in existence, then the ‘Arsh and Kursi, Lawh and Qalam, the Skies and the Earth, Heaven and Hell, the trees and stones and all other creatures would not exist.
And while the lafdh in question is not considered an authentic wording from the Prophet (sallallahu 'alaihi wasallam), it is, as Mullah al-Qaari said, "Though al-Saghanee says this is mawdu even so I say its meaning is saheeh (authentic) even if it is not a hadith.” Please read about Ibn Taymiyyah and his discussion of the hadith law laaka in Majma` Fataawa Ibn Taymiyyah.
There are many ahadith to this effect.
Hadith 1: al-Hakim in his Mustadrak, Baihaqi in Dalail an-Nubuwah, Tabarani in his Kabeer, Abu Na’eem in his Hilya and ibn Asakir in Tarikh Damishq report from Sayyiduna Ameer al-Mu’mineen 'Umar ibn al-Khattab Farooq al-A’dham (radiyallahu ta'ala anhu) that:
The Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam) said: “Allah said: When Adam made the mistake, he asked: O Allah! I ask you for the sake of Muhammad to forgive me. Allah said: O Adam! How do you recognise Muhammad when I have not yet created him? Adam said: O Allah! When you created me and blew into me the spirit, I lifted my head and saw written on the ‘Arsh ‘La ilaaha illallah Muhammadur rasoolullah’. So, I got to know that you would only join your name with him who is most beloved to you. Allah said: O Adam! You have spoken the truth. Indeed Muhammad is more beloved to me than anything and when you asked me for his sake, I pardoned you. If Muhammad was not in existence, I would not have created you” (Also from Imam Subki in Shifa as-Siqam and Shihab in Naseem)
Please read about Ibn Taymiyyah and his discussion of the hadith of Adam's forgiveness in Majma` Fataawa Ibn Taymiyyah.
Hadith 2: Hakim in Mustadrak and Abu as-Shaykh in Tabaqaat al-Isfahani’ in a report from Sayyiduna Abdullah ibn Abbas (radiyallahu ta'ala anhuma) that:
“Allah revealed to Prophet ‘Isa ‘alaihis salam that: O ‘Isa! Have faith (imaan) in Muhammad and order your ummah to do the same. If Muhammad was not in existence, I would not have created Adam nor would I have made heaven or hell”. (Also from Shaykh Taqi ad-Din Subki in Shifa as-Siqam and Shaykh al-Islam al-Bulqini in his Fatawa and ibn Hajar in Afdal al-Qur’an).
Hadith 3: Dailami in Musnad al-Firdaus reports from Sayyiduna Abdullah ibn Abbas (radiyallahu ta'ala anhuma) that:
“the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam) said that Jibra’il came to me and said that Allah says: If you were not created, I would not have made the heaven or hell”.
Hadith 4: ibn Asakir reports from Salman al-Farsi (radiyallahu ta'ala anhu) that:
“Jibra’il came to the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam) and said that Allah says: I have not created anyone who is more honoured to me that you. I have created the world and all that is therein so that they may know the rank that you possess. I would not have created the world if I had not created you”.
Hadith 5: Imam Shihab ad-Din ibn Hajar ‘Asqalani says:
“These reports say that if Muhammad (sallallahu 'alaihi wasallam) were not created then Allah would not have made the skies nor the Earth, neither heaven nor hell, neither the sun nor the moon”.
There are many other ahadith on this subject which have been collected by Imam Ahmad Rida Khan Barelwi in his brilliant ‘Tajalli al-yaqeen baana nabiyyina sayyidil mursaleen’ and it is without doubt that the righteous ‘ulama have addressed the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam) as the “Reason for the creation of Adam and the universe”. If the sayings of our ‘ulama are collected, this would cover a voluminous book. A few are noted below.
Hadith 6: see the discussion of the very important hadith of Jaabir.
Excerpt 1: Imam Saif ad-Din Abu Ja’far bin Umar al-Humairi al-Hanafi in his ‘al-Durr al-tanzeem fee mawlid al-nabi al-kareem’ says:
“When Allah made Adam He revealed to Adam to ask Him: O Allah! Why have you made my kuniyah as ‘Abu Muhammad’? Allah said: O Adam! Lift you head. He lifted his head and saw the noor (light) of the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam) on the ‘Arsh. Adam asked: O Allah! Whose is this noor? Allah said: It is a Prophet from your progeny. His name is Ahmad in the skies and Muhammad on the Earth. If he were not created, I would not have created you or the skies and the Earth”.
Excerpt 2: Sayyidi Abul Husain Hamdooni Shadhili writes in his Qasida Daaliyah that:
“The dear Prophet (sallallahu 'alaihi wasallam) is the essence of the universe and is the reason for all creation. Had he not have been, then nothing would have come into existence”.
Excerpt 3: Imam Sharaf ad-Din Abu Abdullah Muhammad Busiri writes in his Qasida Burda that:
“If it was not for the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam) then the world would not exist”.
Excerpt 4: Imam Shaykh Ibrahim Baijuri writes in the commentary of Imam Busiri’s poem:
“If the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam) had remained non-existent, then the universe would not have come to be. Allah said to Adam: If Muhammad had not existed, I would not have created you. Adam is the father of all men and whatever is in the Earth has been created for man. So when Adam was created due to the existence of the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam), then it is obvious that the whole world was created due to him. Hence, the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam) is the cause and the reason for all existence.
Excerpt 5: ‘Allama Khalid Azhari, commenting on the Burda, says:
“It is because of the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam) that the world was bought from non-existence to existence”.
Excerpt 6: Imam Mulla Ali Qari writes:
“If it were not for the blessing and the generosity of the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam), then the whole world would not have existed and apart from Allah, nothing would exist.
Excerpt 7: ‘Allama Abul Ayash Abdul Ali Lakhnawi writes in his ‘Fawatih al-Rahmoot Sharh Musallam al-Thuboot’ that:
“If the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam) were not in existence, then the blessings of Allah would not have blessed the creation”.
Only an ignoramus will argue against the authenticity of the subject matter, that is, that the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam) is the reason for creation. It is due to him that Allah, the Almighty, created the Universe.
(This answer has been translated by Muhammad Aqdas from Mufti Zafar ad-Din al-Bihari al-Ridawi’s (rahimahullah) collection of fatawa ‘Naafi’il bashar fee fatawa zafar’. It is a question asked by Shaykh Rahim Bakhsh of Rawalpindi received by Mufti Zafar ad-Din on 15th Rajab, 1324 AH. Mufti Zafar ad-Din was one of the foremost students of Imam Ahmad Rida Khan Barelwi (rahimahullah). [source at www.aqdas.co.uk] and slightly modified by ASFA staff
Dicatat oleh Abu Muhammad di 8:34 AM 0 ulasan
Khamis, Disember 25
Dato' Kiyai Shamsuddin
Dato' Kiyai Shamsuddin bin Haji Redzuan adalah seorang tokoh ulama tanahair yang disegani. Beliau lahir di Kepet, Madiun, Jawa Timur pada 11 November 1911. Menimba ilmu dari beberapa pesantren di Pulau Jawa sebelum berhijrah ke Malaysia,, antaranya ialah Pesantren Termas dan Pesantren Tebuireng yang masyhur. Beliau merupakan pendiri Madrasah Shamsuddiniah Assalafiah yang didirikannya pada tahun 1940. Madrasah ini terletak di Kampung Parit Medan, Kundang Ulu, Muar, Johor Darul Takzim dan masih ada sehingga kini. Kini ianya dikenali sebagai Sekolah Menengah Agama Shamsuddiniah.
Selain daripada terlibat terus dalam bidang pendidikan, Dato Kiyai juga pernah memegang pelbagai jawatan penting di Negeri Johor, antaranya sebagai penasihat Sultan, Ahli Jemaah Majlis DiRaja Johor, Ahli Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Ahli Jawatankuasa Lujnah Fatwa Negeri Johor. Beliau juga bukan sahaja alim dalam ilmu-ilmu agama, bahkan ahli dalam ilmu-ilmu pertahanan diri. Semasa zaman "Bintang 3" beliau adalah antara tokoh yang berjuang menentang pihak komunis dan mengerahkan anak-anak muridnya untuk berjuang sama demi mempertahankan maruah agama. Dato' Kiyai menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 1 Ramadhan 1418 (9 Januari 1997) meninggalkan 18 orang anak termasuklah Shohibus Samahah Datuk Haji Mohd. Tahrir, mufti Johor sekarang.
Di antara karya beliau adalah sebuah kitab himpunan sholawat berjodol "Majmuu'atush Sholawaat" yang mengandungi berbagai sholawat yang masyhur termasuklah Sholawat Tafrijiyyah dan Sholawat Syifa`. Pada mukaddimahnya pula disebut, antara lain hadits "lawlak" yang tidak lepas dari khilaf ulama mengenainya. Ada ulama yang mentsabitkannya, ada yang menolaknya dan ada pula yang walaupun tidak mentsabitkannya tetapi menyatakan bahawa maknanya shohih. Insya-Allah wa bi 'awnihi, nantilah kita cuba bicarakan mengenainya. Apa yang zahir dari karya Dato' Kiyai ini, beliau nampaknya tergolong dalam kalangan ulama yang mentsabitkan hadits tersebut. Dalam mukaddimahnya tersebut beliau menulis antara lain:-
Sholawat itu satu amalan atau satu ibadah yang sangat-sangat besar pahalanya dan dituntut pada tiap-tiap orang mukminin memperbanyakkan sholawat atas Rasulullah (se)bagaimana firman Allah s.w.t.:
ان الله و ملائكته يصلون على النبي يا ايها الذين امنوا صلوا عليه و سلموا تسليما
Dan tiada syak lagi bahawa Rasulullah itu 'waashitah', bahkan Rasulullah itu:
اصل الإيجاد لكل مخلوق
كما قال ذو العزة و الجلال: لولاك لما خلقت الأفلاك
"Asal bagi kewujudan setiap makhluk", sebagaimana firman Tuhan yang empunya kemuliaan dan kebesaran (yakni dalam hadits qudsi) yang ertinya: " Jika tidak wujud Rasulullah, Allah ta'ala tidak menjadikan bumi dan langit."
Sungguh Junjungan Nabi itu adalah sebab bagi kewujudan segala yang ada di alam ini. Maka hendaklah kita sentiasa menjaga hubungan dengan orang yang menjadi sebab bagi kewujudan kita. Malanglah sesiapa yang memutuskan hubungan dengan baginda. Moga Allah merahmati Kiyai Haji Shamsuddin dan menempatkan beliau bersama para sholihin. Allahumma ... aamiin ... al-Fatihah.
Dicatat oleh Abu Muhammad di 7:00 AM 1 ulasan
Isnin, Disember 22
Tazkirah Habib Novel al-'Aydrus
video
Dicatat oleh Abu Muhammad di 9:28 AM 0 ulasan
Selasa, Julai 15
Nur Muhammad 20
Hadits Jabir berhubung Nur Muhammad s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam 'Abdur Razzaq terus menjadi pertikaian. Sebahagian mentsabitkannya, manakala sebahagian lagi menolaknya dengan alasan ianya tidak dijumpai termaktub dalam Musannaf beliau. Sebahagian menjadikan ketakwujudan atau mungkin ketakjumpaan hadits tersebut dalam Musannaf sebagai alasan untuk menolak dan membid'ahsesatkan konsep Nur Muhammad. Manakala sebahagian lagi yang menolak tsabitnya hadits Jabir tersebut, tidak pula menolak konsep Nur Muhammad, cuma menolak pentsabitan hadits tersebut. Walau apa pun, wujudnya perbezaan pendapat ini jelas menunjukkan bahawa perkara ini termasuk dalam perkara khilafiyyah yang berlaku di kalangan ulama. Maka sewajarnya kita menjaga adab dalam perkara ini demi keutuhan ukhuwwah dan perpaduan umat sejagat.
Majalah Dakwah Bulanan yang dibawah penyeliaan dan pimpinan Habib Taufiq as-Segaf, "Cahaya Nabawiy" edisi No. 63 Tahun VI Rajab 1429, turut memuatkan jawapan pengasuh ruangan Istifta'nya, Ustaz Muhibbul Aman Aly, berhubung hadits Nur Muhammad ini.
Hadits tentang Nur Nabi Muhammad SAW ini diriwayatkan oleh Imam Abdur Rozaq. Hadits ini disebutkan oleh beberapa ulama dengan riwayat dari Abdur Rozaq, diantaranya disebutkan oleh Syekh Sa'dud Din at-Taftazani dalam kitab "Syarh Burdatul Madikh", Syekh Sulayman al-Jamal dalam kitab "Syarh al-Syamail", Syaikh Ibnu Hajar al-Haytami dalam kumpulan fatwa haditsnya, Syekh Ahmad al-Showi al-Maliki dalam kitab "Bulghotus Salik", Syekh Abdulloh al-Khifaji dalam kitab "al-Siroh al-Halabi" dan ulama-ulama lainnya. Ada sebahagian orang yang meragukan keberadaan hadits ini, karena redaksi hadits ini tidak ditemukan dalam kitab Musnad (kumpulan hadits) Abdur Rozaq yang beredar saat ini, tetapi alasan ini tidak kuat, karena terbukti para ulama dahulu banyak mengutip hadits ini dari riwayat Abdur Rozaq. Ini bererti redaksi hadits ini termuat dalam manuskrip kitab Musnad Abdur Rozaq yang beredar pada zaman dahulu, dan yang beredar saat ini bukan manuskrip yang lengkap sebagaimana yang diterima oleh para ulama pada masa dahulu.
Pada tahun 1428H / 2007M, Syekh 'Isa bin Abdulloh al-Khimyari, seorang ulama ahli hadits, mengaku telah menemukan manuskrip kuno kitab Musnad Abdur Rozaq yang didalamnya tertulis beberapa hadits yang tidak ditemukan dalam cetakan yang beredar saat ini. Termasuk di dalamnya hadits tentang Nur Muhammad SAW ini. Meskipun penemuan ini masih diragukan oleh sebahagian kalangan, yang jelas hadits ini telah banyak dinukil oleh para ulama terdahulu. Ini sudah cukup membuktikan keberadaannya. Terlepas dari perbedaan pendapat para ahli hadits tentang kesahihannya.
Beginilah kedudukan hadits Nur Muhammad yang diriwayatkan oleh Sayyidina Jabir r.a. Dalam penolakan sebahagian, sebahagian pula menerima dan mentsabitkannya. Apa yang jelas, para ulama daripada kalangan habaib Bani 'Alawi pada umumnya menerima dan berpegang dengan hadits tersebut sebagaimana termaktub dalam karya Habib 'Ali bin Muhammad al-Habsyi yang termasyhur "Simthud Durar" yang menyatakan sebagai berikut:-
Dicatat oleh Abu Muhammad di 3:00 PM 0 ulasan
Khamis, Jun 12
Penciptaan Agung
Imam 'Abdur Rahman bin 'Ali yang terkenal dengan nama Imam Ibnul Jawzi ulama besar bermazhab Hanbali yang dilahirkan pada tahun 509/510H di Baghdad. Beliau adalah pengarang dan daie yang terkenal yang banyak menyedarkan umat serta ramai yang memeluk Islam di tangannya. Beliau adalah guru kepada Ibnu Qudamah al-Maqdisy yang masyhur itu.Tersebutlah dalam karya beliau yang berjodol "al-Wafaa bi ahwaalil Musthofa s.a.w." akan kisah penciptaan Junjungan Nabi s.a.w. yakni penciptaan benih asal jasad baginda s.a.w. Kisahnya adalah sebagai berikut:-
عن كعب الأحبار قال: لما أراد الله تعالى أن يخلق محمداً صلى الله عليه وسلم أمر جبريل عليه السلام أن يأتيه فأتاه بالقبضة البيضاء التي هي موضع قبر رسول الله صلى الله عليه وسلم، فعجنت بماء التَّسْنيم، ثم غمست في أنهار الجنة، وطيف بها في السموات والأرض، فعرفت الملائكة محمداً وفَضْله قبل أن تعرف آدم، ثم كان نور محمد صلى الله عليه وسلم يُرى في غُرَّة جبهة آدم. وقيل له: يا آدم هذا سيد ولدك من الأنبياء والمرسلين.
فلما حملت حواء بشيت انتقل عن آدم إلى حواء، وكانت تلد في كل بطن ولدين إلا شيتاً، فإنها ولدته وحده، كرامة لمحمد صلى الله عليه وسلم. ثم لم يزل ينتقل من طاهر إلى طاهر إلى أن ولد صلى الله عليه وسلم.
Daripada Ka'ab al-Ahbar: " Tatkala Allah ta'ala berkehendak untuk menciptakan Nabi Muhammad s.a.w., Dia memerintahkan Jibril a.s. untuk membawakan segenggam tanah putih yang merupakan tanah tempat Junjungan Nabi s.a.w. dimakamkan nanti. Maka diulilah tanah tersebut dengan air Tasniim (air syurga) lalu dicelupkan ke dalam sungai-sungai syurga. Setelah itu, dibawakan dia berkeliling ke serata langit dan bumi. Para malaikat pun mengenali Junjungan Nabi s.a.w. dan keutamaan baginda sebelum mereka mengenali Nabi Adam a.s. Ketika nur Junjungan Nabi s.a.w. kelihatan di kening dahi Nabi Adam a.s., dikatakan kepadanya: "Wahai Adam, inilah sayyid (penghulu) keturunanmu daripada para anbiya' dan mursalin.
Tatkala Siti Hawa mengandungkan Nabi Syits berpindahlah Nur Muhammad tersebut kepada Siti Hawa. Siti Hawa yang biasanya melahirkan anak kembar setiap kali hamil, tetapi pada hamilnya ini dia hanya melahirkan seorang anak sahaja iaitu Nabi Syits kerana kemuliaan Junjungan Nabi s.a.w. Maka sentiasalah berpindah-pindah Nur Muhammad daripada seorang yang suci kepada orang suci yang lain sehinggalah baginda dilahirkan.
Begitulah keistimewaan penciptaan Junjungan Nabi s.a.w., sama ada penciptaan roh baginda yang agung, juga penciptaan asal benih bagi jasad baginda yang mulia lagi suci. Patutlah peluh baginda merupakan wangian yang teristimewa lagi penuh keberkatan kerana benih bagi jasad baginda telah diuli dan diadun serta dicelup dengan air Tasniim dan sungai-sungai syurga. Imam Muslim meriwayatkan bahawa Ummu Sulaim telah mengumpul titisan peluh Junjungan Nabi s.a.w. demi memperolehi keberkatan baginda s.a.w. Allahu .. Allah, mari kita banyakkan ucapan sholawat dan salam ke atas Junjungan Nabi s.a.w. kerana ucapan tersebut yang berhubung kait dengan Junjungan Nabi s.a.w. pun turut menghasilkan keberkatan dan keharuman yang istimewa yang boleh dihidu oleh sekalian makhluk selain jin dan manusia.
نور القلوب يزيد عند صلاتنا
للهاشمي فنوره لا ينجلي
فضياؤنا من ضوء نور محمد
صلوا على ذاك النبي الأفضل
Cahaya hati bertambah ia tatkala kita sholawatkan Nabi
Nabi keturunan Hasyim cahayanya tak akan sirna sekali-kali
Maka sinar cahaya kita adalah daripada sinar cahaya Nabi
Bersholawatlah atas nabi yang terutama itulah Junjungan Nabi
اللهم صل على النبي الهاشمي سيدنا محمد
وعلى اله و صحبه و سلم تسليما
*****************************
Dicatat oleh Abu Muhammad di 2:17 PM 0 ulasan
Rabu, April 9
Habib Ahmad Masyhur
Baqiyyatus Salaf wa Sayyidul Khalaf, Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad adalah seorang ulama, wali dan da`i dari keturunan Habib 'Umar bin 'Alawi al-Haddad yang merupakan adik bongsu kepada Habib Abdullah al-Haddad. Beliau dilahirkan sekitar tahun 1325H di Qaydun oleh seorang hababah sholehah lagi hafaz al-Quran iaitu Hababah Shofiyyah binti Thohir bin 'Umar al-Haddad.
Habib Ahmad Masyhur telah mendapat didikan dan asuhan agama sedari kecil lagi. Beliau menimba ilmunya dari ibunya dan lain-lain ulama termasuklah belajar kepada pendiri Rubath Qaydun dua bersaudara iaitu Habib 'Abdullah bin Thohir al-Haddad dan saudaranya Habib 'Alwi bin Thohir al-Haddad. Di bawah dua ulama ini, Habib Ahmad mendalami lagi pengetahuan agamanya dalam bidang fiqh, tawhid, tasawwuf, tafsir dan hadis. Dalam usia muda, beliau telah hafal al-Quran dan menguasai berbagai lapangan ilmu agama sehingga diberi kepercayaan untuk mengajar pula di rubath tersebut. Habib Ahmad yang tidak pernah jemu menuntut ilmu turut menangguk ilmu di Rubath Tarim dengan para ulama yang mengajar di sana.
Tatkala berusia awal 20-an, Habib Ahmad telah dibawa oleh gurunya Habib 'Alwi bin Thohir al-Haddad ke Indonesia. Di sana selain berdakwah, beliau meneruskan pengajian dengan ramai lagi ulama di sana, antaranya dengan Habib 'Abdullah bin Muhsin al-'Aththas, Habib 'Alwi bin Muhammad al-Haddad dan Habib Muhammad bin Ahmad al-Muhdhar.
Sekitar tahun 1350H, Habib Ahmad berhijrah ke Afrika Timur untuk berdakwah dan menyebar risalah nendanya yang mulia, Junjungan Nabi s.a.w. Beliau menetap di Mombasa, Kenya, dan dari situlah beliau melancarkan dakwahnya ke seluruh pelosok benua Afrika. Pada tahun 1375H, beliau berhijrah pula ke Kampala, Uganda dan menetap di situ sekitar 13 tahun. Habib Ahmad dengan sungguh-sungguh dan gigih telah menghabiskan masanya untuk berdakwah menyeru umat kepada agama yang diredhai sehingga dikatakan sepanjang beliau berada di Afrika, puluhan ribu penduduk di sana, bahkan setengah mengatakan jumlah tersebut menjangkau ratusan ribu, yang memeluk agama Islam ditangannya. Di samping itu beliau turut mengorbankan harta bendanya untuk agama dengan membangunkan banyak masjid dan madrasah dalam rangka dakwahnya di sana.
Hari Rabu, 14 Rajab 1416H bersamaan 6 Disember 1995M, Habib Ahmad telah dipanggil kembali ke rahmatUllah di Jeddah. Setelah disembahyangkan di Jeddah dengan diimamkan oleh almarhum Habib Dr. Muhammad bin 'Alawi al-Maliki al-Hasani dengan kehadiran Habib 'Abdul Qadir as-Saqqaf, jenazahnya yang mulia telah dibawa ke Makkah dan disholatkan sekali lagi di hadapan Ka'bah al-Musyarrafah sebelum dimakamkan di Jannatul Ma'la. Selain meninggalkan ribuan murid, Habib Ahmad turut meninggalkan beberapa karangan antaranya:
1. Miftahul Jannah;
2. Majmu` Fatawa;
3. Syarh Nadzam Sa`id bin Nabhan;
4. ad-Durratun Nafi`ah; dan
5. as-Sabhatuts Tsaminah.
Di samping itu, beliau turut meninggalkan beberapa rangkaian ucapan sholawat yang indah dan penuh asrar dan keberkatan. Antara sholawat gubahan Habib Ahmad adalah satu sholawat yang menyebut penciptaan Junjungan Nabi s.a.w. daripada nur kepunyaan Allah, yang berbunyi:-
Wahai Allah, Tuhan sumber cahaya alam semesta
Limpahkan sholawat atas Junjungan yang Engkau cipta
Dari nur milikMu ciptaan indah tiada tara
Dan ampunilah aku serta sinarilah hatiku yang alpa
Dengan makrifatMu terang bercahaya
Juga dengan makrifatnya akan diriMu yang Maha Mulia
Atas keluarga serta sahabat baginda limpahkanlah sama
Limpahan sholawat dan salam sejahtera
Akhirul kalam, dengarlah cuplikan ceramah Sidi Yahya Rhodus yang, antara lain, menceritakan bahawa Habib Ahmad Masyhur al-Haddad telah mengIslamkan 300,000 orang selama dakwahnya di Afrika Timur...Allahu ..Allah. Moga Allah sentiasa mencucuri rahmat dan keredhaanNya ke atas Habib Ahmad Masyhur bin Thaha al-Haddad serta para leluhurnya. Allahumma aamiin .. al-Fatihah.
******************************************
Dicatat oleh Abu Muhammad di 3:31 PM 1 ulasan
Selasa, April 1
Rahsia Penciptaan - Fethullah Gulen
M. Fethullah Gulen, ulama dan pemikir Islam Turki kontemporer, dalam bukunya yang diterjemah dalam bahasa Inggeris dengan jodol "The Messenger of God MUHAMMAD", M. Fethullah Gulen, menulis satu gagasan yang menarik hatiku untuk dikongsikan bersama ikhwah yang melawati blog yang dhoif ini. Beliau mengumpamakan alam semesta ciptaan Allah ini sebagai sebuah buku yang mana Junjungan Nabi s.a.w. diciptakan Allah agar umat manusia memahami isi kandungan atau rahsia "buku penciptaan ini". Tanpa baginda, nescaya umat tidak akan memahami rahsia penciptaan dan arah tuju umat manusia dalam mengharungi kehidupan mencari "damai abadi" - hok ni pinjey istiloh Pok Lah Badawi Isley Hadhari. Halaman xix buku tersebut, M. Fethullah Gulen menyatakan:-
He (the Prophet s.a.w.) once related a dream: "They weighed me against 10 people of my community, and I outweighed them. Then they weighed me against a 100 and then a 1000, and I outweighed them all." He also related: "I was weighed against my whole community, and I outweighed it." He outweighs all people of intellect, piety and spirituallity, and faith and knowledge, for all other beings were created because of him. It is reported that God said to him: "But for you, I would not have created the spheres."
The universe is a book. If Muhammad s.a.w. had not been created, this book would not have been understood. To create an incomprehensible book is a waste of time and effort. As God is beyond such things, He created Muhammad s.a.w. to describe the meaning of creation to humanity. God would be his teacher, and the Earth and firmaments would be subjected to him. He would answer all the eternal questions: "Who and where am I?" "Why have I been created?" "What is my ultimate destination?" and "Who is my guide during this journey?" Muhammad s.a.w. provides creation with meaning and answers such questions. If he had been fully recognized, he would have been truly loved.
*****************************************
Dicatat oleh Abu Muhammad di 11:25 PM 0 ulasan
Jumaat, Januari 4
Nur Muhammad - Fatwa Negeri Sarawak
Lama beno dah teman dak letak posting berhubung Nur Muhammad. Biorlah kali ni, teman bubuh fatwa negeri teman berhubung masalah ini. Kalau tak silap teman, fatwa ini telah dibincang dan difatwakan dalam mesyuarat fatwa zaman mufti Shohibus Samahah Datuk Haji Murtadza Haji Daud, tarikhnya idaklah teman ingat. Dibentangkan oleh Ketua Penolong Mufti waktu itu yang sekarang, menjadi mufti negeri teman Shohibus Samahah Datu Haji Loling Othman bin Haji 'Alwi keluaran al-Azhar asy-Syarif (lihat gambar sebelah). Kesimpulan yang dibuat oleh Majlis Fatwa Negeri adalah sebagai berikut:-
Ahli mesyuarat membuat kesimpulan dan cadangan bahawa :
i) Tidak semua fahaman dan pegangan kepada "Nur Muhammad" itu sesat, kerana sebahagian ulama mu'tabar seperti Imam Ibnu Hajar Al-Haitami, Syaikh Ibrahim Al-Baijuri, Sayyidis-Syaikh Ja'far Al-Barzanji, Sulthanul Awliya' Syaikh Abdul Qadir Al-Jilani dan ramai lagi, menerima konsep ini dengan penafsiran yang sewajarnya tanpa melampaui batas 'aqidah dan syariah Islam. Dalam penafsiran mereka "Nur Muhammad" adalah seawal-awal makhluk ciptaan Allah swt, bersifat dengan sifat baharu (bukannya qadim) dan sekali-kali tidak mempunyai unsur-unsur ketuhanan.
ii) Kesalahfahaman dan penyelewengan banyak berlaku kerana sebahagian kelompok telah tersalah atau dengan sengaja memberikan tafsiran yang salah kepada hadith-hadith yang menyebut bahawa 'Nur Muhammad' ini diciptakan daripada "nur Allah" atau dengan tafsiran yang seolah-olah "Nur Muhammad" itu adalah satu juzuk daripada zat Allah s.w.t. yang mana tafsiran ini adalah nyata bercanggah dengan aqidah Islam dan tidak ada seorang pun ulama mu'tabar yang berpegang dengan penafsiran sedemikian. Tafsiran sebeginilah yang sesat lagi menyesatkan dan semestinya dibendung.
iii) Konsep "Nur Muhammad" sebagaimana yang dipegang oleh sebahagian ulama mu'tabar, sewajarnya diletakkan dalam perkara khilafiyyah yang sepatutnya ditanggapi diterima dengan fikiran terbuka dan rasa tasamuh yang tinggi. Percaya atau tidak kepada hal yang demikian tidaklah merosakkan aqidah
iv) Oleh kerana tidak semua pegangan terhadap konsep "Nur Muhammad" itu sesat, maka sewajarnya kita janganlah bermudah-mudah untuk menyesatkannya tanpa usul periksa terlebih dahulu. Menyesatkan konsep "Nur Muhammad" secara keseluruhan akan mengakibatkan hukuman sesat kepada ramai ulama mu'tabar yang menjadi sandaran ummat
Menurut Pengerusi salah faham mengenai "Nur Muhammad" hendaklah ditangani dengan memberikan penjelasan yang sewajarnya berpandukan para ulama terdahulu disamping menjaga adabul-ikhtilaf.
********************************
Meh layan Mawi baca rawi Barzanji. Fasal pertama dan petikan terjemahannya oleh Tuan Haji Jamaluddin Hasyim. Ingat ini mawlid, mufti Madinah yang tulis.
1. Kumulakan karangan ini dengan nama Allah Tuhan Ilahi
2. Kumohon limpah berkat, atas segala ni'mat yang telah diberi
3. kuucapkan pujian kepada Allah, sebenar-benar puji
4. Kuiringkan pujian dengan kesyukuran, yang amat tinggi
1. Kupohonkan semoga Allah cucurkan rahmat dan selamat kepada Junjungan, yang nurnya mula-mula dijadikan Allah di alam nyata
2. Nur yang berpindah dari keturunan, demi keturunan, yang kesemuanya keturunan mulia
3. Kupohonkan semoga Allah, kurniakan keredhaan, khasnya kepada seluruh keluarga baginda
4. Amnya, kepada sekalian sahabat, pengikut-pengikut sahabat, dan orang-orang terkemudian dari masa ke masa
1. Kupohonkan kurniaan hidayah, menuju jalan yang terang nyata
2. Juga menuntut elakkan dari langkah-langkah yang sesat melata
3. Kusiarkan sesedut kisah Junjungan dalam gubahan yang indah cipta
4. Gubahan dari nasab yang mulia yang menyedapka pendengaran sesiapa juga
1. Kupohonkan pertolongan Allah, Tuhan yang Gagah Perkasa
2. Sesungguhnya tiada daya, dan tiada upaya, melainkan dengan pertolongan Allah yang Maha Kuasa
Harumkan ya Allah, maqam Junjungan yang mulia
Dengan kata-kata ucapan sholawat dan selamat sejahtera
اللهم صل و سلم و بارك عليه و على آله
Dicatat oleh Abu Muhammad di 11:40 PM 1 ulasan
Jumaat, Februari 9
Cahaya Junjungan s.a.w.
Hari Jumaat digalakkan kita untuk memperbanyakkan sholawat dan salam atas Junjungan Nabi s.a.w. Sholawat itu amalan yang amat penting dalam kehidupan seorang Muslim yang mengaku dirinya pengikut dan umat Rasul teragung ini. Para ulama dan shulaha` sentiasa memperingatkan kita untuk banyak-banyak bersholawat ke atas Rasul Junjungan s.a.w. Mereka yang memperbanyakkan sholawat akan memperolehi manfaat dan kelebihan yang besar daripada Rabbul Jalil azza wa jalla. Buat nukilan sempena hari yang berkat ini, aku nukilkan tulisan Syaikh Zainuddin bin 'Abdul 'Aziz bin Zainuddin al-Malibari dalam kitabnya "Irsyadul 'Ibaad ilaa Sabiilir Rasyaad". Syaikh Zainuddin ini adalah anak murid Imam Ibnu Hajar al-Haitami dan beliau adalah ulama Syafi`i yang besar dan merupakan pengarang kitab "Fathul Mu`in" yang masyhur. Pada halaman 65 kitab tersebut beliau menulis:-
Dalam kitab "Syaraful Musthofa" bagi Abu Sa`id dinyatakan bahawa satu ketika sedang Sayyidatina 'Aisyah r.'anha menjahit di waktu sahur, jarumnya terjatuh dan lampu rumahnya terpadam. Kemudian masuk Junjungan Nabi s.a.w. dalam rumahnya maka bercahayalah rumah tersebut dengan cahaya baginda s.a.w. sehingga Sayyidatina 'Aisyah r.'anha dapat mencari dan mendapat semula jarumnya yang jatuh tadi. Sayyidatina 'Aisyah r.'anha berkata: "Alangkah bersinarnya wajahmu, wahai Rasulallah." Junjungan Nabi s.a.w. bersabda: "Kebinasaanlah bagi sesiapa yang tidak dapat melihatku." Sayyidatina 'Aisyah r.'anha bertanya: "Siapa yang tidak dapat melihatmu?" Junjungan s.a.w. menjawab: "Orang bakhil." Sayyidatina 'Aisyah r.'anha bertanya lagi: "Siapakah orang bakhil?" Junjungan Nabi s.a.w. menjawab: "Orang yang tidak bersholawat ke atasku apabila mendengar namaku."
Kisah yang serupa juga disebut oleh Kiyai Agung dalam "Nafahatul Miskiyyah" yang diterjemah oleh Fadhilatul Ustaz Taha as-Suhaimi dengan jodol "Hembusan Kasturi", di mana pada halaman 20 dinyatakan:-
Telah diriwayatkan daripada Sitti 'Aishah bahawa ia telah berkata: "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahor (suboh sebelum fajar) maka jatuhlah jarum daripada tanganku tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah padaku Rasulullah s.a.w. maka aku telah dapat memungut jarum itu daripada cahaya wajahnya, lalu aku berkata: "Hai Rasulullah, alangkah bercahaya wajahmu," dan seterusnya aku bertanya: "Siapakah yang tidak akan melihatmu pada Hari Kiamat?" Jawab Rasulullah: "Orang yang bakhil (lokek)." Aku bertanya lagi: "Siapakah orang yang bakhil itu?" Jawab Rasulullah: "Alladzi dzukirtu 'indahu fa lam yushalli 'alayya" ertinya "Dialah orang yang ketika disebut namaku di sisinya ia tiada mengucapkan selawat bagiku."
Allahu ... Allah, bertuahlah sesiapa yang memandang dan mengambil manfaat dengan cahaya Junjungan Nabi s.a.w. Siti 'Aisyah sebagaimana segala sahabat semuanya memandang dan melihat cahaya nubuwwah pada diri Junjungan s.a.w. dan mereka mendapat manfaat bagi kehidupan duniawi dan ukhrawi dalam mencapai redha Ilahi. Sedangkan Abu Lahab yang dahulunya saban hari melihat dan memandang Junjungan s.a.w. telah gagal melihat dan memanfaatkan cahaya tersebut kerana Abu Lahab hanya melihat Muhammad si anak yatim dan bukannya Muhammad Rasulullah s.a.w. Lalu bagaimana pandangan kita terhadap Junjungan Nabi s.a.w.? Mudah-mudahan kita memandang baginda sebagaimana para sahabat memandangnya.
Allahumma sholli wa sallim 'alaihi wa 'ala alihi wa ashhabih.
Dicatat oleh Abu Muhammad di 6:28 AM 1 ulasan
Rabu, November 1
Nur Muhammad 19
Posting kali ini aku hendak memperkenalkan ikhwah kepada karangan Imam al-Haddad yang masyhur dengan jodol "Sabilul Iddikar wal I'tibaar". Satu karangan yang cukup bernilai. Karangan yang membicarakan dan memperjelaskan mengenai fasa-fasa kehidupan yang telah dan akan dilalui oleh seseorang insan bermula di alam arwah sejak dari penciptaan Nabi Adam a.s. sehinggalah ke kehidupan yang kekal abadi di Syurga atau di neraka (moga-moga Allah jadikan kita sekalian dan ibubapa kita dari kalangan ahli syurga dan bukannya ahli neraka, aaaamiiin). Kitab ini telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu oleh almarhum Habib Ahmad BinSemait rhm. dengan jodol "Peringatan Tentang Umur Insan" dalam edisi Rumi dan Jawi. Juga diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris oleh Dr. Mostafa al-Badawi (murid Habib Ahmad Masyhur al-Haddad rhm.) dengan jodol "The Lives of Man". Aku syorkan ikhwah untuk mendapatkannya dan membacanya, mudah-mudahan ada manfaatnya pada menambah ilmu, melembutkan hati dan memantapkan amalan. Kalau dapat carilah yang dalam bahasa asalnya dan mengajilah dengan guru-guru yang betul, kerana pada terjemahan Melayunya itu masih kedapatan sedikit kekeliruan atau kesilapan terjemah (mudah-mudahan Allah memberi ganjaran pahala setinggi-tingginya kepada almarhum Habib Ahmad BinSemait dan menghapuskan salah-silapnya dan menggantikannya dengan hasanah yang berlipat ganda), bagi terjemahan Inggeris aku tak berani nak komen sebab aku belum berkesempatan untuk mentelaahnya.
Di sini aku nak nukilkan sedikit tulisan Imam ini berhubung Nur Muhammad s.a.w., di mana dinyatakan pada halaman 16:-
Dan telah diriwayat bahawasanya Nabi Adam a.s. pernah mendengar Nur Junjungan Rasulullah s.a.w. bertasbih di tulang belakangnya (di sulbinya yakni pada ketika itu Nur Muhammad atau roh Junjungan Nabi s.a.w. berada dalam sulbi Nabi Adam a.s.) seperti bunyi kibasan burung. Maka tatkala Siti Hawa mengandungkan puteranya Nabi Syits alaihimas salam, nur itu berpindah kepada Siti Hawa, kemudian kepada Nabi Syits a.s. pula. Kemudian berterusan nur tersebut berpindah-pindah kepada sulbi-sulbi yang suci dan rahim-rahim yang cemerlang, sehingga lahir Junjungan Rasulullah s.a.w. daripada (pernikahan) kedua ibubapa baginda yang mulia. Tidaklah pernah terkena Junjungan Rasulullah s.a.w. akan sesuatu kekotoran jahiliyyah dan kekejiannya, walaupun ketika itu berlaku pada kalangan mereka (yakni kalangan umat-umat terdahulu) pernikahan-pernikahan yang dianggap batil, maka Allah telah mensucikan baginda daripadanya, sebagaimana disabdakan baginda 'alaihis sholatu was salam: "Aku dilahirkan daripada nikah dan bukan daripada perzinaan."
Sayyidina Ibnu 'Abbas r.'anhuma dalam mentafsirkan firman Allah ta`ala:
الَّذِي يَرَاكَ حِينَ تَقُومُ وَتَقَلُّبَكَ فِي السَّاجِدِينَ
menyatakan bahawa maksud ayat tersebut ialah berpindah-pindahnya (nur/ruh) Junjungan Nabi 'alaihis sholatu was salam daripada sulbi seorang nabi kepada nabi yang lain seperti Nabi Ismail, Nabi Ibrahim, Nabi Nuh, Nabi Syits dan Nabi Adam 'alaihimus salam. Dalam hal ini (yakni dalam hal berpindah-pindahnya nur/roh Junjungan Nabi s.a.w. daripada sulbi seorang nabi kepada sulbi nabi yang lain) tidaklah ada khilaf padanya.
َ
Begitulah keterangan Imam al-Haddad rhm., untuk mengetahui dengan lebih lanjut berhubung kejadian, kewujudan dan kedudukan kita sewaktu bapa kita Nabi Adam a.s. dijadikan Allah, sila ikhwah telaah dan kaji akan karangan bermutu ini. Nescaya akan faham kalian bahawa hakikat kejadian kita bukanlah baru semalam diciptakan Allah dan bukanlah hanya terhenti di alam syahadah dunia ini semata-mata. Kehidupan duniawi dengan roh dan jasad ini adalah satu fasa kehidupan yang sedang kita jalani. Penghujung umur dunia ini adalah dengan memasuki gerbang barzakh atau alam kubur. Imam al-Haddad rhm. telah menyenaraikan fasa-fasa kehidupan atau fasa-fasa umur seseorang insan dengan jelas dan dalam bahasa yang mudah dimengertikan orang awam seperti kita, di mana beliau r.a. telah menyenaraikan 5 fasa umur manusia seperti berikut:-
* kehidupan roh di alam arwah yang kesudahannya dengan dilahirkan ke alam dunia;
* kehidupan di dunia berkesudahan dengan memasuki alam barzakh;
* kehidupan di alam barzakh berkesudahan dengan dibangkitkan untuk hari Mahsyar;
* kehidupan Mahsyar berkesudahan dengan memasuki syurga atau neraka;
* kehidupan akhirat yang kekal abadi, sama ada di syurga atau di neraka.
اللهم صل و سلم على نور الأنوار
Dicatat oleh Abu Muhammad di 9:25 PM 11 ulasan
Sabtu, Julai 8
Nur Muhammad s.a.w. - 18
Ikhwah, meh kita tengok karangan Tuan Guru Haji Wan Mohd. Shaghir berhubung Nur Muhammad. Aku rekomenkan kat ikhwah agar cari buku "Penutup Perdebatan Islam Alaf Kedua di Dunia Melayu" dan telaahlah dengan teliti. Tuan Guru bukan sahaja cerita pasal Nur Muhammad tetapi juga tentang Martabat Tujuh yang telah ditafsirkan secara songsang oleh geng sebelah. Aku kata jika Nur Muhammad dan Martabat Tujuh seperti apa yang ditafsirkan oleh Dr. Fattah dan geng-gengnya, maka itu memang songsang dan sesat, cuma masalahnya adakah tafsiran dan pemahaman Tuan Dr. tersebut menjadi pegangan para ulama kita ? Atau mereka mempunyai tafsiran yang jauh berbeza dari tafsiran geng-geng tersebut ? Kome kaji le bebetul ye. Seingat akulah, Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal pun ada risalah yang membahaskan pegangan atau tafsiran Nur Muhammad yang songsang yang difahami oleh segelintir golongan sesat. Tetapi ini tidak bererti Allahyarham Tuan Guru tersebut menolak konsep Nur Muhammad menurut tafsiran para ulama yang terkemuka. Contohnya mudah sahaja, jika kita tolak tafsiran atau pemahaman rigid puak Wahhabi terhadap Islam atau pemahaman puak Syiah mengenai Islam, bukan ertinya kita menolak Islam, kerana Islam itu bukan semata-mata apa yang ditafsirkan oleh geng anak Pak Wahhab tersebut atau geng Khomeini.
Berhubung Nur Muhammad, Tuan Guru Haji Wan Shaghir membahas dengan panjang lebar, kome carilah bukunya. Antara tulisannya pada halaman 45 - 46 :-
*
....Beberapa orang ulama dunia Islam yang terkenal di antara mereka ada mencatat sanad yang di dalamnya terdapat nama Syeikh Ibnu Hajar al-'Asqalani. Sanad yang tersebut sampai kepada 'Abdur Razzaq. Ada sanad 'am mengenai beberapa bidang keilmuan, dan ada pula sanad khash tentang hadis, termasuk hadis Nur Muhammad. Di antara mereka yang mempunyai sanad kepada Syeikh Ibnu Hajar al-'Asqalani (wafat 852H/1448M) ialah: Syeikh Hasan al-Masyath, Saiyid 'Ali al-Maliki, Syeikh Muhammad Mahfuzh bin 'Abdullah at-Tarmasi (1285H/1868M - 1385H/1965M), Syeikh Muhammad Mukhtar bin 'Atharid Bogor (1278H/1861M - 1374H/1954M), Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani (1272H/1856M - 1325H/1908M), Saiyid Bakri bin Muhammad Zainal 'Abidin Syatha, Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan.....dan lain-lain.
*
Setelah melalui beberapa nama bertemu pada Syeikh 'Abdullah asy-Syarqawi (1150H/1737M - 1227H/1821M), ia terima dari Syeikh Muhammad bin Salim al-Hifnawi/Hifni (Syaikhul Azhar 1173H/1715M - 1181H/1767M), ia terima dari 'Abdul 'Aziz az-Ziyadi, ia terima dari Syeikh Muhammad al-Babili, ia terima dari Syeikh Najamuddin Muhammad al-'Aithi, ia terima dari Qadhi Zakaria al-Anshari, ia terima dari Syeikh Ibnu Hajar al-'Asqalani (773H/1371M - 852H/1448M), ia terima dari Syeikh Abil Faraj 'Abdur Rahman al-Ghazzi, ia terima dari Abin Nun Yunus bin Ibrahim ad-Dabbus, ia terima dari Abi Hasan 'Ali, ia terima dari Muhammad bin Nashir as-Salami, ia terima dari 'Abdul Wahhab bin Muhammad bin Mandah, ia terima dari Abil Fadhal Muhammad al-Kaukabi, ia terima dari Abil Qasim ath-Thabrani, ia terima dari Ya'qub Ishaq bin Ibrahim al-Mirwazi al-Hanzhali, ia terima dari 'Abdur Razzaq bin Hammam bin Nafi dengan sanad sehingga sampai kepada Jabir bin 'Abdullah.
Selain menjawab tuduhan puak-puak menentang kewujudan Nur Muhammad, Tuan Guru turut menyenaraikan beberapa nama ulama terkemuka yang membicarakan Nur Muhammad dalam karangan-karangan mereka, antaranya:-
1.
Syaikh 'Abdul Qadir al-Jilani, Sulthanul Awliya`;
2.
Syeikh 'Abdullah 'Arif;
3.
Imam as-Sayuthi;
4.
Imam al-Qasthalani;
5.
Imam al-Zarqani;
6.
Sayyidisy Syaikh Ja'far al-Barzanji;
7.
Syaikh Yusuf an-Nabhani;
8.
Syaikh Nawawi al-Bantani;
9.
Syaikh Nuruddin ar-Raniri;
10.
Syaikh 'Abdur Rauf al-Fansuri / Singkel;
11.
Syaikh 'Abdus Shomad al-Falimbani;
12.
Syaikh Muhammad Nafis al-Banjari;
13.
Syaikh Daud al-Fathani;
14.
Tuan Guru Haji Ahmad bin Haji Yusuf bin 'Abdul Halim Kelantan;
15.
'Allamah Abu 'Abdullah asy-Syaikh Muhammad bin Ahmad 'Ilisy;
16.
'Allamah Syaikh Muhammad Bashri al-Manzalawi;
17.
Sayyid Utsman bin 'Abdullah BinYahya;
18.
Syaikh Muhammad bin Ismail Daudi al-Fathani;
19.
Syaikh Zainal 'Abidin al-Fathani, Tuan Minal;
20.
Syaikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani;
21.
Syaikh Utsman bin Syihabuddin al-Funtiani;
22.
Syaikh 'Abdul Hamid bin 'Ali Kudus;
Bagi menutup tulisannya, Tuan Guru menyebut:-
*
Perlulah diperhatikan bahawa dari keterangan di atas terdapat tiga buah hadis dari tiga orang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Mereka ialah: Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib k.w.w.r.a. (wafat 40H/661M), 'Abdullah bin 'Abbas r.a. (wafat 68H/687M) dan Jabir bin 'Abdullah r.a. (wafat 78H/697M). Ada lagi beberapa hadis mengenai Nur Muhammad atau yang sama maksud dengannya, yang berasal dari sahabat yang lain, di antaranya, yang berasal dari: Salman al-Farsi r.a., Abu Zar al-Ghifari r.a., dll, termasuk juga Abu Hurairah r.a.
*
Oleh itu teori para pengkritik hadis Nur Muhammad atau hadis yang sama maksud dengannya, dengan tuduhan melulu dan berbagai-bagai adalah teori yang bersifat khayal.
*
Di antara mereka ada yang mengkhayal bahawa hadis Nur Muhammad adalah doktrin Syi`ah, golongan ini mungkin lebih banyak mempelajari Mazhab Syi`ah atau hidup dilingkungan mazhab itu ketimbang belajar secara mendalam Islam cara tradisional.
*
Yang lain mengkhayal pula, bahawa hadis Nur Muhammad adalah doktrin berasal ajaran Greek ajaran Platonisme, sama dengan yang di atas golongan ini mungkin lebih banyak mempelajari ajaran Greek-Platonisme atau hidup dilingkungan itu ketimbang belajar secara mendalam Islam cara tradisional.
*
Yang lain mengkhayal pula hadis Nur Muhammad adalah doktrin berasal dari ajaran trinitas dalam Kristian.
*
Yang lain pula mengkhayal berasal dari ajaran al-Hallaj, yang lain pula mengkhayal berasal dari Abi Yazid al-Bisthami, dll.
*
Di antara mereka ada menganggap bahawa hadis Nur Muhammad atau hadis yang sama maksud dengannya, adalah hadis maudhu`(hadis palsu). Penilaian mereka juga tidak sepakat atau tidak sependapat kerana selain yang berpendapat hadis maudhu`, dari golongan mereka pula ada yang berpendapat hadis dhaif, dan lain-lain. Sudah maklum bahawa pengertian atau takrif hadis maudhu` dengan hadis dhaif adalah tidak sama. Sesuatu penilaian yang bersifat teori maka bukanlah merupakan hujah atau hukum qath`ie, apatah lagi jika masih terdapat pertentangan atau kontroversi antara yang satu dengan yang lainnya.
*
Oleh itu sekian banyak kitab yang dikarang oleh sekian ramai ulama Ahlis Sunnah wal Jama`ah yang membicarakan hadis Nur Muhammad atau hadis yang sama maksud dengannya, perlu mendapat pembelaan.
Allahumma sholli wa sallim 'ala Nuril Anwar.
Dicatat oleh Abu Muhammad di 9:31 AM 0 ulasan
Isnin, Jun 19
Nur Muhammad s.a.w. 17
Ikhwah, kali ini aku nukilkan dari karangan-karangan al-Imam al-Faqih, Syaikhul Islam, pemuka ulama Syafi`i mutakhir, Mufti Makkah, sandaran umat, Shohibut Tohfah, Syaikh Ibnu Hajar al-Haitami al-Makki rhm. Dalam kitab "al-Fatawa al-Haditsiyyah" mukasurat 206 dinyatakan:-
*
(Dan telah ditanyai) akan orang yang mudah-mudahan Allah memanfaatkan dengannya (yakni Syaikh Ibnu Hajar rhm.) mengenai hadis "Seawal-awal yang diciptakan Allah adalah ruhku dan alam keseluruhannya dicipta daripada nurku, setiap sesuatu kembali kepada asalnya", siapakah perawinya ?
*
(Maka dijawab) dengan perkataannya:- "Aku tidak mengetahui sesiapa yang meriwayatkannya sedemikian. Dan bahawasanya yang diriwayatkan dia 'Abdur Razzaq adalah bahawasanya Junjungan s.a.w. bersabda bahawa Allah telah mencipta nur Muhammad sebelum segala sesuatu daripada nurNya."
Imam besar ini juga dalam syarahnya bagi kitab Syama-il menyatakan antara lain:-
*
....Dan diriwayatkan 'Abdur Razzaq dengan sanadnya bahawa Junjungan Nabi s.a.w. bersabda: " Sesungguhnya Allah telah mencipta Nur Muhammad sebelum segala sesuatu daripada nurNya (yakni nur yang dimiliki Allah) lalu dijadikan nur tersebut berputar dengan qudrahNya mengikut kehendak Allah dan belumlah ada pada waktu tersebut loh dan tidak ada qalam", al-hadis dengan panjangnya (yakni hadis ini ada lagi sambungannya yang panjang.............Maka diketahui bahawasanya seawal-awal sesuatu yang dijadikan secara ithlaq ialah an-Nur al-Muhammadiy, kemudian air, kemudian arsy, kemudian qalam..........
Juga dalam mukhtasar beliau bagi kitab mawlidnya 'an-Ni'matul Kubra 'alal 'alam bi mawlidi Sayyidi Waladi Adam", beliau menyatakan:-
*
Ketahuilah bahawa Allah ta`ala telah memuliakan nabiNya s.a.w. dengan terdahulu/terawal nubuwwah baginda pada azali lagi. Dan yang sedemikian itu adalah kerana apabila Allah ta`ala berkehendak untuk mewujudkan makhluk, diwujudkanNya (yakni diciptakanNya) al-Haqiqatul Muhammadiyyah dari semata-mata nur sebelum wujud apa-apa ciptaan dari segala makhluk, kemudian diambil daripadanya sekalian alam....
Allahumma sholli wa sallim 'ala Nuril Anwar.
Monday, 19 April 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bagus penulisan boleh teruskan lagi
ReplyDeleteNur Muhammad ini adalah hadis Yang mula-mula atau pertama diturunkan darı loh mahfuz sebelum awal kejadian alam atau penciptaan segala makhluk.
ReplyDeleteبارك الله فيكم
ReplyDeleteIn sya Allah brmanfaat kpd semua pencibta ilmu.