Showing posts with label Faham Wahabi. Show all posts
Showing posts with label Faham Wahabi. Show all posts

Monday, 19 April 2010

Al-Imam Al-Sowi Menyatakan Bahawa Wahhabiah Adalah Khawarij

http://al-ashairah.blogspot.com/

Al-Imam Al-Sowi Menyatakan Bahawa Wahhabiah Adalah Khawarij, Golongan Yang Dilalaikan Syaitan Dari Zikrullah Dan Kelompok Syaitan Yang Rugi

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh; Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam; Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, Rahmat ke seluruh alam; Juga kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;
1. Pendekatan menolak golongan Wahhabi dengan bukti daripada kitab-kitab karangan ulama’ didapati amat berkesan untuk membuktikan bahawa fahaman ini ditolak oleh majoriti ulama’. Maka, pendekatan seperti ini akan dikekalkan di blog ini bagi memudahkan pembaca mendapat bukti secara langsung. Penulis amat berharap agar penyelidik-penyelidik di Jabatan-jabatan agama Islam dapat mengumpulkan bukti-bukti ini dan dengan mudah dapat menjelaskan kedudukan Wahhabi dari perspektif ulama’ apabila diperlukan nanti.
2. al-Imam al-Sowi al-Maliki adalah salah seorang ulama’ ASWJ dan al-Azhar yang hidup di zaman fitnah Wahhabi ini mula muncul. Beliau dilahirkan pada tahun 1175 H (+- 1761) dan wafat pada 7 Muharram 1241 H (+- 22 Ogos 1825). Beliau merupakan seorang ulama’ yang diberikan dengan gelaran Al-‘Arif billah, al-Imam al-Faqih, Shaikh al-Shuyukh, Umdah Ahl al-Tahqiqi wa al-Rusukh, Qudwah al-Salikin, Murabbi al-Muridin, al-‘Allamah, al-Fahhamah, al-Hibr, al-Fahhamah, al-Mudaqqiq – menunjukkan keilmuan dan “kesarjanaan” beliau diiktiraf oleh para ulama’.
3. Beliau mempunyai guru-guru yang mayshur, anak-anak murid dari kalangan ulama’ besar dan karangan-karangan beliau yang menjadi rujukan. Kitab al-Tafsir beliau yang menghuraikan Tafsir al-Jalalayn (tafsir ringkas yang ditulis oleh Imam Jalaluddin al-Mahalli dan Imam Jalaluddin al-Suyuti) yang lebih dikenali dengan “Hashiyah al-Sowi” adalah begitu masyhur dalam disiplin ilmu Tafsir.
4. Di dalam kitab tersebut, ketika menghuraikan Tafsir al-Jalalayn (Imam Jalaluddin al-Mahalli dan Imam Jalaluddin al-Suyuti) berkenaan ayat 6 dan 7 daripada Surah Fatir:
إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ (6) الَّذِينَ كَفَرُوا لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَالَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ (7)
“Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka (6)
Orang-orang yang kafir, bagi mereka azab yang berat; dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, bagi mereka keampunan dan pahala yang besar (7)”
Beliau menghuraikan Tafsir al-Jalalayn yang menyatakan bahawa ayat ini diturunkan kepada Abu Jahal dan orang-orang seumpamanya daripada musyrikin Mekah seperti al-‘As Ibn Wa’il, Al-Aswad Ibn al-Mutallib, ‘Uqbah Ibn Abi Mu’it, dan lain-lain dengan dikuatkan dengan dalil-dalil yang lain. Kemudian beliau menghuraikan dengan lebih lanjut lagi bahawa (Terjemahan bagi bahagian berwarna merah dari gambar di atas):
“Dan dikatakan bahawa: ayat ini diturunkan kepada golongan al-Khawarij yang mengubah tafsiran al-Quran dan al-Sunnah dan menghalalkan dengan (tafsiran) tersebut darah dan harta umat Islam, sepertimana yang disaksikan pada waktu ini di kalangan golongan yang serupa dengan mereka (Khawarij); dan mereka adalah satu golongan di bumi Hijaz yang dipanggil “WAHHABIYYAH”; mereka menganggap diri mereka berada di atas sesuatu (kebenaran); maka ketahuilah bahawa mereka adalah golongan pendusta/penipu; Syaitan telah menguasai mereka dan melupakan mereka daripada mengingati Allah; mereka adalah kelompok Syaitan; dan ketahuilah bahawa kelompok Syaitan adalah mereka yang rugi; kita berdoa kepada Allah Yang Maha Mulia agar memutuskan keturunan mereka (orang-orang yang mengikut mereka) sehingga akhir.” [Selesai terjemahan]
5. Berdasarkan penjelasan Imam al-Sowi, maka tidak hairanlah golongan Wahhabiah ini sememangnya jauh bahkan membenci majlis-majlis zikir (seperti majlis tahlil, dll) dan ahli-ahli zikir (ahli sufi dan tarikat muktabar), dek kerana dipermainkan oleh Syaitan.
6. Ada umat Islam melihat zikir sebagai ubat, apabila terlanjur berbuat dosa, mereka kembali bertaubat dan memperbanyakkan zikrullah. Alhamdulillah.
7. Ada umat Islam yang melihat zikir sebagai makanan dan mengambilnya sebagai wirid harian, tak selesa dan tidak bermaya kalau tidak berzikir atau terlepas wirid hariannya. Alhamdulillah walhamdulillah.
8. Namun sangat sedikit daripada kalangan kita umat Islam yang dapat merasakan zikir seumpama nafas, tiada erti hidup tanpanya, waktu-waktu yang dilalui tanpa zikrullah dirasakan sia-sia seumpama mayat hidup, tidak bermakna, waktu itu akan disesali di akhirat nanti, walaupun seseorang itu masuk ke syurga. Bahkan zikir itu dirasakan lebih lazat daripada air sejuk di kala cuaca yang amat panas. Allahu akbar. Allahummaj’alna minhum.
9. NAMUN BEGITU, golongan Wahhabi sering melihat amalan zikrullah sebagai RACUN!!! BETAPA ROSAKNYA FAHAMAN DAN PEMIKIRAN MEREKA. Wal-‘iyazubillah.
10. Pernah satu ketika seorang pelajar datang berjumpa penulis dan bertanya tentang hukum berzikir dengan bilangan tertentu seperti 1000 atau 3000. Ini adalah kerana ia menjadi amalan abangnya. Penulis dengan segera menjawab soalan tersebut dengan beberapa soalan:
· “Apakah hukum lalai daripada mengingati Allah (zikrullah)? Sebelum membincangkan hukum zikrullah, kita kene bincang hukum ghaflah atau lalai daripada mengingati Allah terlebih dahulu”
· “Apakah hukum lalai dari zikrullah atau tidak berzikir sebanyak 1000 nafas atau 3000 nafas? Sekurang-kurangnya abang kamu tidak lalai dalam 1000 atau 3000 nafasnya, kamu, kita bagaimana? Nikmat Allah meliputi kita dalam setiap nafas kita”
· “Dalam sehari kamu kamu banyak mengingati Allah atau banyak lalai daripada mengingati Allah? Dia menjawab: Banyak lalai. Penulis membalas: Jika begitu, marilah kita sama-sama bincang berkenaan hukum perkara yang lebih banyak kita lakukan dalam sehari, iaitu lalai.”
Selepas itu, penulis berbincang berkenaan hukum lalai dengan pelajar tersebut tanpa perlu membincangkan hukum zikrullah lagi. Ini adalah kerana perintah untuk berzikir lebih banyak terdapat di dalam al-Quran berbanding perintah solat. Maka, jelaslah kepentingannya. Adapun, hukum lalai hanya akan diperolehi apabila kita belajar dengan ulama’ yang menitikberatkan zikrullah, iaitu ulama’ sufi dan tarikat muktabar.
11. Penulis ingin berpesan kepada umat Islam di luar sana, khasnya para pembaca,
· Jauhilah golongan yang mengajar anda untuk membenci amalan zikrullah dan ahlinya (ahli sufi dan tarikat muktabar) walaupun dia mempunyai gelaran Professor atau Dr. atau Ustaz sekalipun;
· Janganlah cepat-cepat atau gopoh memusuhi amalan-amalan tarikat sufi muktabar kerana takut-takut anda memusuhi para awliya’-Nya.
12. Akhir kata, sekiranya seorang ulama’ besar Islam seperti Imam al-Sowi telah menerangkan keburukan Wahhabiyyah dengan begitu berat sekali: Apakah pendirian yang patut kita buat? Apakah tindakan yang patut kita ambil? Apakah kita hanya perlu bersikap sambil lewa dalam isu ini? Sama-samalah kita fikir-fikirkan. Jangan biarkan hidup anda terus dihantui misteri Wahhabi…

Sunday, 14 March 2010

Mereka Yang Dikategorikan Termasuk Dalam 72 Firqah Sesat

Mereka Yang Dikategorikan Termasuk Dalam 72 Firqah Sesat




Perhatian : Artikel ini mesti dibaca keseluruhan untuk mendapatkan kefahaman yang lebih jelas di bawah label : Siapakah Firqatun Najiah (Golongan Selamat)

Tersebut dalam sebuah risalah yang berjudul "Minal Itsnain Wa Sab'iina Firqotan" tulisan dari Syeikh Bin Baz, Nashiruddin Albani, Syeikh al Fauzan dan Syeikh Bakar Abu Zaid cetakan Maktabah al Furqon 'Ajman tahun 2001 M pada halaman 9-10, satu pertanyaan seperti berikut :

Apakah Jemaah Tabligh yang memiliki sekiab banyak kesyirikan dan bid'ah serta Jemaah Hasan al Banna yang memiliki aktiviti pergerakan dan pembangkangan terhadap pemerintah yang sah termasuk di antara 72 golongan yang akan masuk neraka.. ?

Para penulis risalah itu menjawab. (Mereka) termasuk di antara 72 golongan itu dan kelompok Khawarij juga termasuk di antaranya.


Saya bertanya kepada para penulis risalah itu :
Apakah mereka termasuk di antara 72 golongan yang akan kekal dalam neraka atau mereka akan masuk neraka terlebih dahulu lalu dikeluarkan darinya.. ?

Jika dijawab bahawa mereka kekal dalam neraka, saya bertanya lagi.
Bagaimana ini dapat diterima kerana mereka itu telah mengucapkan dua kalimah syahadah?

Dan jika dijawab bahawa mereka itu akan disiksa dahulu dalam neraka, lalu dikeluarkan darinya maka saya bertanya :
Bagaimana mereka dapat memastikan bahawa mereka (Jemaah Tabligh dan Jemaah Hasan Al Banna) itu akan diazab dahulu dalam neraka lantaran dosa-dosa mereka, lalu mereka akan dikeluarkan darinya sedangkan RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam telah bersabda :

ومن أصاب من ذالك أى من الذنوب شيأ فعقوب في الدنيا فهو كفارة له ومن أصاب من ذالك شيأ ثم ستره الله فهو إلى الله إن شاء عفا عنه وإن شاء عاقبه

Ertinya : Barangsiapa yang melakukan sesuatu dosa lalu dia disiksa di dunia ini maka itu menjadi kaffarat baginya dan barangispa melakukan yang demikian itu lalu Allah menutupinya maka urusannya diserahkan kepada Allah. Jika Allah berkehendak maka Dia akan memaafkannya dan jika berkehendak lain maka Allah akan menyiksanya.
(Lihat sahih Bukhari hadith no 17)

Sekiranya memang mereka berpegang kepada Al Quran dan Sunnah maka tentunya mereka tidak akan berani berpendapat seperti itu.

Berkata Syeikh al Fauzan dalam risalah tersebut pada halaman 11 :
Semua jemaah yang muncul di era sekarang ini yang menyalahi jemaah Ahlussunnah adalah berkaitan dari golongan-golongan (yang dimaksudkan di dalam hadith iftiroqul ummat) dan merupakan cabang-cabangnya. Beliau pernah ditanya : Apakah jemaah-jemaah tersebut masuk ke dalam 72 golongan yang sesat ?


Beliau menjawab :
Ya, semua yang mengaku diri sebahagian Islam namun dia menyalahi Ahlussunnah dalam hal dakwah tentang aqidah atau sebahagian dari dasar-dasar (prinsip-prinsip) iman maka dia masuk ke dalam 72 golongan dan dia pun terkena ancaman serta akan mendapat kehinaan dan siksa sesuai dengan kadar penyimpangannya.


Seterusnya pada halaman 14 dari risalah itu disebutkan: Dan antara firqah-firqah sesat yang muncul kebelakangan ini adalah :

1. Firqah Hasan al Banna (al Ikhwaniyyah).

2. Firqah Hasan at Turabi (at Turabiyyah).

3. Firqah Sayyid Qutub (al Qutubiyyah).

4. Firqah Muhammad Surur (as Sururiyyah).

5. Firqah Abdurrahman Abdul Khaliq (at Turatsiyyah).

6. Firqah Muhammad Ilyas (at Tablighiyyah).

7. Firqah Mahmud al Haddad (al Haddadiyyah).

8. Firqah al Habasyi (al Habasyiyyah).

9. Firqah Ahmad Yasin (al Hamasiyyah).

10. Firqah-firqah lainnya baik yang telah mahupun yang akan ada.

Komen saya (Dr Muhammad Adil Azizah al Kayali) :
Seandainya Syeikh al Fauzan itu berkata bahawa jemaah-jemaah tersebut telah melakukan banyak kekeliruan dan dia menjelaskan dimana letak kekeliruan-kekeliruan itu agar mereka menjauhinya nescaya itu lebih baik kerana termasuk bahagian dari nasihat.

Adapun menjatuhkan hukum mereka sebagai bahagian dari 72 golongan yang sesat dan otomatik akan menjadi penghuni neraka maka itu adalah tindakan yang bertentangan yang menghairankan padahal mereka tahu bahawa ulamak-ulamak di situ adalah mujtahid yang boleh salah dan boleh pula benar. Siapa di antara para mujtahid yang benar maka bagi mereka dua pahala dan siapa yang salah akan mendapat satu pahala, dan tidak ada dalam agama Islam seorang mujtahid yang berdosa.

Ibnu Taimiyyah berkada dalam Minhajus Sunnah III/20 :
Ucapan orang-orang salaf dan para imam ahli fatwa seperti Abu Hanifah, as Syafi'e, ats Tsauri, Daud bin Ali dan selain mereka adalah : "Tidak menganggap berdosa seorang mujtahid yang keliru dalam ijtihadnya, baik dalam masalah-masalah usul mahupun masalah-masalah furu'.


Kita tentu telah mengetahui as Syahid as Syeikh Ahmad Yasin, semoga beliau diterima di sisi Allah sebagai seorang syahid yang mulia dan ditinggikan darjat serta kedudukannya. Beliau adalah seorang mujahid di jalan Allah sampai kematian datang menjemput beliau. Tetapi para pengaku Firqah Najiah telah memasukkan beliau ke dalam golongan yang sesat. Dan ini tidaklah menghairankan kerana sebelumnya telah membatalkan jihad panglima perang Salahuddin al Ayyubi (semoga beliau dirahmati dan diredhai Allah serta meninggikan darjatnya - hanya kerana beliau seorang Asya'iroh) - dan Asya'iroh adalah penjelmaan dari as Sawadul A'zom dari kaum Muslimin. Tetapi tetap juga di kalangan para pengaku Firqah Najiah mereka semua adalah kafir atau paling rendah dihukum fasiq. Sebagaimana tertera dalam tulisan-tulisan yang sengaja disebarluaskan melalui internet.

Maka perhatikanlah wahai para pembaca yang budiman bagaimana mereka melakukan sesuatu yang sia-sia dan bertentangan. Mereka telah merobek-robek barisan ummat ini dan melebar keretakan yang sudah ada. Mereka juga telah mencerai-beraikan persatuan yang seharusnya kita jaga bersama. Kemudian sesiapapun yang membongkar kesalahan dan perbuatan mereka yang keterlaluan itu dengan maksud agar mereka memperbaiki dan mengendalikan diri lantas mereka lemparkan pula dengan tuduhan "penyebar fitnah dan cakap kosong". SubhanaLlah ini adalah pendustaan yang besar!.

Monday, 8 March 2010

WAHHABI DIBENARKAN BERGERAK-GERAK (SIA-SIA) DI DALAM SOLAT

WAHHABI DIBENARKAN BERGERAK-GERAK (SIA-SIA) DI DALAM SOLAT

http://al-ashairah.blogspot.com/2008/08/wahhabi-dibenarkan-bergerak-gerak-sia.html

Bukti Wahabi dibenarkan bergerak-gerak di dalam solat. Terjemahan daripada kitab yang sangat ditakuti oleh Wahhabi di seluruh dunia yang bertajuk: Ha’ula’ Hum al-Khawarij (Mereka adalah golongan Khawarij) oleh Sheikh “Abdullah al-Qahthani.” (Rasa-rasanya nama samaran untuk tujuan keselamatan).


Buku ini telah difatwakan haram oleh golongan Wahhabi lantaran mereka tidak mampu menangkis segala hujah di dalamnya.


Terjemahan


“ Di dalam satu program radio yang bertajuk (Nur ‘ala al-darb), “Sheikh” Ibn Bazz ditanya mengenai hukum melihat jam ketika sedang bersolat, maka kami menyangka bahawa “Sheikh” akan marah kerana soalan yang sangat bodoh dan perbuatan yang meremehkan solat tersebut, lantaran wajibnya khushu’ ketika bersolat kerana seseorang hamba itu sedang mengadap Raja Segala Raja Yang Mencipta Tujuh Petala Langit dan Bumi dan segala yang ada di dalamnya. Semua orang mengetahui bahawa sekiranya sesuatu pergerakan yang dilakukan di dalam solat yang bukan bertujuan untuk memperbaiki solat, maka hukumnya adalah jelas (haram atau makruh).

Akan tetapi kami terkejut dengan jawapan “Sheikh” apabila dia menjawab:

“Tidak mengapa, sekiranya untuk mengetahui waktu.”

(Tambahan penterjemah: Pelik sungguh jawapan ini, memanglah orang tengok jam nak tahu waktu.)

Pada pendapat kami – yang merasakan sungguh pelik sepelik-peliknya -, adakah ada orang yang melihat jam semata-mata untuk bergurau senda?!

Inilah dia fiqh golongan Wahabi yang menyimpang yang boleh dilihat berlaku di kalangan para imam di Masjidil Haram, walaupun mereka menghafal al-Quran, dan bertarannum ketika membacanya, kamu pasti mampu menghitung betapa banyaknya gerakannya di dalam solat melebihi satu gerakan dalam setiap rakaat, (dan pergerakan itu) bukanlah untuk memperbaiki solat walau sedikitpun, tetapi ia adalah hakikatnya pergerakan bermain-main/sia-sia di dalam solat;

Seperti perbuatan sia-sianya yang mereka lakukan dengan memakai “shimagh” (iaitu kain bersulam yang dipakai di kepala mereka dan biasanya diikat dengan ‘iqal) yang menyebabkan kepayahan/kesulitan di dalam solat, ini adalah kerana mereka meninggalkan cara memakai serban yang mengikut sunah Nabi SAW yang masyhur, dengan dakwaan cara tersebut adalah dikira sebagai adat-adat yang tidak perlu, walaupun dalam masa yang sama mereka mendakwa mereka “Salafiyyah” (mengikut generasi salafus soleh.)

Seperti perbuatan sia-sia (bergerak-gerak) yang mereka lakukan untuk membaiki aba’ah (kain yang mereka pakai bagi menutup kepada dan bahu), bermain dengan janggut dan misai, bahkan kami pernah melihat dalam bulan Ramadhan tahun 1418 (Hijrah) hamparan kain seorang imam mereka yang menghafal al-Quran yang duduk di tengah-tengah ruang solat untuk minum kopi, dengan kedua-dua betisnya terletak/terlunjur di hadapan orang lain-lain yang sedang bersolat.

Dan di antara Fiqh Wahhabi di dalam solat ialah: mereka memasuki masjid dengan memakai kasut-kasut mereka di atas karpet-karpet untuk solat, dengan hujah mereka seumpama memakai khuf (masuk masjid di zaman Rasulullah SAW), dan tidak terlintas di fikiran mereka bahawa masjid-masjid pada zaman Rasulullah SAW dahulu ber”karpet”kan tanah, bukanlah karpet lembut seperti hari ini yang mudah terlekat kekotoran. Dan pernah berlaku, sebahagian daripada mereka meninggalkan kekotoran kasut mereka melekat di atas karpet masjid sambil ketawa dan berkata: Beginilah sunnah, Wahai “Sheikh”!

Ya! Beginilah fiqh Wahhabi di dalam solat.”

Ulasan:

* Tidak hairanlah kalau golongan Wahhabi sembahyang bergerak-gerak, bergoyang, terkadang ke kiri, terkadang ke kanan, tangan membetulkan baju dan jubah, mengurut janggut dan misai, menyapu dahi, kepala sekejap memandang ke bawah, ke atas, dan lain-lain. Tak percaya! Lihatlah solat mereka sewaktu tarawih bulan Ramadhan nanti.
* Penulis sendiri pernah melihat golongan Wahhabi “berselimut” bersolat dengan watak-watak (pergerakan yang melampau) begini walaupun mereka mempunyai ijazah PhD sekalipun, dan sesungguhnya benarlah mereka bersifat dengan sifat yang telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW mengenai golongan yang sesat:

يسيؤون الأعمال

Maksudnya: “Golongan yang merosakkan amalan”.

* Jadi tidak hairanlah kalau mereka membenarkan bermacam-macam bentuk pekerjaan dunia di dalam solat kerana mereka adalah golongan yang merosakkan amalan.
* Jadi, tidak hairanlah apabila mereka bersolat dengan gaya yang “PELIK TAPI (TIDAK) BENAR”.
* Andainya seorang Wahhabi itu berkata: “Semua (pergerakan) ini diambil daripada Sunnah Rasulullah SAW,”, maka katakanlah kepadanya: “Ingatlah, para ulama’ fiqh ada berkata: Seseorang itu bukanlah faqih sehinggalah dia mengetahui hadis mana yang perlu diamalkan dan hadis mana yang perlu ditinggalkan (kerana:
o mansukh (dinasakhkan oleh nas/hadis yang lain),
o mushkil (bertentangan dengan hadis/nas lain yang lebih kuat),
o muawwal (tidak dipegang makna zahirnya, kerana makna zahirnya bertentangan dengan nas yang lain atau sebab-sebab lain),
o muhtamal (mempunyai banyak kebarangkalian),
o muqayyad (dibawa maknanya ke atas makna yang terikat yang disebut di dalam nas/hadis yang lain),
o mukhassas (dikhususkan maknanya oleh hadis/nas yang lain);
o dan lain-lain).
* Fikir-fikirkanlah. Jangan memandai-mandai berijtihad dalam hukum ahkam agama kalau bukan ahlinya, takut-takut menempah jalan ke neraka. [Kami memohon perlindungan daripada Allah SWT].

Sheikh Ahmad al-Fathani: Wahabi Itu GOLONGAN Melampau, MAZHAB Yang Jahat, Keji dan Celaka, JALAN Yang Sesat dan AQIDAH Yang Mudarat

Sheikh Ahmad al-Fathani: Wahabi Itu GOLONGAN Melampau, MAZHAB Yang Jahat, Keji dan Celaka, JALAN Yang Sesat dan AQIDAH Yang Mudarat

http://al-ashairah.blogspot.com/2008/09/shaikh-ahmad-al-fathani-wahabi-itu.html

Ini adalah sebahagian petikan daripada kitab ‘Hadiqatu al-Azhar wa ar-Rayahin’, karangan seorang alim lagi terkenal di dalam dunia Melayu dan Islam, menguasai pelbagai bidang ilmu, mempunyai murid-murid yang tersohor, serta para guru termasyhur, Sheikh Ahmad al-Fathani. Sila tuan-tuan baca dengan teliti. Pihak penulis meletakkan tajuk dengan tanda […] berwarna biru bagi perenggan-perenggan yang sesuai. Insya-Allah, kitab akan di”scanned” kemudian.


[Wahabi Dari Kaca Mata Sheikh Ahmad Fatani]


“II. Dan setengah daripadanya fitnah taifah Wahabiyyah yang melampau mereka itu hingga merentah mereka itu akan dua Tanah Haram yang mulia. Dan mereka itu satu kaum yang mempunyai mazhab yang jahat dan jalan yang sesat dan i’tiqad yang mudarat.”


[Muhammad Ibn Abdul Wahhab Dari Kaca Mata Sheikh Ahmad Fatani]


“Dan adalah yang menghantar [penganjur] mazhab mereka itu yang keji dan yang meringkahkan dia, Muhammad anak Abdul Wahab dan asalnya daripada masyriq [timur: Najd] daripada Bani Tamim dan adalah permulaan pekerjaannya bahawa ia setengah daripada mereka yang menuntuti ilmu di negeri Madinatu al-Munawwarah ‘ala sahibiha afdalu as-salati wa as-salam.”


[Ulama’ Telah Pun Menjangkakan Kejahatan Muhammad Ibn Abdul Wahhab Dan Menghalang Orang Ramai Daripada Mengikut Beliau]


“Dan adalah bapanya laki-laki yang soleh, demikian lagi saudaranya. Dan adalah bapanya dan saudaranya dan sekelian guru-gurunya memfirasat mereka itu padanya bahawa sanya lagi akan jadi daripadanya sesat dan menyesat dan zaigh dan ilhad dari kerana barang yang diketahui oleh mereka itu daripada perkataannya dan perbuatannya dan bantah-bantahannya pada kebanyakan daripada beberapa banyak masalah. Maka adalah mereka itu menakutkan akan manusia hampir kepadanya. Maka tahqiq oleh Allah Ta‘ala akan firasat mereka itu.”


[Sikap dan Pegangan Penganut Ajaran Wahhabi Yang Menyesatkan Orang Ramai]


“Maka meringkah ia bagi dirinya akan mazhab yang sesat dan menyalahi ia akan segala imam agama dan menyesat ia akan segala yang jahilin dan mengkafirkan ia akan segala mereka yang tiada mengikut mazhabnya daripada mukminin. Dan menghukum ia dengan syirik mereka yang ziarah kan Qubur Nabi SAW dan auliya’ dan solihin, dan yang bertawassul dengan mereka itu. Dan mengharamkan ia akan berselawat atas Nabi SAW dan beberapa i’tiqad yang lain daripada demikian itu, dan bahawasa segala manusia telah kufur mereka itu daripada masa hijrah 600 tahun sehingga kepada masanya itu. Dan ialah yang membaharukan bagi mereka itu akan Islam mereka itu. Dan mentaklif [mengarang] ia bagi mereka itu beberapa risalah dan mendatang ia dengan beberapa ibarat da beberapa dalil atas fahamnya yang sesat dan aqalnya yang tebal. Dan mengkesamaran [meengelirukan] ia dengan demikian itu atas kebanyakan orang awam. Maka mengikut setengah mereka itu akan dia.”


[Wahhabi Berpakat Dengan Pemerintah dan Merampas Tanah Haram]


“Kemudian maka masuk ia kepada setengah raja-raja negeri masyriq dan diam ia di sisi mereka itu, mengaya-gaya [memujuk] ia akan mereka itu hingga tertipu daya mereka itu, maka menolong mereka itu akan dia. Dan tasallit [menguasai] mereka itu atas beberapa qaryah dan negeri hingga memerang mereka itu akan beberapa negeri yang besar-besar dan memilik mereka itu akan dua Tanah Haram yang mulia dan segala qura[kampong] keduanya.”


[Wahhabi Menghancurkan Kesan Sejarah Islam Dan Merompak Harta Umat Islam]


“Dan meroboh mereka itu akan segala qubbah tempat yang mulia-mulia dan kubur solihin, dan mengerasi mereka itu akan manusia atas masuk kepada mazhab mereka itu yang celaka. Dan merampas mereka itu akan segala pakaian Qubur Nabi dan segala barang yang di dalam qubbahnya yang maha mulia SAW dan segala barang di dalam Kaabah daripada segala perkakas dan perhiasan yang indah-indah.”


[Wahhabi Menawan Tanah Mekah]


“Dan masuk mereka akan Makkah pada tahun 1220. Dan telah menghasarkan [mengepung] mereka itu akan Makkah hingga lapar ahlinya dan makan setengah mereka itu akan anjing. Kemudian masuk mereka itu akan dia dan merentah mereka itu padanya 7 tahun. Dan adalah pada masa itu Daulah ‘Aliyyah Uthmaniyyah di dalam huru-hara yang amat sangat.”


[Kejatuhan Wahhabi - Pada Kali Pertama - Sebelum Kebangkitan Semula Selepas Perang Dunia Pertama]


“Kemudian keluar titah daripada Sultan kepada Muhammad Ali Pasha, Raja Masir dengan suruh memerangkan mereka itu. Maka diperangkan mereka itu hingga dibinasakan dan dihilangkan daulah mereka itu dan ditawankan raja mereka itu yang bernama Abdullah Ibnu Saud dan beberapa perdana menterinya dan dibawakan mereka itu ke Masir, kemudian ke Istanbul. Maka diarakkan mereka itu kemudian dibunuhkan mereka itu.”


ULASAN

* Kalaulah Sheikh Ahmad Fatani yang sempat melihat dan mendengar sendiri kebangkitan Wahhabi pada peringkat awal dan menghukum mereka dengan sesat, keji, celaka, melampau, jahat dan mudarat. Adakah kita yang tidak benar-benar mengenali sejarah Wahhabi dengan mudah membelakangkan kata-kata Syeikh Ahmad Fatani?!
*

* Dan apabila Wahhabi dapat menguasai semula Tanah Mekah dan Madinah selepas Perang Dunia Pertama (iaitu selepas kewafatan Sheikh Ahmad Fatani). Adakah kita sanggup menyokong Wahhabi yang telah ditolak oleh para ulama’ seluruhnya kerana mereka berkuasa pada hari ini?
*

* Adakah anda tidak bersetuju dengan kata-kata Sheikh Ahmad al-Fathani?!!! Kalau anda tidak bersetuju, maka anda masih belum mengenali beliau. Ini adalah kerana sekiranya anda mengenali dan membaca kisah hidup beliau, pasti anda tidak mampu menolak ulama’ seperti beliau.
*

* Fikir-fikirkanlah.


Sumber bagi teks: Kemerosotan Kerajaan Uthmaniyyah- Suatu Sorotan Berdasarkan Tulisan Syaikh Ahmad Bin Muhammad Zain al-Fatani (1857- 1908) oleh Abdullah Zaidi Bin Hassan

Senjata Shariat: Bukti Penolakan Ulama' Besar Tanah Melayu terhadap ajaran Salafiyyah Wahhabiyyah

http://al-ashairah.blogspot.com/2008/09/senjata-shariat-bukti-penolakan-ulama.html

Senjata Shariat: Bukti Penolakan Ulama' Besar Tanah Melayu terhadap ajaran Salafiyyah Wahhabiyyah

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh;
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam,
Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, rahmat ke seluruh alam,
Juga kepada ahli keluarga dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;

Kitab Senjata Shariat ini dikarang oleh dua orang alim ulama’ Melayu, iaitu:
  • Abu Zahidah Bin Haji Sulaiman
  • Abu Qani’ah – Haji Harun Bin Muhammad al-Samadi al-Kalantani;
Kitab ini telah ditaqridz (disemak dan dipuji) oleh tiga ulama’ Melayu di utara tanah air pada waktu itu. Mereka ialah:
  • Sheikh Abdullah Fahim;
  • Sheikh Tuan Haji Ahmad Bin Tuan Hussein (Kedah); dan
  • Sheikh Tuan Guru Haji Abdurrahman Merbuk, Kedah.
Kitab ini adalah satu bukti bahawa para ulama’ Melayu telah mendepani fitnah Salafiyyah Wahhabiyyah pada satu ketika dahulu. Namun, mereka bangkit mempertahankan aqidah dan Shariat umat Islam di tanah Melayu. Alhamdulillah, berkat perjuangan mereka, maka hari ini kita dapat menikmati aqidah, shariah dan tasawwuf yang suci dan bersih daripada najis bid’ah.
Dilampirkan di bawah ini, bukti daripada kitab Senjata Shariat bahawa para ulama’ Melayu menolak Ibnu Taymiyyah yang menjadi sumber pegangan gerakan Salafiyyah Wahhabiyyah pada hari ini. Semoga pendedahan ini dapat memberikan kesedaran kepada umat Islam, khasnya para ustaz, untuk menilai semula kefahaman mereka mengenai ajaran Salafiyyah Wahhabiyyah. [Dengan kata lain, jangan memuji sebelum benar-benar kenal, jangan mengeji sebelum benar-benar ingkar, diam itu adalah salah satu cabang ilmu].
Tulisan semula:
“Masalah-masalah Ibnu Taymiyyah yang menyalahi ijma’ itu banyak. Setengah daripadanya:
  1. Talak perempuan di dalam haidh atau di dalam masa suci yang ia (suami) wathi’kan (setubuhi) itu tiada jai’zah (harus/berkesan) talak, pada hal ijma’ jatuh (talak) tetapi haram; (komen penulis: ini adalah kerana Ibnu Taymiyyah menyatakan bahawa talak bid’ie tidak mempunyai kesan, walhal ijma’ ulama’ bahawa ia mempunyai kesan tetapi haram);
  2. Talak tiga kembali menjadi satu pada hal ijma’ akasnya (adalah sebaliknya);
  3. Cukai itu halal dan apabila membayar saudagar-saudagar cukai itu memadai dengan dijadikan zakat, pada hal ijma’ akasnya (sebaliknya); (komen penulis: istilah cukai yang di sini perlu kepada penelitian makna, dan jangan ditafsir dengan mudah);
  4. Segala benda cair tiada (menjadi) najis apabila masuk bangkai seumpama tikus, pada hal ijma’ adalah najis(nya);
  5. Orang yang berjunub yang belum mandi itu boleh sembahyang sunat pada (waktu) malam, pada hal ijma’ tiada sah;
  6. Menyalahi ijma’ tiada jadi kafir, pada hal ijma’ jadi kafir;
  7. Tuhan kita itu tempat bagi segala makhluk;
  8. Quran itu dibaharukan dia pada zat Allah Ta’ala;
  9. Allah berjisim dan berjihah (mempunyai arah) dan berpindah dan besarnya sekadar Arash, tidak lebih dan tidak pula kurang – Maha Suci Allah dari yang demikian itu sesuci-sucinya;
  10. Alam ini qadim pada naw’ (sub-jenisnya);
  11. Neraka itu binasa (fana’);
  12. Anbiya’ (para nabi) itu tidak termaksum (terpelihara daripada maksiat);
  13. Rasulullah SAW itu tidak ada kemegahan (jah) ditawassul dengan dia;
  14. Musafir pergi ziarah Rasulullah SAW itu jadi maksiat, (dan) tiada harus sembahyang qasar (kerana) ziarah tersebut;
  15. Taurat dan Injil itu tiada bertukar segala lafaz, bahkan bertukar makna keduanya sahaja;
Dan banyak lagi masalah-masalah Ibnu Taymiyyah menyalahi ijma’- Kami memohon perlindungan dengan Allah daripada semua tersebut.
Maka bersalah-salahan (berbeza pendapat) ulama’ muktabar pada diri Ibnu Taymiyyah. Kata setengah ulama’: BID’AH IA, dan setengahnya MENYESATKAN DIA dan MENGKAFIR AKAN DIA, bukan sahaja menyalahi Ibnu Taymiyyah ini kepada ulama’ tasawwuf (dan) ulama’ usuluddin (aqidah) yang mutakhkhirin, bahkan kepada menyalahi ijma’ yang yang empat, iaitu:

  1. Ijma’ qath’i (ijma’ segala Sahabat Nabi SAW atas nas yang tiada khilaf kemudian daripada wafat Nabi SAW);
  2. Ijma’ sukuti (ijma’ setengah Sahabat Nabi SAW dan diam setengahnya) seperti bang (azan) dua kali oleh Saidina Uthman pada (solat) Jumaat;
  3. Ijma’ (orang-orang (ulama’) kemudian daripada Sahabat Nabi SAW itu atas suatu hukum yang tiada berkata (dibincangkan) oleh orang (ulama’) dahulu);
  4. Ijma’ (atas suatu hukum yang terdahulu pada (perbincangan)nya oleh orang-orang (ulama’ yang) menyalahinya (pada waktu kemudian)) dan pada satu masa Ibnu Taymiyyah itu mengiktiradkan (melantangkan) kepada Saidina Umar al-Khattab dan Saidina Ali karramallu wajhah.
Berakhir Ibnu Taymiyyah ini dipenjarakan oleh raja dengan sebab mencarik ijma’ dan mati ia di dalam penjara – Allah Maha Mengetahui. Demikian disebutkan dia oleh al-Sheikh Ibn Hajar al-Haytami. Tuan-tuan yang mulia bahawa inilah benih-benih yang menyalahi Ahli Sunnah dan Jamaah sekarang mulai menjalar pula serata-rata negeri. ((Jaga)) masa sudah sampai, memang di akhir dunia, macam-macam gaya fitnah bencana sebagai tersebut pada hadis-hadis tersebut (komentar penulis: yang dibincangkan di awal bab dan tidak dilampirkan di sini).”
Ulasan.
  • Telah terang jelas bagai cahaya matahari lagi bersuluh lampu minyak tanah bahawa Ibnu Taymiyyah menyalahi ijma’ para Sahabat Nabi SAW dan ulama’ dalam banyak perkara. Adakah perkara ini tidak disedari oleh penyokongnya? Atau sifat taksub yang membutakan hati mereka ? (Insya-Allah, pada masa akan datang, kami akan nukilkan kata-kata Imam Ibnu Hajar al-Haytami dan Imam Ibnu Hajar al-Asqalani berkenaan dengan kritikan Ibnu Taymiyyah terhadap para ulama’ sufi dan para sahabat Nabi SAW seperti Saidina Umar al-Khattab r.a. dan Saidina Ali r.a.)
  • Bid’ah Salafiyyah Wahhabiyyah bukan sahaja dalam masalah furu’, bahkan lebih teruk lagi dalam masalah aqidah.
  • Janganlah kita menjadi seperti orang yang meludah ke langit. Menuduh orang lain dengan pelbagai bid’ah, sedangkan diri sendiri berlumuran najis bid’ah, khasnya di dalam perkara aqidah. Inilah keadaan banyak golongan Salafi Wahhabi pada hari ini.
  • Bid’ah Salafiyyah Wahhabiyyah telah pun bangkit di tanah Melayu pada satu masa dahulu sebelum merdeka. Namun para ulama’ Melayu kita telah bangkit menghancurkan mereka. Namun kini, fitnah ini nampaknya timbul di saat para ustaz-ustaz kita tidak bersedia, tidak faham mengenai masalah ini. Pesan kami, janganlah bercakap sebelum memahami sesuatu perkara dengan sebaiknya, takut-takut tanpa disedari anda sedang menyanjung kebatilan dan membelakangkan hak.
  • Sekiranya anda telah menyedari kebatilan ajaran Salafiyyah Wahhabiyyah dengan sebenar-benar sedar, maka apakah tindakan dan peranan anda? Sesungguhnya nikmat ilmu itu datang bersama tanggungjawab.
  • Fikir-fikirkanlah. Wassalam

Siri Penolakan Terhadap Wahabi (6): Pertuduhan-pertuduhan terhadap Wahabi

Siri Penolakan Terhadap Wahabi (6): Pertuduhan-pertuduhan terhadap Wahabi 

http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/73
Pertuduhan-pertuduhan keatas Sheikh Muhammad Abdul Wahab dan Wahabi

- Takfir (Mengkafirkan umat Islam). Inilah suatu pertuduhan yang paling utama ke atas Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab dan para pengikutnya, yang mana ianya juga merupakan suatu yang amat bahaya dalam umat Islam. Pertuduhan ini merupakan suatu pertuduhan yang amat berasas, sehingga para pendokong Salafiyah Wahabiah sendiri tidak mampu menolak pertuduhan tersebut.

            Antara para ulama’ yang menyanjungi Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab, namun tetap mengakui kesalahan beliau dalam sikap mengkafirkan umat Islam sewenang-wenangnya adalah Sheikh Imam Al-Saukani sendiri. Begitu juga dengan Sheikh Mansur Al-Hazimi dan Muhammad Siddiq Hasan As-Salafi.

            Adapun dari kalangan penentang-penentang Wahabi itu sendiri, cukup banyak, menjelaskan tentang sikap takfir sewenang-wenangnya yang dibawa oleh Wahabi. Contohnya, kata Sheikh Ahmad Zaini Dahlan “Mereka tidak beriktiqad seseorang itu mentauhidkan Allah s.w.t., melainkan mereka yang mengikuti perkataan mereka (golongan Wahabi tersebut)[1]

            Mungkin, ada di kalangan “pengkaji ilmiah” yang menolak dakwaan tersebut, dengan pelbagai alasan, namun, penolakkan dakwaan tersebut hanyalah suatu usaha “menegakkan benang yang basah”, kerana ianya sudahpun termaktub dalam lipatan sejarah dengan dakwat yang kekal, biarpun ada di kalangan sumber-sumber sejarah cuba menyembunyikannya. Apa yang penting, bukan apa yang telah berlaku. Apa yang penting, sikap tersebut (pengkafiran sesama Islam atau pembid’ahan sesama muslim sewenang-wenangnya) haruslah ditinggalkan serta-merta, samada anda mengaku salafi, atau tidak, samada anda mengaku wahabi atau tidak.

- Pembunuhan Sesama Islam: Natijah dari sikap mengkafirkan umat Islam yang tidak mengikuti mereka sewenang-wenangnya, golongan Wahabi turut menghalalkan darah mereka yang menolak Wahabi dan seruan mereka. Hal ini telah terbukti dalam lembaran-lembaran sejarah, termasuklah dalam bahan sejarah golongan salafi itu sendiri (rujuk buku sejarah karangan Ibn Ghonam), apatah lagi dalam  bahan sejarah selain golongan Wahabi.

- Tajsim dan Tasybih: Walaupun Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab tidaklah sibuk membincangkan masalah sifat-sifat mutasyabihat, kerana sibuk dengan agendanya untuk “memurnikan aqidah umat Islam” (walaupun dengan cara takfir), tetapi kebanyakkan dari kalangan golongan salafi setelah beliau, yang mula cenderung terhadap aqidah Ibn Taimiyah dan Ibn Qayyim, lantas menjerumuskan diri mereka ke lembah tasybih dan tajsim.

            Hal ini kerana, Sheikh Ibn Taimiyah merupakn antara ulama’ kegemaran Sheikh Muhammad ibn Abdul Wahab. Maka pengikutnya selepas itu terus mengupas fahaman-fahaman Ibn Taimiyah sehinggalah sampai terpengaruh dengan aqidah Ibn Taimiyah yang pernah mengundang kontroversi dalam bidang keilmuan Islam, kerana pegangan beliau (Ibn Taimiyah) yang menjurus kepada menjisimkan Allah s.w.t. dengan makhluk tanpa disedarinya, kerana mengisbatkan zahir perkataan jisim kepada Allah s.w.t. melalui ayat-ayat mutasyabihat[2] tersebut.

            Pada hakikatnya, masalah tajsim ini merupakan suatu masalah yang serius, kerana ianya melibatkan suatu aqidah yang salah dan bercanggah dengan ahlus sunnah wal jamaah, yang didokongi oleh kebanyakkan para salafi wahabi, kerana terkesan dengan sikap keras Ibn Taimiyah dalam menolak secara mutlak konsep ta’wil dalam ayat mutasyabihat serta menafikan majaz dalam memahami sifat-sifat mutasyabihat tersebut. Sikap menolak ta’wil secara mutlak dengan manafikan adanya majazi dalam wahyu Ilahi s.w.t. merupakan suatu sikap tasyaddud (berlebih-lebihan) dalam masalah aqidah dan menjerumus kepada kecelaruan aqidah yang lebih parah (rujuk buku Fusulun Fil Aqidah karangan Dr. Al-Qaradhawi).


[1] Da’awa Al-Munawi’in, Dr. Abdul Aziz bin Abdul Latif, M/S 166
[2] Mutasyabihat: Ayat-yata yang berbentuk kesamaran, yang boleh mengelirukan sesetengah golongan awam, kerana zahirnya membawa makna jisim, sedangkan ianya tidak layak dengan kesempurnaan Allah s.w.t.

Siri Penolakan Terhadap Wahabi (5): Wahabi Ditentang Kerana Membawa Perpecahan

Siri Penolakan Terhadap Wahabi (5): Wahabi Ditentang Kerana Membawa Perpecahan

http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/74

Wahabi Ditentang Kerana Membawa Perpecahan

            Golongan Wahabi ditentang hebat oleh majoriti para ulama’ Islam samada secara terang-terangan atau secara kiasan, kerana tiga sikap pemusnah umat mereka yang utama, iaitu, ta’asub, jumud dan tasyaddud yang membawa kepada takfir sesama Islam sewenang-wenangnya.

            Ada tiga jenis golongan yang menentang Wahabi, yang mana dua daripadanya tidak tepat, kerana berlebih-lebihan dalam menentang Wahabi, sedangkan yang ketiga pula adalah golongan yang benar dalam pempertahankan kedaulatan dan kemurnian Islam dari pencemaran Wahabi.

            Pertama, golongan yang mengkafirkan Wahabi secara mutlak, kerana menuduh mereka bersekongkol dengan para kuffar untuk menjatuhkan umat Islam dan sebagainya. Golongan yang mengkafirkan Wahabi dengan alasan yang tidak berasas ini, melakukan kesilapan kerana menentang golongan ghulu (pelampau/ iaitu Wahabi) dengan ghulu (keterlampauan) juga, sedangkan Islam menyeru umatnya mengajak kepada kebenaran dengan hikmah.

            Kedua, golongan yang membid’ahkan golongan Wahabi, sehingga sanggup menafikan kebaikan-kebaikan yang dibawa oleh Wahabi, kerana sikap Wahabi yang sewenang-wenangnya mengkafirkan umat Islam. Penentangan cara ini merupakan suatu sikap yang tidak adil kerana, kita perlu juga mengakui kebaikan-kebaikan yang pernah dilakukan oleh golongan yang bercanggah dan menentang kita,walau sebesarmana kesalahan mereka, tidak boleh menafikan kebaikan mereka.

            Ketiga, golongan yang bersikap sederhana dalam menolak fahaman Wahabi, kerana ingin menyelamatkan umat Islam dari bahana perpecahan dan saling kafir mengkafirkan antara sesama muslim. Golongan ini merupakan golongan yang bersikap adil dalam mengkritik dan menolak fahaman Wahabi, kerana tujuan mereka bukanlah untuk menjatuhkan mana-mana pihak, tetapi sekadar menegur kesalahan orang yang bersalah.

Antara Ulama’-ulama’ yang Menentang Golongan Wahabi

1)      Sheikh Sulaiman bin Ahmad Al-Hanbali (1130-1181H). Beliau merupakan seorang ulama’ fiqh yang alim dalam mazhab Hanbali. Beliau turut dikafirkan oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab.

2)      Sheikh Sulaiman bin Abdul Wahab (1208 H), saudara kandung Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab, seibu dan sebapa. Beliau dikatakan lebih alim berbanding Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab sendiri. Beliau merupakan antara penentang kuat saudaranya Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab, terutamanya kerana sikap takfir Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Di sisi Wahabi, beliau merupakan seorang kafir yang telah terkeluar dari agamanya.

3)      Sheikh Muhammad bin Abdul Rahman Al-Hanbali Al-Ahsa’i (1100-1164 H). Beliau juga merupakan seorang ulama’ besar di zaman tersebut, dan sangat mahir dalam bidang fiqh dan ilmu falaq, disamping dihormati dalam masyarakat. Beliau juga turut dikafirkan oleh Muhammad bin Abdul Wahab.

4)      Sheikh Abdullah bin Isa At-Tamimi (1175 H). Beliau merupakan antara ulama’ yang besar dari kalangan ahli Najd.

5)      Sheikh Abdullah bin Ahmad (1175 H), seorang faqih mazhab Hanbali.

6)      Sheikh Abdullah bin Abdul Latif Al-Ahsa’i. Beliau merupakan antara guru Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab, dan seterusnya merupakan antara mereka yang paling kuat menentang Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab.

7)      Sheikh Muhammad bin Abdullah Al-Ahsa’i (1216 H), juga  merupakan seorang faqih Hanbali. Beliau juga turut dikafirkan oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab.

8)      Sheikh Muhammad bin Ali (1246 H)

9)      Sheikh Uthman bin Mansur Al-Nasiri (1282 H)

10)  Sheikh Uthman bin Sanad Al-Basri (1250 H)

11)  Sheikh Muhammad bin Sulaiman Al-Kurdi (1194 H), seorang mufti mazhab As-Syafi’e. Beliau menentang golongan Wahabi dan menggelar mereka sebagai golongan Al-Khawarij.

12)  Sheikh Murid bin Ahmad At-Tamimi (1171 H)

13)  Sheikh Saif bin Ahmad (1189 H)

14)  Sheikh Soleh bin Abdullah As-So’igh (1183 H)

15)  Sheikh Ahmad bin Ali Al-Qobbani

16)  Sheikh Abdullah bin Daud (1225 H)

17)  Sheikh’Alawi bin Al-Haddad Al-Hadrami (1232 H)

18)  Sheikh Umar bin Al-Qosim bin Mahbub

19)  Sheikh Muhammad bin Abdullah Al-Maghribi (1227 H)

20)  Sheikh Muhammad bin Abdullah bin Hamid (1295 H)

21)  Sheikh Abdul Aziz bin Abdul Rahman (1179 H)

22)  Sheikh Hasan bin Umar Ad-Dimasyqi (1174 H)

Siri Penolakan Terhadap Wahabi (4): Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab dan Takfir?

Siri Penolakan Terhadap Wahabi (4): Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab dan Takfir?

http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/75

Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab dan Takfir (Pengkafiran Sesama Islam)

            Namun, menurut Sheikh Hasan bin Farhan Al-Maliki dalam buku beliau “da’iyah wa laisa nabiyan” (Seorang Pendakwah, bukan Seorang Nabi), Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab sememangnya terlibat dalam gejala mengkafirkan kebanyakkan orang-orang Islam khususnya di zamannya, termasuklah para ulama’ sezaman dengannya.

            Antara buku beliau (Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab) yang memuatkan pengkafiran beliau terhadap kebanyakkan muslim pada zamannya ialah buku Kasyfu As-Syubhat (Menyingkap Syubhat-syubhat). Dalam buku tersebut memuatkan perkataan-perkataan berbentuk pengkafiran terhadap sesama muslim secara sewenang-wenangnya, samada secara jelas mahupun secara kiasan.

            Oleh yang demikian, sikap takfir (sewenang-wenangnya mengkafirkan) sesama muslim yang dibawa oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab turut diwarisi oleh para pengikut dan pembelanya, sehingga membawa kepada taasub, perpecahan sesama Islam dan sehinggalah ada yang sanggup membunuh sesama muslim kerana takfir tersebut.

            Oleh yang demikian, kebanyakkan daripada mereka yang mengaku pengikut pemikiran Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab (iaitu Wahabi), sewenang-wenangnya menghukum golongan yang tidak sehaluan dengan mereka sebagai fasiq, pembuat bid’ah dan ada yang sampai mengkafirkan mereka.

            Sikap ta’asub, jumud dan tasyaddud (bersikap keras dalam menolak pihak yang tidak bersetuju dengannya), merupakan hasil semaian dari sikap induknya iaitu, takfir. Pada situasi yang terdesak, golongan tersebut menyembunyikan agenda takfir sesama Islam dalam pelbagai praktik, seperti membid’ahkan mereka yang tidak sama dengan pendapat golongan tersebut, dan mengingkari perkara-perkara khilafiyah atas nama “kebenaran mutlak”, seolah-olah, merekalah yang mengetahui kebenaran dalam masalah khilafiyah, takkala  para ulama’ saling berselisih pendapat mengenainya, dan membatalkan hak ijtihad mereka yang tidak selari dengan pendapat golongan tersebut.

            Adapun golongan yang sibuk membela Wahabi kerana terpengaruh dengan mereka, dan kalau tidak membela Wahabi sekalipun, namun tetap bersikap dengan sikap Wahabi (ta’asub, jumud dan tasyaddud yang melampaui batas), dan berfahaman seperti fahaman Wahabi (dengan sewenang-wenangnya membid’ahkan perkara-perkara khilafiyah dan bermati-matian menyalahkan mereka yang tidak sehaluan dengannya), namun tidak mengaku Wahabi, sesungguhnya ketahuilah, mereka mengaku atau tidak, kalau anda berfikir seperti fikiran Wahabi, mereka termasuk dalam sasaran penentangan golongan yang menenolak Wahabi, kerana mereka menolak Wahabi bukan kerana nama, tetapi kerana bahaya pemikiran yang dibawa oleh mereka (golongan Wahabi).

            Persoalannya, bagaimana tentang segolongan manusia yang mengaku Salafi, tetapi tidak mengaku Wahabi, kerana mereka menganggap diri mereka mengikut salaf, sedangkan selain dari mereka (yang bukan salafi), tidak mengikut manhaj salafus soleh?

            Mereka mengaku sebagai pembawa atau pembela manhaj salafus soleh, dan turut bersetuju dengan golongan Wahabi dalam pendirian mereka untuk memperjuangkan manhaj salaf di zaman ini, namun tidak bersetuju dengan sikap sesetengah Wahabi yang terjebak dengan sikap ta’asub, jumud dan melampaui batas sehingga sampai tahap mengkafirkan sesama Islam sewenang-wenangnya.

            Kalau mereka merasakan diri mereka sedemikian, ketahuilah bahawa, mereka terkeliru.

            Selain dari Salafi Wahabi, yang tidak terjebak dalam kencah takfir, tidak perlu melaungkan slogan “kami Salafi bukan Wahabi”, sebagai tanda bahawa dia membawa suatu gelombang baru dalam dunia Islam, yang bukan Wahabi dan bukan pula penentang Wahabi. Mereka adalah Salafi.

            Kekeliruan utama mereka adalah, pada istilah salafi itu sendiri. Salaf, seperti kata-kata Dr. Al-Buti dalam bukunya As-Salafiyah, bukanlah merujuk kepada suatu corak pemikiran atau mazhab, tetapi ia merujuk kepada suatu tempoh atau peringkat masa yang pernah dilalui oleh umat Islam, iaitu tiga kurun pertama hijrah.

            Jadi, seseorang yang mengaku salafi pada hari ini, bererti, tidak memahami penggunaan kata Salafi itu sendiri, dalam perbendaharaan kata ilmuan Islam, kerana kata tersebut merujuk kepada tempoh masa sesuatu zaman, bukan merujuk kepada metodologi pemikiran.

            Kalaulah mereka yang mengaku Salafi pada hari ini, dengan makna, sebagai pembela manhaj salafus soleh, maka apa bezanya dengan golongan yang tidak mengaku salafi pada zaman ini, sedangkan mereka juga berpegang dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah yang sama seperti Al-Qur’an dan As-Sunnah yang dipegangi oleh para salafus soleh?

            Dr. Al-Buti pernah menjawab persoalan ini dengan suatu persoalan yang lain iaitu: “Bagaimana saya ingin menjadi salafi pada hari ini?”

            Beliau seterusnya menjawab, ada dua jawapan untuk persoalan tersebut, tetapi kedua-duanya adalah tidak masuk akal.

            Pertama: Mengikuti gaya hidup, adab resam, cara pemakaian dan cara hidup yang sama dengan cara hidup golongan salafus soleh, dari sudut tempat tinggalnya, pemakaiannya dan sebagainya, dan ini suatu yang tidak diterima akal.

            Ini kerana, mereka dahalu hidup tanpa teknologi yang dinikmati oleh kita hari ini. Takkan kita perlu menghindari kemajuan teknologi yang sedia ada, untuk kembali hidup dengan gaya dan cara hidup golongan salafus soleh dahulu kala, yang menjadikan unta dan kuda sebagai tunggangan dan sebagainya? Jadi, ini bercanggah dengan prinsip-prinsip kemasyaratan dalam Islam sendiri, yang menggalakkan kemajuan sesuatu masyarakat dalam bidang keduniaan juga.

            Kedua: Mengikuti metodologi ilmiah yang disusun oleh golongan salafus soleh, dan menghadkan kaedah berijtihad dengan lakaran ilmiah yang telah digunakan oleh mereka tanpa boleh mengembangkannya.

            Hal ini juga tertolak dengan beberapa aspek iaitu, golongan salafus soleh tidak pernah melakarkan kepada kita suatu metodologi penggalian hukum yang tetap, jelas dan statik untuk kita pada hari ini. Bahkan di zaman mereka juga, metodologi penggalian hukum dan kaedah berijtihad berkembang dan terus berkembang tanpa sebarang larangan oleh mereka sendiri, selagi ia didasarkan oleh Al-Qur’an dan As-Sunnah.

            Aspek yang kedua ialah, keutuhan syariat Islam itu sendiri, yang bersifat fleksibel dan sesuai untuk sepanjang zaman, dengan metodologi penggalian hukum (usul fiqh, qowa’id fiqhiyah dan sebagainya) yang fleksibel, yang membolehkan manhaj ilmiah dalam berijtihad terus berkembang sejajar dengan prinsip-prinsip asas agama Islam.

            Kalau ijtihad kita hanya perlu terhad kepada ijtihad salafus soleh, dan manhaj ilmiah kita terus terhad dengan manhaj ilmiah mereka yang terdahulu, tanpa dibenarkan untuk dikembangkan, maka bagaimana hukum Islam dapat berperanan terhadap perkara-perkara baru yang timbul dari peredaran cara hidup dan kemajuan hidup manusia pada hari ini. Kalau ijtihad kita hanya terhad kepada ijtihad golongan salaf, bagaimana kita mampu menggali hukum mengenai bayi tabung uji, pengklonan, dan sebagainya yang belum lagi pernah dibincangkan oleh salafus soleh pada zaman mereka? Oleh itu, perkembangan manhaj berfikir ilmiah umat Islam, dan metodologi penggalian hukum akan terus berkembang sejejar dengan perkembangan zaman, dan inilah antara ciri-ciri kefleksibilitan Islam yang sesuai sepanjang zaman.

            Berdasarkan keterangan tadi, jelaslah bahawa, salaf hanya merujuk kepada suatu zaman dalam umat Islam, iaitu tiga kurun pertama hijriyah, bukan merujuk kepada suatu pola pemikiran, kerana pada zaman salafus soleh juga, tiada suatu pola pemikiran yang tersusun, yang boleh dikatakan sebagai suatu simbol corak pemikiran. Sila rujuk buku “As-Salafiyah” karangan Dr. Muhammad Ramdhan Al-Buti untuk penerangan yang lebih jelas.

Adapun mereka yang mengaku salafi, semata-mata kerana mereka mengaku memperjuangkan manhaj salafus soleh, samada dari sudut aqidah mereka dan sebagainya, maka merek sebenarnya terkeliru.

            Ini kerana, aqidah orang-orang Islam zaman salafus soleh, sama juga dengan aqidah orang-orang Islam di zaman ini, dan kedua-dua golongan menyembah Allah s.w.t. yang Maha Esa. Kalau mereka mengatakan bahawa, golongan khalaf (golongan selepas salaf sehingga hari ini) mentakwil[1] dalam masalah ayat-ayat mutasyabihat, maka golongan salaf juga, ada yang mentakwil ayat-ayat mutasyabihat seperti Imam Ahmad, Imam Al-Bukhari dan sebagainya (rujuk buku Fusulun fil Aqidah, karangan Dr. Yusuf Al-Qaradhawi).

            Syariat Islam yang kita amalkan juga merupakan syariat Islam yang diamalkan oleh para salafus soleh, kerana golongan khalaf juga menggali ilmu syariat mereka dari sumber-sumber ilmiah para salaf, yang lebih dikenali dengan istilah taqlid. Kalaulah golongan khalaf dikatakan berbeza dengan salaf kerana mereka bermazhab dan bertaqlid, sejak dari zaman sahabat lagi, ada golongan yang berijtihad dan ada golongan yang bertaqlid, kerana bukan semua orang hatta di zaman salaf, mampu berijtihad dan menggali hukum dengan sendiri (rujuk buku Al-LaMazhabiyah karangan Dr. Al-Buti).

            Jadi, golongan yang cuba “kononnya” untuk kelihatan berbeza dengan majoriti umat Islam yang dikenali dengan khalaf (hanya merujuk kepada isitilah zaman semata-mata), dengan mengaku sebagai salafi, tidak pernah membezakan mereka (golongan yang mengaku salafi) dan golongan yang tidak mengaku salafi. Sekurang-kurangnya, majoriti umat Islam yang tidak mengaku salafi, bermazhab dengan mazhab salah seorang Imam dari kalangan salafus soleh seperti As-Syafi’e, Al-Maliki dan sebagainya.

            Jadi, golongan yang mengaku salaf sebenarnya adalah golongan Wahabi yang mengkafirkan selain daripada mereka, kerana ingin membezakan mereka dengan selain dari mereka. Jadi, setelah membid’ahkan, menyesatkan, dan ada yang sampai mengkafirkan majoriti umat Islam yang tidak sehaluan dengan kefahaman mereka, maka mereka memerlukan suatu nama untuk berteduh dari kepinggiran mereka dari selain mereka, maka mereka menggunakan nama salaf untuk tujuan tersebut. Ini dalam masa yang sama, merupakan pengkhianatan yang besar dari sudut ilmiah kerana menisbahkan takfir, taasub dan jumud yang mereka bawa kepada golongan salafus soleh yang tidak sekalipun bersikap dengan sikap mereka.

            Jadi, golongan yang mengaku salafi tetapi tidak mengaku Wahabi (pengikut Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab), samada mereka keliru dengan istilah salafi itu sendiri, atau mereka sememangnya Wahabi yang bersembunyi di sebalik istilah Salafi.


[1] Memberi makna lain terhadap sesuatu lafaz, bersesuaian dengan kaedah “kiasan” dalam Bahasa Arab dan sebagainya