Monday, 25 January 2010

Mengisbatkan keagungan akan Lafzul Jalalah

dipetik dari http://almukminun.blogspot.com/

Mengisbatkan keagungan akan Lafzul Jalalah


Mengisbatkan keagungan akan Lafzul Jalalah itu, tidak sekadar membincangkannya secara akademik semata-mata, bahkan amat perlu diperindahkan dengan ilmu Ihsan, supaya akhirnya.... walau bagaimanapun polemik ini bakal berakhir, namun Lafzul Jalalah itu tetap terpahat indah dalam hati dan sanubari kita semua.



Ya Allah, pasakkanlah di dada-dada kami akan keagungan Lafzul Jalalah itu....supaya bertambah pengabdian kami kepada-Mu zahir dan batin...amin. Bi Barakatil fatihah!



Assalamualaikum,



Dengan nama Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah.



Izinkan saya memberikan sedikit ulasan dan pendapat.



1- Pada hemat saya, pendapat yang tepat yang wajib kita ikuti ialah pendapat ahli majlis Fatwa Kebangsaan mengenai permasalahan ini. Atas dasar berpegang dan menyerahkan urusan kepada ahlinya.



2- Adapun pendapat-pendapat tokoh politik tanahair baik dari parti kerajaan mahupun, tidak menunjukkan satu pendapat yang tegas dan tegak atas kebenaran yang hakiki.



3- Mana mungkin tokoh-tokoh politik dapat memberi pendapat yang sewajarnya dalam keadaan pelbagai misi dan visi politik terselit dalam pemikiran mereka. Yang memperjuangkan konsep 1 Malaysia pastilah mahukan rakyat Malaysia bersatu padu, bersatu dalam satu tarian, satu pakaian bercorak melambangkan pelbagai kaum. Ketegasan dalam permasalahan ini juga tidak menguntungkan nasib politik mereka kerana PRU-12 menunjukkan mereka kehilangan sokongan pengundi bukan melayu.



4- Maka yang terungkap di lidah mereka ialah "bersabar".. "Bawak bertenang".. "serahkan kepada mahkamah" ..."bertindaklah dengan bijak".



5- Manakala para pembangkang pula seboleh-bolehnya memberikan fatwa yang tegas tetapi lunak bagi mengambil hati rakan-rakan pakatan rakyat agar undi terus diberikan kepada mereka pada PR-13 nanti.



6- Demikianlah nasib yang melanda apabila pendapat-pendapat mengenai agama didominasi oleh ahli politik seperti yang telah dinyatakan oleh para guru kami. Agama akan hancur binasa, maruah agama dan keagungan Allah akan dirobek dalam masa yang sama mulut lantang melaungkan kalimah takbir.



7- Pada hemat saya yang dho'if, Allah adalah nama bagi suatu zat yang Maha Agung, Maha Esa, Pencipta dan Pentadbir Alam. Apabila membenarkan dan redha nama Allah digunapakai bagi zat yang selainNya, maka kita telah mensyirikkan Allah pada nama-Nya yang Agung kerana mengakui bahawa adanya tuhan lain yang bukannya Allah dinamakan dengan nama Allah.



8- Kita kadangkala begitu bersemangat memperjuangkan nasib 'ketuanan melayu' dan begitu marah jika ia dperkotak-katikkan. Akan tetapi apabila nama Allah cuba diperkotak-katikkan , jiwa kita begitu lembut, lunak dan seboleh-bolehnya berfatwa bagi meraikan kemaslahatan semua agama demi PR-13.



9- Andaikata pada hari ini ada yang menyalahgunakan nama Yang Dipertuan Agung atau Sultan2 Melayu sebagai nama pena di siaran akhbar, risalah dan blog, sudah tentulah dia terus sahaja di masukkan ke ISA dan sebagainya. Akan tetapi apabila ada manusia yang mahu mempergunakan nama 'Allah' kepada yang selain zatNya, kita hanya berkata: "serahkan pada undang2", bertindak bijak, kita negara majmuk berbilang kaum, hormati mahkamah dan sebagainya.



10- Rata-ratanya pendapat tokoh politik sedikit condong untuk meraih sokongan masyarakat Malaysia berbilang kaum dan tak keterlaluan jika dikatakan demi membantu kemenangan mereka dalam PR-13. Sehingga kadangkala mereka terlupa kepada satu firman Allah SWT yang berbunyi:



إِنْ تَنْصُروا اللهَ يَنْصُرُْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ


"Sekiranya kalian membantu Allah (agama atau mempertahankan kesucian namaNya) nescaya Allah akan membantu kalian dan menetapkan kedudukan kalian."



11- Kami memohon pertolongan dariMu ya Allah. Jadikanlah ulama-ulama dan sultan-sultan kami sebagai pembantu dan pendokong agamaMu.



Mana mungkin sorang muslim yang waras BENARKAN kerana membenarkan bererti mengizinkan serta meredhai salah guna Nama Allah. Ertinya orang yang membenarkan termasuk orang yang meredhai sebutan dan penulisan yang salah. Redha kepada kekafiran membawa kepada kekafiran. Ini intipati mesej saya seperti penjelasan Syaikhuna Dr Haron Din.



Paling menjelekkan ialah apabila golongan yang membenarkan bermati-matian menjaja kepada semua manusia dengan mengambil dalil al-Quran ayat 25 Surah Luqman sebagi contoh. Ayat-ayat yang hampir sama adalah ayat al-'Ankabut: 61 dan al-Zumar:38.




Bagi saya, secara bahasa mudah, ayat-ayat tersebut adalah statement of facts oleh Allah SWT, bukan keizinanNya kerana di dalam banyak ayat-ayat lain, Allah menekankan supaya para hambaNya mengenali driNya secara sebenar, bukan secara serkap jarang atau sangka-sangka!



Di dalam persekitaran bangsa Arab, penggunaan kalimah Allah telah wujud sebelum lahir Nabi Muhammad SAW. Tugas paling utama Nabi SAW ketika diutuskan adalah untuk membetulkan kefahaman Arab jahiliah mengenai Allah yang sebenar yang disalahfahami. Begitu juga kepada Ahlul Kitab yang mensyirikkan Allah dengan mengatakan Uzair anak Allah atau Isa anak Allah.



Maka untuk kes bangsa Arab yang gunakan kalimah Allah, umat Islam biarkan kerana ia berlaku berzaman-zaman dan ini maksud saya bahawa tidak ada urgency ulama bincang bab ini pada kurun ke sembilan Hijrah contohnya. Penggunaan kalimah Allah di kalangan Kristian Arab dibiarkan kerana realiti zhuruf(persekitaran) dan 'uruf (adat) tidak mengizinkan sesiapun pun menghalang.



Membiarkan tanpa kerelaan hati bukan bererti membenarkan secara mutlak kerana membiarkan tanpa kerelaan hati seperti yang berlaku di dalam persekitaran bangsa Arab termasuk perilaku Muslim yang melihat kemungkaran tetapi dengan hati tidak redha dan membenci kerana tidak berupaya mengubah kemungkaran itu dan ini merupakan manifestasi selemah-lemah iman.



Perlu diingat bahawa tidak mungkin boleh bagi umat Islam meredhai salah guna kalimah Allah orang Kristian di dalam apa jua keadaan. Sesiapa yang MEMBENARKAN seseorang Kristian menggunakan ungkapan Anak Allah, secara sebutan, bertulis atau dicetak, ertinya dia bersekutu untuk membenarkan Allah dicaci dan dimaki.



Ustaz Mujahid

Yayasan Sofa, Negeri Sembilan

http://almukminun.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment