Sunday 17 January 2010

TERIMALAH KEBENARAN

Terimalah kebenaran apabila kebenaran itu memang benar disisi Allah.
Terimalah kebenaran walaupun ia pahit seperti hempedu.
Terimalah kebenaran walaupun ia masam seperti cuka.
Terimalah kebenaran walaupun ia pedih seperti luka dititis limau.
Terimalah kebenaran walaupun ia membuatkan kamu kecewa.
Terimalah kebenaran walaupun ia membuat anda terluka.
Terimalah kebenaran walaupun ia perkara yg paling anda tidak suka.
Terimalah kebenaran walaupun ia berbisa.
Terimalah kebenaran walaupun ia bertentang dengan pendapat anda.
Terimalah kebenaran walaupun ia bersalahan dengan faham kamu.
Terimalah kebenaran walaupun ia perkara yang anda tidak mahu mendengarnya.
Terimalah kebenaran walaupun ia memanaskan telinga.
Terimalah kebenaran walaupun ia menggusarkan jiwa.
Terimalah kebenaran walaupun datangnya daripada pekerja bawahan yg paling bawah dalam jabatanmu.
Terimalah kebenaran walaupun datangnya daripada ketua kamu yg paling kamu tidak suka.
Terimalah kebenaran walaupun datangnya daripada mereka yg kamu anggap sebagai musuh kamu.
Terimalah kebenaran walaupun datangnya tidak diundang.
Terimalah kebenaran walaupun datangnya daripada mereka yg kamu anggap hina.
Terimalah kebenaran kerana kita ini dihidupkan untuk mencari kebenaran.

No comments:

Post a Comment