Tuesday, 2 March 2010

NUR MUHAMMAD-HADIS NABI SAW

Sebenar nya Keyakinan tentang Nur Muhammad ini memang ada di dalam Hadis nabi s.a.w yang mana Abdur razaq telah meriwayatkan dengan sanadnya dari Jabir Bin Abdullah Al Anshari yang menutur sebagai berikut: “Aku bertanya ; ya Rasulullah beritahu aku tentang apa yang mula pertama di ciptakan Allah swt sebelum segala sesuatu.Baginda menjawab: Hai Jabir, sebelum Allah mencipta segala sesuatu Dia menciptakan nur nabimu dari NurNya..”

Sanad dari Jabir adalah shahih, tiada perubahan apa pun.Dikuatkan lagi dengan hadis yang diriwayatkan oleh Ali Bin Husain r.a yang berasal dari ayahnya(Imam Ali Bin Abu Thalib) dan dari datuknya(Nabi Muhammad s.a.w.) iaitu :“Dahulu aku adalah nur di sisi Tuhanku”.
Hadis tersebut di sebut oleh Al Hafiz Abul Hassan Ali Bin Muhammad Bin Al Qatthan di dalam Ahkamnya. Ibnu Qatthan termasuk golongan kritikus(naqqad) hadis yang terkenal dengan teknik pembahasannya dan termasuk juga sejumlah Ulama yang sangat teliti dan ketat menjaga riwayat-riwayat Hadis dan penghafalannya.

Tak kurang juga Ulama-ulama yang terkenal di nusantara yang membenarkan dan menulis tentang nur Muhammad iaitu:
1. Syeikh Abdullah Arif dalam Bahr Al Lahut.
2. Syeikh Nuruddin Ar Raniri dalam Bad-I Khalqis Samawati wal Ardh
3. Syeikh Daud Al Fatani dalam Muswaddah.
4. Syeikh Nawawi Bentan dalam Bughyan al awam dll.
5. Syeikh Basri Al Manzalawi dalam Fawaid an Nadhirah
6. Sayidi Utsman Bin Abdullah Bin Aqil ibni Yahya dalam Ad Durr al Basim..
7. Sayid Jaafar Bin Ismail al barzanji dalam Nuzhatun Nazhirin
8. Saiyid Yusuf Bin Ismail an Nahbani dalam Al Anwar Al Muhammadiah min Al Mawahib Al Laduniyyah
9. Syeikh Muhammad Bin Ismail Daudi Al Fatani dalam Kaukab ad Durri
10. Syeikh Zainal Abidin Bin Muhammad Al Fatani Dalam Kasyfil Ghaibiah
11. Syeikh Ahmad BinMuhammad Zain Al Fatani dalam Badrit Tamam
12. Syeikh Utsman Bin Syihabuddin Al Funtiani al banjari dalam Ashal KhutbahTentang Tawasul dan Rabitah.

No comments:

Post a Comment