http://www.bicarasufi.com/bsc/viewtopic.php?t=19702&postdays=0&postorder=asc&start=0
Sedikit penambahan dengan bantuan Allah s.w.t.:-
Hal Tamayyul (bergerak-gerak) ini juga disebutkan oleh Imam As-Syatibi:
"Al-Wajd adalah suatu kelembutan jiwa, getaran hati dan kebangkitan rohani. Ia sentiasa terzahir kepada sebahagian sahabat samada dalam bentuk tangisan, getaran kulit yang terpengaruh daripada rasa dalam hati meraka yang takut kepada Allah s.wt.." [Al-I'thisam]
Bahkan, dalam hadith riwayat Imam Al-BUkhari dan Muslim juga menceritakan di mana bukit Uhud bergegar kegembiraan kerana Rasulullah s.a.w., Saidina Abu Bakr, Saidina Umar dan Saidina Uthman r.a. menaikinya.
Imam Abu Nu'aim meriwayatkan daripada Imam Fudhail bin 'Iyadh bahawasanya para sahabat r.a. ketika berzikir kepada Allah, maka mereka akan bergerak-gerak (tamayul) sebagaimana geraknya pohon ditium angin kedepan dan ke belakang". [Tartib Al-Idariyyah: 2/143]
Bahkan, mereka yang membenarkan gerakan dalam berzikir juga mengambil dalil daripad hadith:
Saidina Aisyah r.a. berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w. melihat sekumpulan orang2 Habsyi menari di hadapan Baginda s.a.w. sambil berkata sesuatu dalam bahasa mereka yang bermaksud: "Muhammad hamba yang soleh". Maka Rasulullah s.a.w. bertanya: "Apa yang mereka katakan?" Dikatakan kepada Rasulullah s.a.w.: "Mereka berkata: "Muhammad adalah hamba yang sholeh". [Hadith riwayat Imam Ahmad dan Ibn Hibban]
Para ulama' yang membenarkan goyang dan gerak ketika berzikir samada berdiri atau duduk berdasarkan hadith ini di mana orang2 Habsyi menari2 sambil menyebut dan memuji Rasulullah s.a.w. lalu dibiarkan sahaja oleh Rasulullah s.a.w. tanpa melarangnya, apa lagi jika bergerak-gerak seolah-olah menari sambil memuji Allah s.w.t.?
Imam As-Suyuti adalah antara ulama' yang mengatakan keharusan bergerak2 ketika menyebut nama Allah berdasarkan dalil ini dan hadith2 lain.
Imam Ahmad sendiri diriwayatkan berkata ketika orang mempersoalkan golongan sufi bernasyid dan bergerak2 dalam mendengar nasyid dnegan berkata:
"Biarkanlah mereka. Mereka sedang bergembira dengan Allah s.a.w. buat seketika..." [Ghiza' Al-Albab: 1/129]
Wallahu a'lam...
Sunday, 21 March 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment